Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 May 2013 09:37 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya pada mulanya terbau asap dan ingatkan ada orang membakar sampah di bawah pangsapuri, namun berasa ada sesuatu tidak kena selepas itu apabila terdengar bunyi gas bocor dari rumah sebelah," kata Nurfatin Ahmad, 22, seorang daripada mangsa kebakaran di Pangsapuri Sri Melaka, Taman Tenaga, di sini, semalam. Menurutnya, dia yang ketika itu bersama rakannya yang juga anak pemilik rumah keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum terkejut apabila terdengar letupan dari dapur rumah jiran mereka.
"Kami yang panik berlari ke bawah sambil menjerit meminta pertolongan dan terkejut apabila melihat api mula marak serta merebak ke rumah rakan saya dan kediaman berhampiran," katanya.
NURFATIN (kanan) mencari barang yang masih boleh digunakan dalam rumahnya yang terbakar, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang itu, empat unit pangsapuri empat tingkat itu musnah namun tiada kemalangan jiwa.
Menurutnya, pihaknya tiba di tempat kejadian pada jam 5.14 petang dengan kekuatan lima jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Pudu dan tiga jentera daripada Jalan Hang Tuah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |