Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Advertorial: Letty Ortiz Dihidupkan Semula Posted: 22 May 2013 03:43 PM PDT Baik pengarah mahupun pihak Universal Studios tidak sekali menjangka reaksi peminat bila didedahkan Letty Ortiz, lakonan Michelle Rodriguez, sebenarnya masih hidup di pengakhiran filem 'Fast Five'. Babak seminit yang melihat perbualan di antara agen Khidmat Keselamatan Diplomatik US, Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan agen kastam Monica Fuentes (Eva Mendes) sudah mencukupi untuk mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat tegar selain membuatkan mereka ternanti sambungannya. Bagaimanapun, rata-ratanya pasti terkejut apabila Letty mati dibunuh Fenix Calderon. Ramai peminat cukup teruja bila diumumkan Rodriguez akan kembali menyertai barisan pelakon 'Fast Five'. Apatah lagi kepulangannya adalah atas usaha peminat tegar yang telah melancarkan kempen untuk membawanya kembali ke francais tersebut dengan menulis surat rayuan kepada penerbit dan Universal Studios. Rodriguez sendiri hanya mengetahui tentang klip tersebut bila di tontonnya 'Fast Five' di pawagam. Katanya dia telah menonton filem itu ketika dia bercuti di Paris, Perancis.
Reaksi peminat terhadap berita yang Letty masih hidup mampu menyaingi respon yang diberikan kepada penampilan khas Diesel di dalam 'Tokyo Drift'. Ekoran daripada 'cameo' Diesel itu, ia sekaligus menandakan permulaan baru kepada siri tersebut. Pertemuan pengarah Justin Lin dengan Diesel untuk memujuknya membuat kemunculan semula di dalam 'Tokyo Drift' bertukar menjadi sesi perbincangan mengenai setiap watak, sejarah mereka dan jalan cerita yang barangkali boleh diterokai. "Banyak yang kami bincangkan dan ia sesuatu yang saya hargai. 'Fast & Furious 6' adalah rangkuman kepada semua perbincangan kami," kata Lin. Tambah Diesel, "Paling menyeronokkan, kami bukan saja dapat menghasilkan sebuah filem aksi tetapi juga menggabungkan penceritaan yang menarik. Bila dikaji semula, semuanya berhubung kait. Selepas menonton 'Fast & Furious 6', anda akan mahu menonton semula filem-filem sebelumnya. Sebab dari situ, setiap persoalan yang pernah terlintas di fikiran sebelum ini akan terjawab dan pada masa yang sama, kami juga menjanjikan sesuatu di masa depan... 'that's cool filmmaking'." Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23 |
Posted: 22 May 2013 05:12 AM PDT Putus cinta, jika dihalusi sebenarnya boleh menjadi kekuatan dan mampu mendorong seseorang wanita mahupun lelaki untuk lebih bersinar dan berjaya. Begitulah kehidupan Marsha Milan Londoh, 28, selepas hampir dua tahun kembali solo. Kegagalan dalam percintaan membolehkan penyanyi dan pelakon itu memberi tumpuan kepada kerjaya yang kini di carta pertama dalam kehidupannya. Tertanya, usaha keras wanita kelahiran Tanparuli, Sabah ini berbaloi dan terbukti dengan peluang yang terhidang di depannya kini. Baru-baru ini, Marsha dilantik sebagai duta produk kesihatan yang mana turut menyaksikan pelancaran single terbarunya, Jujur Bilang Cinta. MARSHA berlaku kejam menerusi watak Suri yang dibintangi di dalam filem Tujuh. CINTA? Nanti dulu kata Marsha.
"Akibat kejadian itu Suri menjadi dendam dan membunuh setiap mereka dengan kejam dengan cara bersumpah dia akan menghantui hidup setiap mereka baik dalam mimpi mahupun jaga. "Selain harus menolak ke tepi sisi peri kemanusiaan saya, menerusi filem ini akan berlakunya transformasi dari segi penampilan di mana saya diminta keritingkan rambut dan hanya mengenakan solekan pucat. "Keritingkan rambut adalah satu pengorbanan saya lakukan untuk filem ini apatah lagi saya memang tidak pernah berminat untuk mempunyai gaya rambut sedemikian," katanya teruja memasuki set penggambaran Tujuh yang bermula baru-baru ini. Filem berkisarkan pertembungan dua budaya masyarakat moden era 70-an dan kaum Asli menyaksikan pembabitan nama-nama besar antaranya Johan A'sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Riz Aminuddin, Siti Saleha, Christinne Suzanne, Wan Hanafi Sue, Dee Dee dan Nash. Penggambaran filem ini juga berpanoramakan kawasan Janda Baik, Hulu Langat dan Cameron Highlands. Bukan setakat berlakon filem, gadis cantik ini juga hanya menanti waktu untuk memasuki set Propaganza yang kini memperkenalkan format rakaman tidak lama lagi. Khabarnya, Marsha akan berpasangan dengan pengacara baru lelaki yang mampu memberi impak kepada program ini sebagaimana dikendalikannya bersama Reza. Selain itu, Marsha juga sibuk mempromosikan single Jujur Bilang Cinta yang dicipta sendiri sepenuhnya. Lagu berentak sentimental itu diilhamkan dari kisah cinta Marsha yang tidak kesampaian. "Lagu ini mengenai kisah cinta saya yang tidak kesampaian dan kejujuran yang tidak dihargai. Namun, lagu ini juga boleh dikaitkan dengan sesiapa saja kerana semua orang pasti pernah merasai cinta. "Ia sebenarnya ditulis sudah agak lama. Mulanya, saya hampir tidak mahu merakamkan lagu ini kerana tidak kuat untuk menyanyikannya dan terfikir untuk memberikannya kepada penyanyi lain. "Namun atas saranan bekas pengurus, Shada yang mendorong saya merakamkan lagu ini kerana percaya ia mampu menyerlahkan kebolehan saya, malah turut disokong Faizal selaku pengurus baru. Susunan muzik asalnya agak 'raw' dan ia dihantar kepada seorang penerbit di Indonesia bagi mencantikkannya lagi," katanya. Selain itu, dia yang sekarang menggunakan nama Marsha Milan sebagai nama pentasnya menafikan dia sengaja 'membuang' nama keluarganya iaitu Londoh. Sebaliknya pendekatan itu diambil untuk mengelakkan kekeliruan apabila Londoh sering disebut sebagai 'London', 'Londeh' dan beberapa lagi sebutan. Katanya, perubahan nama itu langsung tidak membuatkan peminat janggal kerana kematangannya dalam industri hiburan sejak tahun lalu, semakin diterima. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |