{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Pelakon pilihan Astro Ceria

Posted: 06 May 2013 06:11 AM PDT

Usia mereka baru mencecah lapan tahun, namun keletah dan lagak ditonjolkan jauh lebih matang. Barangkali, sudah terbiasa dengan permainan watak membuatkan dua pelakon cilik popular tanah air, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan dan Rykarl Iskandar bijak berkata-kata.

Berikan apa saja soalan, mereka sudah mampu menjawabnya dengan mudah. Walaupun Mia Sara masih kelihatan malu-malu tetapi Rykarl atau nama sebenarnya, Nor Heidzriq Haikal Norhamizan memang selamba. Pun begitu, bapa mereka tetap menjadi tempat rujukan jawapan.

Ketika bersua dengan mereka di lokasi penggambaran telefilem Miss Aaliyah arahan Hashim Rejab untuk tayangan Astro Ceria (saluran 611) di Templer Park Resort, Rawang, baru-baru ini, gandingan dua pelakon cilik ini bukan saja mantap, malah nampak cukup serasi.

Walaupun sebaya, Mia Sara dan Rykarl masih mampu menjiwai watak mereka dengan baik sebagai adik-beradik. Tahap profesional pelakon kanak-kanak yang boleh dilabel 'gifted' ini tak mampu disangkal lagi.


Justeru, tak hairanlah apabila kelibat Mia Sara dan Rykarl kini sering disaksikan bersatu dalam drama dan telefilem terutama untuk saluran Astro Ceria. Antaranya telefilem Strawberi & Karipap, drama Geng Budak Sekolah (GBS) musim kelima dan program 'prank' Kan Dah Kena!


Namun, adakah kedua-dua bintang cilik berbakat besar ini benar-benar sudah selesa dengan pencapaian diraih mereka? Bahkan, bagaimana pula dengan aspek 'persaingan' yang dilihat daripada kaca mata mereka?

Berbicara soal ini, Mia Sara dan Rykarl nyata mempunyai pendapat masing-masing kerana apa yang pasti pembabitan mereka dalam seni diakui berpaksikan minat mendalam terhadap lakonan.

Rykarl petah tetapi teliti mengatur bicara

Sepanjang berbual dengan Rykarl, kepetahannya tak mampu dinafikan. Justeru, tak hairanlah apabila dia yang sekecil itu sudah berupaya meraih kepercayaan besar untuk terbabit dalam program 'prank' popular, Kan Dah Kena! yang mengenakan artis serta selebriti popular tanah air.

Mengakui memiliki minat mendalam pada lakonan, pelakon filem Ajiboy itu memaklumkan semestinya dia perlu bersungguh-sungguh menonjolkan bakat seni yang dimiliki dan tidak boleh asyik bermain-main saja.

"Kini, berlakon adalah karier tetap saya selain sibuk belajar. Jadi, saya perlulah lebih serius. Apatah lagi, sejak kecil saya memang sudah berminat dengan lakonan dan berhasrat menjadi pelakon.

"Sekarang, syukur kerana segala yang saya impikan sudah menjadi kenyataan. Peluang berlakon sudah diperoleh dan tawaran juga banyak. Malah, syukur saya makin dikenali ramai.

"Apapun, sebagai pelakon baru yang masih mengumpul pengalaman, saya tidak cerewet dalam memilih watak. Saya akan terima saja apa watak sekiranya sesuai untuk dilakonkan," katanya.

Menyentuh soal hubungan rapatnya dengan Mia Sara, kata Rykarl, mereka hanya bersahabat sebagai rakan ketika pelakon dan pada usia masih kecil, takkan bercinta.

"Mana boleh cinta, kami berdua masih kanak-kanak lagi. Saya hanya suka berkawan dengan Mia Sara kerana kami sama-sama pelakon dan sering juga digandingkan berlakon bersama.

"Macam saya, Mia juga seorang pelakon yang berbakat. Apatah lagi, kami berdua memiliki keserasian apabila berlakon bersama. Saya seronok berlakon dengan Mia kerana kami juga saling membantu. Bagi saya, kami bukan pesaing dan tiada persaingan pun yang berlaku," katanya.

Berbicara pula soal peminat, Rykarl berkata, dia gembira dan tak sangka sekarang dirinya sudah mempunyai kelompok peminat sendiri. Ujarnya, apapun, buat masa ini dia masih belum puas dengan pencapaiannya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, walaupun dia turut terikat dengan kesibukan di lokasi penggambaran tetapi pelajaran tetap tidak dilupakan.

Kata pelajar Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway ini, perjalanan hidupnya masih jauh dan pelajaran sangat penting.

"Apapun, yang penting setakat ini cikgu faham dengan karier saya sebagai pelakon. Bahkan, mereka memberi galakan kerana sudah tahu lakonan adalah minat saya.

"Saya juga selalunya akan memberitahu cikgu terlebih dulu jika terbabit dengan penggambaran yang panjang dan terpaksa mengambil cuti. Ini kerana, pada saya berlakon tak harus menjadi penghalang untuk saya belajar seperti rakan lain," katanya.

Bersyukur kerana memiliki ibu dan bapa yang memahami minatnya dan memberikan sokongan penuh, Rykarl berkata, menjadi matlamat dirinya tidak mahu mengecewakan keluarga dan sokongan ibu bapa adalah pembakar semangat dirinya.

Mia tak pernah rasa tercabar dengan persaingan

Mula dikenali ramai menerusi drama Adamaya bersama Lisa Surihani dan Sein Ruffedge kira-kira empat tahun lalu, Mia Sara boleh dikatakan 'pembuka jalan' kepada lebih ramai bakat pelakon kanak-kanak diketengahkan selepas dirinya.

Apatah lagi, dia yang ketika itu ber­usia lima tahun sudah mampu mempersembahkan lakonan meyakinkan hingga namanya menjadi sebutan ramai. Kini, sebut saja nama Mia Sara, siapa yang tidak mengenali si cilik comel ini.

Tatkala berbicara dengannya, Mia Sara cukup peramah. Mudah didekati, bintang muda yang kini dipilih menjadi duta kepada produk susu Dutch Lady itu memaklumkan jadual lakonannya masih padat dan dia bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan rezeki.

"Cuma, sekarang saya lebih rindu nak berlakon filem semula. Apapun, sekiranya mendapat tawaran dan watak yang sesuai, saya sedia terima. Bagaimanapun, sekarang ini jadual saya memang sibuk.

"Selain sibuk dengan berlakon, saya juga terbabit dengan iklan serta sudah mula belajar mengacara. Saya sangat gembira mendapat peluang mengacara dalam program Whazzup Ceria di Astro Ceria. Memang saya tak sangka, ada juga bakat mengacara.

"Pada awalnya, saya sekadar cuba-cuba saja. Tetapi, memang seronok juga mencuba perkara baru. Apapun, di antara mengacara dan berlakon, saya tetap memilih lakonan sebagai pilihan pertama," katanya.

Menyentuh mengenai pelajarannya, anak ketiga daripada empat beradik yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Damansara itu berkata, semuanya berjalan lancar kerana penyusunan jadual sudah diatur bapanya, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh.

"Setakat ini, pelajaran saya tidak terganggu pun. Bahkan, cikgu di sekolah pun faham sekiranya saya terikat dengan sebarang jadual lakonan. Apapun, papa yang urus semua itu dan tidak susah untuk saya bahagi masa di antara pelajaran dan berlakon," katanya.

Mengulas mengenai gandingannya bersama Rykarl, tanpa berselindung Mia berkata, dia seronok berlakon bersama Rykarl kerana mereka berdua memiliki keserasian serta persahabatan yang baik.

"Cuma, saya kurang selesa apabila hubu­ngan rapat dengan Rykarl menjadi gosip. Saya masih kanak-kanak dan hubungan rapat dengan Rykarl pun kerana kami selalu digandingkan berlakon bersama.

"Rykarl adalah kawan baik saya dalam bidang lakonan dan dia tidak pun saya anggap sebagai pesaing," katanya yang turut dipilih menjadi wajah iklan untuk kempen Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta muncul dalam iklan rangkaian telekomunikasi terkemuka, DiGi.

Sudah berada dalam kelasnya tersendiri, kini karier seni Mia yang semakin stabil dan kukuh membuatkan dia tidak perlu lagi terlalu berpenat lelah seperti dulu. Akui Mia, kini dia lebih memberi tumpuan hanya pada tawaran yang sudah dipilihnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06

Jay Park nyanyi untuk Will Smith

Posted: 06 May 2013 05:03 AM PDT

Tuah penyanyi berkaliber kelahiran Amerika Syarikat, Jay Park nampaknya semakin meluaskan empayarnya dan tidak lama lagi menyumbangkan suara untuk filem lakonan aktor tersohor Hollywood, Will Smith.

Menurut sumber dari Sidus HQ, baru-baru ini mendedahkan Jay Park bakal menyanyikan lagu berjudul I Like to Party sebagai lagu tema kredit penamat filem After Earth yang akan ditayangkan di Korea Selatan pada 30 Mei ini.

Turut didedahkan, Will Smith sendiri yang menghantar permintaan kepada Jay Park untuk terbabit dalam album runut bunyi filem berkenaan bagi pasaran Korea Selatan. Secara tidak langsung, Jay Park juga terbabit sama dalam penulisan serta penghasilan lagu berkenaan.

Sementara itu, kedua-dua mereka juga bakal dipertemukan di acara karpet merah acara tayangan serta promosi filem After Earth di negara itu hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/06

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat