{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Banjir kilat di Kampung Pantai Dalam kembali surut

Posted: 05 May 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda Kampung Pantai Dalam kira-kira jam 3 petang tadi kini kembali surut.

Penduduk kampung Abdullah Talib, 50, berkata hujan lebat di sebelah petang itu menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami air sedalam setengah meter.

"Banjir kilat selama sejam lebih tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan ada beberapa buah kereta yang rosak," katanya ketika ditemui Bernama.

Banjir itu turut mengganggu proses pilihan raya kerana jalan tersebut merupakan laluan ke pusat pengundian.


Banjir kilat sering berlaku di kawasan tersebut kerana tiada sistem saliran yang betul diwujudkan di kawasan bukit di kampung itu, kata Abdullah. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/05

Helikopter terbalik, Hishammuddin dan keluarga selamat

Posted: 05 May 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di sini berkata, kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.

Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.


Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/05

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat