Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 24 May 2013 11:00 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya nampak lima khemah yang dipasang depan surau terbang dan menghempap bumbungnya," kata Baharuddin Mat Ayed, 58, saksi kejadian ribut sekitar Pekan Sungai Besi, di sini petang semalam. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Surau Jumaat (sementara) Ibnu Khaldun berkata, melihat khemah diterbangkan ribut itu, dia dan 10 jemaah lain di dalam surau segera menutup pintu dan tingkap surau.
"Kira-kira jam 4.45 petang itu, ribut melanda dan menerbangkan lima khemah di depan surau ke atas bumbung surau," katanya ketika ditemui semalam.
BUMBUNG Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi turut rosak dilanda ribut. BUMBUNG surau rosak dilanda ribut. "Sebaik tiba, saya lihat lima khemah sudah berada atas bumbung surau selain air hujan turut membasahi belakang surau akibat bumbung berkenaan ranap dihempap khemah," katanya.
Sementara itu, ribut yang melanda turut menyebabkan empat rumah papan dan satu bengkel yang terletak kira-kira satu kilometer daripada Surau Jumaat Ibnu Khaldun, musnah akibat dihempap pokok besar. Pemilik satu daripada rumah terbabit, Mohd Razwan Ismail, 36, menyifatkan ribut kuat itu seperti `puting beliung' sebelum rumahnya musnah dalam sekelip mata.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |