{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Syukur lihat rakan artis pakai tudung

Posted: 23 May 2013 04:47 AM PDT

Biarpun bumi Palestin masih bergolak, namun ia tetap menenangkan jiwa sesiapa saja yang berkunjung ke sana. Itu diakui sendiri oleh pengacara, pelakon, penyanyi, model iklan dan penceramah motivasi jelita, Nur Heliza Helmi.

Gadis bermata bundar dan berjiwa besar ini memaklumkan pengalaman dua kalinya menjejakkan kaki ke bumi Palestin nyata sangat bermakna. Bahkan, dia sangat bersemangat untuk terus ke sana.

"Walau pun Palestin bergolak dengan peperangan, namun jiwa saya sangat tenang, damai dan cukup seronok sepanjang berada di sana. Banyak perkara indah menjadi pengalaman saya yang tak dapat dilupakan.

"Apatah lagi, sejarah Islam juga memaklumkan bahawa Palestin mencatatkan peristiwa penting Islam iaitu Israk Mikraj pun berlaku di sana.


"Jadi, saya sangat bersyukur apabila diberikan kekuatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Bahkan, kini saya sudah bersedia ke sana lagi buat kali ketiga," katanya.


Ditemui ketika menjayakan rakaman program bual bicara 13 episod, Al-Cuit Sikit terbitan Vision Works (M) Sdn Bhd untuk TV AlHijrah (TVAH) yang dihoskan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki, anak jati kelahiran Terengganu ini memaklumkan tiada sedikit pun perasaan takut terbit di dalam hatinya.

"Sepanjang berada di Gaza, Palestin, saya tidak berasa takut kerana sudah berserah diri kepada Allah. Apa saja yang berlaku, semua itu adalah ketentuan Allah dan saya menerimanya dengan penuh reda.

"Soal keselamatan dan nyawa saya adalah milik Allah. Soal hidup dan mati adalah rencana Allah dan kematian boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti kemalangan, sakit dan sebagainya. Namun, saya sendiri mengharapkan syahid," katanya.

Ujar penyanyi lagu Cinta Di Lautan Lalang ini lagi, yang pasti dia sangat bersyukur kerana niat murninya ke arah kebaikan dunia dan akhirat itu mendapat sokongan padu daripada ibu bapanya.

"Syukur Alhamdulillah, ibu bapa dan keluarga saya bersikap terbuka kerana tahu semua ini sudah diaturkan Allah. Lagi pun, apa yang saya buat dan perjuangkan itu adalah perkara baik dalam usaha mencari keredaan Allah.

"Jadi, restu mereka amat penting dan itulah yang menjadi pemangkin semangat keberanian saya untuk ke Gaza. Bahkan, saya yakin apa yang dilakukan itu turut membanggakan mereka," katanya.

Menyentuh pula soal pemakaian hijab dalam kalangan kebanyakan artis wanita tempatan kini, Heliza berkata ia dilihat sebagai fenomena positif dan sihat yang mana adalah memang wajar bagi wanita Islam menutup aurat.

"Saya melihat ia kesedaran yang sangat bagus apabila semakin ramai artis wanita berhijab. Itulah yang diinginkan dan ia juga menandakan betapa industri hiburan tanah air kini ke arah perubahan positif," katanya.

Berbicara pula mengenai fesyen berhijab, Heliza berkata fesyen adalah harus dalam Islam. Apa yang pasti, setiap pakaian dipakai itu haruslah mengikut garis panduan sudah ditetapkan.

Ujarnya, perkara yang perlu diberi perhatian bagi seorang wanita yang menutup aurat itu antaranya haruslah baju dipakai itu tidak terlalu ketat, serta labuh menutupi punggung.

Menyanyi tetap tidak dilupa

Berusia 27 tahun, Heliza mula dikenali ramai selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 pada 2007 lalu. Walau pun hanya memenangi tempat keempat, namanya begitu diingati peminat kerana menjadi satu-satunya peserta wanita bertudung.

Berada pada status tersendiri, hingga kini Heliza tetap aktif mengembangkan karier nyanyiannya. Bahkan, tanpa berselindung dia memaklumkan bakal muncul dengan album baru pada tahun ini.

"Kini, pembikinan album masih di dalam proses lagi. Saya akan muncul dengan album yang berkonsepkan ketuhanan yang bersesuaian dengan kehendak rohani kita sebagai hamba-Nya.

"Terus-terang, dikatakan saya tidak pernah lupa atau mahu mengundur diri daripada bidang nyanyian. Minat pada nyanyian masih lagi utuh, tidak pernah pudar mahupun dilupakan," katanya.

Menjawab mengenai pembabitannya secara aktif di dalam Usrah Fitrah yang disertai golongan artis tempatan, Heliza berkata penyertaannya bersama Usrah Fitrah bersandarkan niat 'makanan untuk rohani'.

"Menerusi Usrah Fitrah, kami lebih banyak belajar mengenai agama dan ia sememangnya dituntut sebagai makanan rohani kita yang dijadikan bekalan untuk akhirat kelak.

"Pun begitu, saya masih lagi tetap aktif dalam bidang nyanyian yang diceburi hampir tujuh tahun lalu. Sebagai anak seni, minat ini tidak pernah padam dan jadual saya juga masih padat," katanya.

Menurut Heliza, hingga kini tawaran diterimanya masih tidak putus dan semua itu adalah rezeki daripada Allah. Katanya, sama ada tawaran menyanyi, berlakon, mengacara mahu pun model iklan diterima sekiranya ada kelapangan masa.

Berbicara soal jodohnya, dia yang sentiasa tersenyum memaklumkan biarlah semuanya ditentukan Allah. Ujarnya, dia tetap yakin bahawa Allah sudah merancangkan jodoh untuknya. Cuma, bersabar dan terus menunggu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat