{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Air untuk KL, Selangor, Putrajaya dijangka tidak cukup

Posted: 24 May 2013 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak mencukupi mulai Julai 2014, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Datuk Lee Miang Koi hari ini.

Ketika itu rizab bekalan air akan menjadi negatif apabila permintaan air terawat melebihi pengeluarannya.

"Syabas telah membuat graf unjuran permintaan air di ketiga-tiga kawasan itu dan dijangka bekalan air terawat semakin kritikal memandangkan kapasiti bekalan air tidak mencukupi mulai Julai 2014 apabila rizab bekalan air menjadi negatif," katanya kepada pemberita di sini.

Ketika ini permintaan air terawat ialah 4,638 juta liter sehari berbanding pengeluaran 4,661 juta liter sehari, lebihan 23 juta liter sehari sahaja.


Permintaan air dijangka terus meningkat di ketiga-tiga kawasan itu dengan kadar 3.5 peratus setahun dan keadaan ini bertambah meruncing terutama cuaca panas sekarang menyebabkan permintaan meningkat.


Lee berkata Syabas yang membekalkan air ke ketiga-tiga kawasan itu akan berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran dan 7.5 juta pengguna di kawasan berkenaan diminta berjimat cermat menggunakan air. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Dua pasangan suami isteri antara 68 warga asing ditahan

Posted: 24 May 2013 12:35 AM PDT

ALOR GAJAH: Seramai 68 warga asing termasuk dua pasangan suami isteri ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan di dua lokasi di negeri itu.

Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan pertama di sebuah pangsapuri di kawasan Perindustrian Kelemak di sini kira-kira 11 malam tadi, dua pasangan suami isteri warga Myanmar berusia 30-an ditahan di dua unit rumah yang dijadikan kedai makan dan menjual barangan runcit.

Beliau berkata seramai 18 lagi warga asing turut ditahan di kawasan pangsapuri tersebut dalam operasi melibatkan 45 anggota Jabatan Imigresen itu.

"Operasi melalui risikan selama seminggu ini berikutan aduan orang ramai terhadap gangguan bunyi bising dan pergaduhan yang sering berlaku di kalangan warga asing di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.


Kamalludin berkata dalam serbuan kedua di kawasan rumah kongsi di Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah di sini kira-kira 1 pagi, 46 warga asing berusia antara 21 hingga 43 tahun ditahan.


Katanya warga asing dari Indonesia, Pakistan dan Nepal itu didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa, menyalah guna pas serta masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit atau pas sah. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat