{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Pesta Buku Antarabangsa KL dibuka sehingga 4 Mei

Posted: 02 May 2013 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hanya akan berlangsung sehingga 4 Mei (esok) untuk membolehkan pempamer dan petugas PBAKL menunaikan hak mengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Komunikasi dan Duta Buku Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ishak Hamzah berkata waktu operasi untuk dua hari terakhir juga akan dilanjutkan dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

"Susulan daripada pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung serentak dengan hari akhir PBAKL (5 Mei), Jawatankuasa Pengelola PBAKL ingin memaklumkan perubahan terhadap tarikh operasi.

"Ia hanya akan berlangsung sehingga 4 Mei, Sabtu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

SKMM siasat aduan sekatan akses

Posted: 02 May 2013 09:12 PM PDT

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa aduan yang diterima mengenai sekatan akses yang dikatakan dilakukan oleh Penyedia-penyedia Perkhidmatan Internet (ISP).

Siasatan awal mendapati tiada sekatan dilakukan oleh pihak ISP seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun, kesesakan yang mungkin dialami oleh orang ramai dalam mengakses beberapa laman web yang dikatakan telah disekat mungkin berpunca daripada peningkatan secara mendadak jumlah pelawat ke laman-laman web berkaitan PRU13 sejak beberapa hari yang lalu.

"Setakat ini kami telah menerima hanya satu aduan rasmi pada hari Isnin, 29 April 2013, daripada portal UMNO Online yang mendakwa laman berkenaan sukar diakses oleh pembaca mereka.

Namun, kami masih menunggu aduan rasmi daripada Malaysiakini tentang perkara yang sama," menurut Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.

SKMM memandang berat terhadap tuduhan sekatan akses kerana jika ISP telah melakukan sekatan tidak mengikut lunas undang-undang, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia 1998 kerana melanggar syarat-syarat lesen.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat