{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Hampir tinggalkan dunia seni

Posted: 17 May 2013 06:20 AM PDT

Menempa populariti sejak di bangku sekolah dan masih mentah untuk mengharungi kontroversi pasti satu tekanan hebat buat pelakon remaja, Nur'Arina Abdul Malek atau lebih dikenali Erin Malek, 18.

Apabila diteliti satu persatu cerita mengenainya di Internet, rata-rata mengaitkan pelakon ini dengan cerita 'panas' daripada perihal keluarga, cinta hinggalah ke perangai sosialnya.

Bergelar selebriti, hanya dia tahu bagaimana rasanya berhadapan dugaan bertimpa-timpa itu, tambahan pula suatu ketika dulu rumah tangga ibu bapanya berkecai di pertengahan jalan.

Namun, bertemunya pada sesi fotografi baru-baru ini, tidak terpancar langsung di riaknya bahawa semua perkara itu memberi tekanan padanya. Sebaliknya keceriaan yang digambarkan pelakon berkulit cerah itu menerusi senyumannya.


Malah Erin yang makin terserlah kematangan pada bicaranya jelas tidak mahu menyembunyikannya. Dia tetap berkongsi situasi sebenar berhubung dugaan yang menimpanya itu.


"Membesar dengan keinginan untuk menikmati indahnya zaman muda, saya sebaliknya diduga dengan pelbagai perkara yang hampir semuanya menonjolkan sisi negatif saya.

"Memanglah saya selebriti tapi pada masa sama saya tidak mahu terlepas merasai saat menjadi seorang remaja normal dan melakukan perkara yang saya suka. Saya juga ada keinginan untuk bersosial dan keluar dengan teman-teman saya," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Tidak menafikan, Erin sebenarnya turut terkesan dengan kisah kontroversi membabitkan bapanya beberapa tahun lalu, sekali gus mengheret sama namanya. Menjadi anak sulung dan ikatan keluarga pula diuji dengan kontroversi terbabit, dialah sebenarnya yang paling merasai kesannya.

"Saya masih di bangku sekolah sewaktu krisis berkenaan berlaku dan pada usia semuda itu memang saya tidak tahu hendak buat apa. Saya sayangkan kedua-dua ibu bapa saya dan semestinya mengharapkan yang terbaik buat kami semua.

"Apalagi yang boleh saya rasa waktu itu, tertekan, malu dan sedih memikirkan nasib dua adik kecil saya hingga terfikir untuk berhenti daripada bidang lakonan.

"Bagaimanapun, apabila saya fikir masak-masak kenapa pula sampai ke tahap itu sedangkan saya amat mencintai bidang lakonan, apatah lagi ibu bapa sentiasa menyokong kuat pembabitan saya," kata­nya.

Apapun, tutup buku lama, Erin ter­nyata gembira apabila keputusannya terjun ke bidang ini memang tepat dan biarpun memperlahankan kerjaya seninya tidak lama dulu demi fokus kepada zaman belajar, kelibatnya tidak pernah dilupakan.

Hadir menyerikan industri sejak pada usia lapan tahun menerusi lakonannya dalam filem Bilut, Erin mengukuhkan lagi namanya selepas membintangi filem Tentang Bulan pada usia 13 tahun.

Seakan-akan melekat dan label pelakon kanak-kanak lebih dekat dengannya, Erin bagaimanapun sebolehnya mahu penonton melihatnya sebagai pelakon serba boleh seiring usianya sekarang.

"Bukannya rimas atau apa, namun kini saya pun sudah dewasa dan sudah bersedia menerima watak yang di luar lingkungan watak sebegitu lagi. Tidak bermaksud saya mahu 'demand' watak dewasa juga kerana saya masih terbuka kalau diberikan watak pelajar sekolah sekali pun.

"Cuma, saya rasa peminat masih keliru sama ada saya masih budak ataupun sudah dewasa. Saya mahu penerimaan mereka terbuka dan melihat sisi saya mempelbagaikan watak yang dilakonkan," kata­nya yang kini popular menerusi siri Misiku Kuza.

Mahu ceburi dunia bisnes

Mengisi edisi 2013 profil pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu, ternyata nama Erin tidak pernah disisih­kan produksi tempatan apabila sewaktu mengambil keputusan fokus kepada pelajaran, masih ada produser sanggup menung­gunya.

Tahun ini saja, pelbagai tawaran datang pada­nya dan terbaru, dia turut membintangi filem Lari arahan Ahmad Idham sebagai pelakon pembantu.

Bagaimanapun, bukan semua tawaran diterima kerana baginya, apabila benar-benar sesuai watak diberikan, barulah dia bersetuju.

Dia tidak mahu terburu-buru semata-mata mahu kemunculannya tidak putus di kaca televisyen. Dengan kemaraan ramai pelakon baru kini, ditanya sekiranya dia tidak takut namanya akan teng­gelam kelak, Erin ternyata tidak gusar.

"Untuk membina nama bukan satu proses yang singkat dan dalam industri ini, kita perlu berpegang kepada rezeki itu sendiri. Jujur, saya tidak takut pun dan kalau peluang datang lambat sekalipun, saya rela menunggu.

"Lagipun, sekarang ini aktiviti saya bukan tertumpu kepada berlakon saja, namun banyak perancangan lain yang saya buat untuk mengisi masa saya. Saya bukan jenis yang suka duduk diam di rumah, goyang kaki saja tunggu tawaran datang," katanya.

Merancang untuk terjun dalam bidang perniagaan bersama adiknya tidak lama lagi, gadis yang sangat meminati fesyen ini mengakui tidak sekalipun dia akan membuang masanya tanpa berbuat apa-apa.

"Jikalau tidak terbabit sebarang penggambaran pun, saya akan berusaha mencari sesuatu untuk dibuat bagi mengisi masa lapang termasuklah juga pergi memanjakan diri di samping kini sibuk me­ngumpul material bagi perniagaan kami nanti," katanya.

Berbicara mengenai filem Lari yang menjengah pawagam pada 6 Jun nanti, meskipun watak diberikan pernah dilakonkan sebelum ini tetapi 'feel' Erin lebih istimewa menerusi naskhah terbabit.

"Berlakon filem menuntut untuk memberikan penghayatan yang lebih lagi kerana filem adalah satu projek besar. Bergandingan pula dengan nama besar seperti Aaron Aziz dan Dira Abu Zahar, satu keistimewaan buat saya sendiri dan memang bertuah kerja bersama mereka," ulasnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/17

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat