Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Sistem undian PRU pilih kepemimpinan Posted: 17 May 2013 03:19 PM PDT Kuala Lumpur: UMNO sedang mengkaji kemungkinan mengguna pakai sistem pengundian pilihan raya umum (PRU) untuk memilih pucuk pimpinan parti pada pemilihan parti hujung tahun ini. Ini berikutan, seramai 146,500 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan terbabit dalam pemilihan kali ini.
Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh pengurusan tertinggi UMNO. Sistem mesti telus Daripada 191 bahagian itu, ada yang mempunyai beratus-ratus cawangan. Jika hendak diadakan pemilihan, mungkin dewan pada peringkat bahagian tidak mencukupi dan kita mungkin terpaksa memasang khemah di luar dewan. Bagaimanapun, sistem pemilihan mesti telus dan keputusannya mesti diketahui pada hari mengundi. Mungkin malam baru kita dapat tahu keputusan itu. Bagaimanapun, kita juga akan kaji sistem lain, katanya kepada BH semalam.
Pemilihan pecah tradisi Pemilihan UMNO tahun ini memecah tradisi kerana 146,500 perwakilan dari semua 191 bahagian seluruh negara akan memilih pucuk pimpinan parti, berbanding hanya 2,510 perwakilan sebelum ini. Pada Disember 2009, UMNO membuat ketetapan pemilihan semua peringkat ditangguhkan selama 18 bulan yang bermakna pemilihan cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) tidak diadakan antara Oktober 2011 hingga April 2013. Pemilihan pucuk pimpinan parti pada peringkat bahagian diputuskan melalui pindaan Perlembagaan UMNO pada Oktober 2009. Mengikut pindaan itu, 500 perwakilan dari setiap bahagian layak mengundi. Ketika ini, UMNO mempunyai 191 bahagian dan ini menjadikan keseluruhan perwakilan 95,500 orang. Seramai 51,000 lagi diwakili ketua tiga sayap dari 17,000 cawangan yang secara automatik diberi taraf perwakilan. Peningkatan jumlah perwakilan itu berbanding 2,510 sebelum ini bertujuan memberi peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin mereka.
|
Pelan strategik pengajian tinggi terus diperkukuh Posted: 17 May 2013 03:18 PM PDT Kuala Lumpur: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan diperkukuh dan terus menjadi agenda utama sungguhpun Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi digabungkan. Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Pengajian Tinggi, kementerian itu, Datuk Mahamed Hussain, berkata PSPTN yang disusun rapi dengan fokus terhadap aspek kebolehpasaran dan kebolehdapatan graduan perlu diteruskan.
Apa yang pasti agenda transformasi pengajian tinggi akan mendapat fokus sama seperti sebelum ini kerana ia Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penting kementerian, katanya pada sidang media di majlis prapelancaran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Sri Pentas di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat MPB, Zuraidah Atan. Beliau yakin PSPTN akan terus diperkasa di bawah kepemimpinan Menteri Pelajaran I, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh serta timbalan mereka, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan. 4,000 peluang pekerjaan
Karnival tiga hari bermula 14 Jun depan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan disertai lebih 300 majikan pelbagai sektor. Antara agensi dan syarikat yang akan menyertainya, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maybank Berhad. Katanya, karnival itu adalah sebahagian usaha kerajaan menangani isu kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan disamping wadah mengintegrasikan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mewujudkan peluang kerja dan latihan berkualiti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |