{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Anuar disaran pinang Dayang

Posted:

Anuar disaran pinang Dayang

Anuar disaran pinang Dayang

BUKAN mudah untuk mendapat peluang mengadakan satu sesi fotografi bersama dua orang penyanyi popular, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah lantaran kesibukan jadual masing-masing.

Akhirnya, peluang tersebut terlaksana apabila Anuar dan Dayang telah hadir pada sesi fotografi yang diaturkan sempena mempromosikan album terbaharu mereka iaitu Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini sudah berada di pasaran.

Biarpun tujuan utama adalah untuk mempromosikan album berkenaan, tetapi dapat bertemu kedua-dua penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai gred A itu pada masa yang sama telah memberi peluang untuk mencungkil lagi cerita-cerita menarik tentang mereka berdua.

Antaranya, mengenai status hubungan yang terjalin antara mereka memandangkan agak kerap digandingkan bersama dalam pelbagai persembahan nyanyian yang diaturkan sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta.

Bagi menjawab segala persoalan yang timbul tentang status hubungan mereka itu, Anuar menjelaskan langsung tiada jalinan cinta antara dia dan Dayang.

"Kalau orang melihat kami beraksi mesra di atas pentas ketika menyanyi bersama-sama, ia tidak bermakna kami ini bercinta kerana apa yang kami lakukan itu sebagai satu cara penghayatan ketika menyanyi.

"Saya sudah agak lama mengenali Dayang iaitu sejak tahun 1999. Secara jujurnya saya menganggap dirinya tidak lebih sekadar seorang adik dan berasa agak pelik kalau ada yang menyangka kami ini bercinta," jelasnya mengenai status hubungannya dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu.

Apa yang menariknya, Anuar turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditampilkan itu telah menyebabkan ramai yang suka dengan gandingan mereka sehingga ada yang menyuruh mereka berkahwin memandangkan kedua-duanya masih solo.

"Ketika menjayakan sesebuah persembahan ada peminat bertanya kepada saya tentang khabar Dayang kerana menyangka kami bercinta, sedangkan kami memang amat jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk.

"Terdapat beberapa kejadian lucu yang saya alami apabila terdapat peminat yang menyuruh saya berkahwin sahaja dengan Dayang kerana dia suka melihat keserasian kami," ujarnya.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia kerap memilih Dayang sebagai rakan duetnya ketika mengadakan persembahan, Anuar menyatakan, dia begitu kagum dengan vokal dan bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu.

Mengakui terlalu selektif terhadap pemilihan penyanyi yang akan bergandingan dengannya, adik kepada Ziana Zain itu menjelaskan, dia lebih selesa bekerjasama dengan penyanyi yang rapat dengannya.

DAYANG mengakui dirinya masih kekal solo tanpa teman lelaki buat masa ini.


"Tidak dinafikan di Malaysia memang ramai penyanyi wanita yang sangat hebat, tetapi saya cuma memilih individu yang rapat dan sudah lama kenal supaya kerjasama itu menjadi lebih mudah.

"Bukan mahu terlalu memuji Dayang kerana secara ikhlasnya saya melihat dia merupakan antara penyanyi wanita yang hebat. Kalau menyanyi dalam keadaan sistem bunyi yang teruk dia masih mampu menampilkan persembahan yang baik," ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini dia sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita lain seperti Hetty Sarlene, Hunny Madu dan Amy Mastura. Namun begitu, sehingga kini dia belum pernah berkolaborasi dengan kakaknya sendiri.

"Permintaan itu memang ada dan sudah ada perancangan serta beberapa buah lagu telah dipilih, tetapi kombinasi suara kami memang tidak sesuai untuk berduet bersama," jelasnya.

Berkenaan dengan album Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, ia mengandungi 14 buah lagu dan empat daripadanya menampilkan duet mereka menerusi lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih.

Komposer luar

Bercerita lebih lanjut mengenai aktiviti seni terbaharunya, Anuar memberitahu, dia sedang menghasilkan sebuah album khas menerusi rakaman konsert solo pertamanya iaitu Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 17 Februari lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Anuar, pada tahun ini buat pertama kalinya dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan untuk Minggu Setiausaha seperti kelaziman kerana telah menganjurkan konsert tersebut.

"Album khas ini dihasilkan atas permintaan ramai dan selepas itu saya akan memberikan tumpuan pula kepada penerbitan album baharu yang dijangka akan siap pada tahun hadapan.

"Pemilihan lagu pula masih lagi belum dilakukan, tetapi saya akan tampilkan konsep yang lebih ceria. Mungkin saya akan terus memilih lagu yang dihasilkan oleh komposer dari Indonesia," jelasnya.

Apabila diminta mengulas mengenai dirinya yang menggunakan khidmat komposer luar seperti album terdahulu, penyanyi itu menyatakan, langkah tersebut memberi kesenangan dalam proses pemilihan lagu.

Bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan komposer tempatan, tetapi Anuar menyatakan kebanyakan mereka agak sibuk kerana perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi yang lain.

ANUAR mengakui pelik andai ada yang menyangka dia bercinta dengan Dayang.


"Saya akui komposer di Malaysia memang ramai yang hebat dan bagus, cuma kalau saya hendak menggunakan khidmat komposer pilihan sendiri, ramai yang tidak boleh buat kerana terlalu sibuk.

"Jadi, saya lebih suka mengambil pendekatan dengan memilih lagu-lagu yang dihasilkan komposer Indonesia kerana lebih banyak pilihan yang dapat dibuat," ujarnya.

Selesa bersama

Dilihat agak malu-malu apabila mendapat pujian yang melambung, ternyata Dayang Nurfaizah tetap merendah diri dan berasa sangat bertuah kerana menjadi pilihan Anuar Zain untuk berkolaborasi bersama.

Berhubung dengan dirinya yang dikatakan mempunyai ikatan istimewa dengan penyanyi tersebut, Dayang turut beranggapan bahawa Anuar seperti seorang abang memandangkan pengalamannya yang luas selama 30 tahun dalam industri nyanyian.

"Kalau ada yang menyangka saya dan Anuar bercinta, ia merupakan satu perkara yang cukup pelik. Ternyata tidak terlintas langsung untuk kami bercinta dan kemesraan yang ditampilkan pula atas dasar profesional.

"Tidak dinafikan agak ramai peminat yang mahu melihat kami berdua berkahwin, cuma kami lebih selesa kalau berkolaborasi bersama di pentas nyanyian atau menerusi album," ujarnya yang masih belum memiliki teman lelaki.

Berkenaan dengan projek kolaborasi seterusnya bersama Anuar, penyanyi tersebut menyatakan belum ada perancangan lagi buat masa ini. Namun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya dapat bergandingan bersama pada masa akan datang.

Mengenai projek terbaharunya pula, Dayang menjelaskan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah single berjudul Bisikan Rindu untuk lagu tema drama bersiri Dahlia.

Selain itu, dia akan menjayakan sebuah showcase di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun ini.

"Ketika ini saya mahu mempromosikan lagu berkenaan terlebih dulu. Tentang album baharu pula perancangan itu memang ada dan kini sedang dalam proses pemilihan lagu yang sesuai," ujarnya yang kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2011 iaitu Sayang & Cahaya.

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

Posted:

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

Cinta tujuh tahun Aaron Kwok musnah

MODEL kelahiran China, Lynn Hung baru-baru ini mengumumkan ikatan cinta selama tujuh tahun terjalin antara dirinya dengan aktor tersohor Hong Kong, Aaron Kwok kini sudah terlerai.

Dalam satu temu ramah dengan media China, Lynn mengakui buat pertama kalinya dia berasa hubungannya dengan Aaron selama tujuh tahun itu sebenarnya bukan sesuatu yang selesa buat dirinya.

"Bukan mudah untuk bergelar kekasih Aaron Kwok. Selama tujuh tahun, saya telah hidup dalam dunia orang lain (Aaron Kwok).

"Kadangkala, saya rasa terlalu memaksa diri. Kini, saya tidak mahu lagi memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu buat. Saya mahu bahagia dan membiarkan orang di sekeliling saya juga larut dalam kebahagiaan," luahnya.

Tambah Lynn: "Ini (putus cinta) merupakan satu permulaan, setiap hari merupakan hari yang berbeza dan saya berharap untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu."

Siti anggap Sakinah bergurau

Posted:

Siti anggap Sakinah bergurau

Siti anggap Sakinah bergurau

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM
hiburan@kosmo.com.my

SITI berharap tidak timbul kontroversi apabila klip video single terbaharunya, Galau menampilkan dirinya yang tidak berhijab sepenuhnya.


SEMUANYA bermula apabila pelakon Sharifah Sakinah menggunakan akaun medium sosial Keek aktres Anzalna untuk memuat naik sebuah video pada petang Jumaat lalu.

Ketika itu Sakinah dan Anzalna sama-sama sedang menjalani penggambaran drama bersiri drama bersiri, Orang Gaji IQ.

Menerusi video tersebut, Sakinah telah mengajuk suara Datuk Siti Nurhaliza seperti dalam iklan Jusco yang membabitkan Siti sebelum ini.

Impaknya ramai yang mengutuk tindakan Sakinah sebagai sengaja mencari publisiti murahan sehingga Sakinah akhirnya tampil membuat permohanan maaf secara terbuka menerusi media.

Siti turut memberikan respons terhadap kontroversi yang dicetuskan Sakinah itu.

Ujarnya: "Saya sudah mengetahui tentang video (Sharifah Sakinah) tersebut. Setahu saya, video tersebut hanya mengajuk cara suara saya membuat voice over untuk iklan Jusco.

"Saya tidak ambil hati kerana saya anggap Sakinah mungkin sekadar ingin bergurau."

Tambah Siti: "Saya anggap ia sekadar gurauan budak-budak dan isi kandungan seterusnya tidak ada kena-mengena dengan diri saya."

Siti ditemui baru-baru ini pada majlis pelancaran klip video single terbaharunya, Galau di Kuala Lumpur.

Single tersebut merupakan hasil kerjasama Universal Music Sdn. Bhd. dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Mujahid Abd Wahab dari Rumpun Records

"Lagu berkonsep pop ini mengisahkan tentang hubungan dua insan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai pasangan kekasih.

"Galau bermaksud kacau atau keliru. Alhamdulillah, Galau telah mula mendapat sambutan yang hangat di (stesen) radio-radio tempatan dan laman sosial seperti YouTube dan Facebook," ujarnya.

Penggambaran klip video Galau berlangsung pada 7 Disember tahun lepas di Moroccan Pavilion, Taman Botani, Putrajaya.

Menurut pengarah klip video tersebut, Daryl Adrian Emuang, lokasi itu dipilih kerana keunikan dan kecantikan senibinanya.

"Gabungan elemen kasih sayang daripada maksud lagu Galau dengan visual yang memfokuskan kepada ekspresi Siti bersama para penari pendingngiring. Klip video tersebut lebih kepada unsur abstrak dan sangat berbeza konsepnya berbanding klip video Siti sebelum ini," jelas Daryl.


SHARIFAH SAKINAH mengaitkan nama Siti menerusi rakaman video di laman YouTube.


Tidak berhijab

Pada majlis tersebut, Siti juga membuat satu pengumuman untuk menghasilkan kerjasama dengan Universal Music Sdn. Bhd. untuk album yang seterusnya.

"Saya akan mulakan proses rakaman pada bulan Ramadan ini dan Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

"Saya akan berkerjasama dengan komposer dari Indonesia dan Malaysia," kata Siti yang membuat pelancaran klip videonya itu di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini

Menerusi klip video tersebut, Siti menampilkan imej dirinya yang belum berhijab sepenuhnya. Ini kerana ia dirakamkan pada Disember tahun lepas.

"Saya harap peminat saya faham yang saya mula berhijab sepenuhnya pada Januari tahun ini dan klip video itu dirakam sebelum saya sepenuhnya berhijab. Saya berharap ia tidak menjadi satu masalah kepada peminat-peminat saya," ujar Siti yang tidak sabar ingin memulakan rakamannya bersama Universal Music.

Tambahnya: "Klip video ini sepatutnya sudah lama dikeluarkan. Namun saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya disebabkan suami saya kemalangan dan menjaga suami selama empat bulan.

"Saya tidak mahu pihak penerbitan mengeluarkan bajet sekali lagi semata-mata ingin merakamkan klip video itu."

Kolaborasi bersama Yuna

Sementara itu, Siti juga mengumumkan projek terbaharuunya dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

"Siti akan muncul menerusi konsert mega di Dewan Philharmonic pada Julai ini," ujarnya mengenai koloborasinya dengan MPO untuk tiga malam berturut-turut iaitu dari 5 hingga 7 Julai nanti.

Siti juga mendedahkan, dia banyak menerima pemintaan daripada peminat untuk menyanyikan lagu Muara Hati secara solo.

"Saya akan mempertimbangkan mengenai perkara itu," ujarnya yang mengakui ingin menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi Yuna dan Awi Rafael pada masa akan datang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat