{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Dua lelaki maut kereta bertembung motosikal

Posted: 26 May 2013 01:27 AM PDT

IPOH: Dua lelaki maut, seorang cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Lahat di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam insiden pada kira-kira 3.15 pagi itu, pemandu kereta Foong Son Hong, 34, dari Taman Berlian, Menglembu dan penunggang motosikal AS Rajentren, 52, dari Taman Kledang Suria, Menglembu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu Foon bersama seorang rakan lelaki dari arah Ipoh menuju ke Falim terbabas lalu bertembung motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Katanya rakan Foon yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Nazir, Faizal dipilih CEO dan CFO terbaik FinanceAsia

Posted: 26 May 2013 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dipilih sebagai CEO Terbaik di Malaysia manakala Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd Faizal Mansor, dipilih CFO Terbaik pada undian tahunan ke-13 FinanceAsia bagi syarikat terbaik Asia.

Menurut FinanceAsia, keputusan itu adalah berasaskan undian yang dikumpul
daripada beratus pelabur dan penganalisis di rantau ini.


DiGi.com Bhd diundi terbaik dalam tiga kategori syarikat terbaik dalam
pengurusan, tanggungjawab sosial korporat dan paling komited dalam dasar dividen

yang kukuh.

Sementara itu, Maybank pula dipilih bagi anugerah tadbir urus Korporat
terbaik di Malaysia manakala AirAsia diundi terbaik dalam perhubungan pelabur.

Syarikat modal pertengahan terbaik dalam undian itu diraih KPJ Healthcare,
dan Naim Holdings pula terbaik dalam kategori syarikat bermodal kecil. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat