{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Hijrah selepas umrah keempat

Posted:

Hijrah selepas umrah keempat

Hijrah selepas umrah keempat

KETIKA hadir pada majlis pelancaran produk kecantikan Cosry Skin Therapy kelmarin, pengacara majlis mengumumkan pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja yang merupakan duta produk berkenaan baru pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

Dengan pengumuman tersebut, secara tiba-tiba terdetik di hati bahawa tidak mustahil pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ejen 88 & 44 kini sudah tampil dengan imej baharu.

Ternyata jangkaan itu tidak meleset sama sekali apabila Eja yang muncul pada acara tersebut setelah namanya diumumkan sebagai duta dilihat tampil anggun bertudung.

Berkesempatan menemui figura cantik ini selepas acara pelancaran berakhir, pelakon yang sentiasa tidak lokek dengan senyuman itu menyatakan dia kini sudah membuat perubahan terhadap penampilannya.

"Saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak," ujarnya memulakan bicara.

Menurut Eja, sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu.

Ujarnya, niat tersebut kemudiannya tertangguh begitu sahaja dan kini dia sangat bersyukur kerana telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bertudung.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.

"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," jelasnya.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dirinya bertekad untuk terus bertudung, Eja memberitahu satu kejadian telah berlaku semasa hari-hari terakhir sebelum dia pulang ke Malaysia.

Luahnya, ketika dia memandang Kaabah secara tiba-tiba timbul perasaan sayu, lalu membuatkan air matanya mengalir deras sehingga menimbulkan kehairanan suami dan anaknya.

"Ketika itu saya mula terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan kepada penampilan diri. Kemudian, saya memberitahu perkara ini kepada suami dan dia merupakan orang yang paling gembira," ujarnya.

Menurutnya, dengan perubahan yang dilakukan ini dia merasakan suasana yang lebih tenang dan sebagai seorang Islam menutup aurat itu merupakan salah satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Eja berasa dirinya lebih tenang.


Murah rezeki

Berkenaan dengan pandangan sesetengah pihak yang masih beranggapan karier seseorang pelakon wanita akan merudum setelah bertudung, Eja pula lantas menyangkal tanggapan sebegitu.

Ujar Eja, sama ada bertudung atau tidak setiap rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan dia sendiri langsung tidak berasa risau kerana percaya masih ramai penerbit dan pengarah yang akan terus memberikan peluang lakonan.

"Walaupun saya kini sudah tampil bertudung rezeki saya masih lagi murah. Saya baru sahaja dilantik sebagai duta untuk produk Cosry Skin Therapy.

"Sebenarnya saya ditawarkan menjadi duta sebelum ke Mekah dan sebaik sahaja pulang ke Malaysia, saya memberitahu pihak Cosry yang kini saya bertudung. Namun begitu, mereka tetap bersetuju dan tidak kisah dengan penampilan saya sekarang," ujarnya.

Eja turut berpandangan bahawa setiap pelakon wanita yang bertudung tidak perlu risau untuk meneruskan karier lakonan kerana pihak dalam industri hiburan dan peminat kini sudah lebih terbuka.

"Lagipun, sekarang ini sudah ada beberapa saluran televisyen yang berbentuk keagamaan dan ia sudah tentu mampu menjadi platform buat artis sama ada pelakon atau penyanyi meneruskan kerjaya masing-masing.

"Sebagai contoh, kita boleh melihat penyanyi Siti Nurhaliza yang sudah bertudung, tetapi masih lagi diminati ramai. Jadi, pemakaian tudung ini seharusnya tidak menimbulkan sebarang isu," tegasnya.


KREDIBILITI. Eja tetap dilantik sebagai duta Cosry Skin Therapy biarpun selepas dirinya bertudung.


Penyakit Artritis

Pada usianya yang kini sudah mencecah 41 tahun, Eja turut ditebak tentang penambahan zuriat memandangkan dia kini cuma memiliki seorang anak iaitu Nur Eisha Mohd. Silahuddin yang sudah berusia empat tahun.

Pelakon itu berkata, hasrat untuk menambah cahaya mata memang sudah lama terpendam, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana faktor kesihatan dirinya.

"Pada akhir tahun lalu saya telah disahkan menghidap penyakit artritis atau radang pada bahagian sendi. Akibat daripada penyakit itu menyebabkan saya mengalami kesakitan bengkak pada bahagian sendi.

"Kemudian saya telah diberi ubat oleh doktor dan saya perlu mengambilnya seumur hidup. Kalau saya berhenti seketika mengambil ubat tersebut sakit itu boleh datang pada bila-bila masa," jelasnya.

Bagaimanapun, Eja menyatakan ubat yang diambilnya itu sebenarnya memberi kesan sampingan dan dia telah dinasihatkan oleh doktor supaya tidak hamil.

"Sebenarnya doktor ada memberitahu bahawa saya mempunyai pilihan sama ada mahu terus makan ubat tersebut atau tidak. Kalau tidak mahu lagi mengambilnya saya perlu kuat untuk menahan rasa sakit apabila penyakit itu menyerang diri saya.

"Sepanjang berada di Mekah saya sudah tidak lagi mengambilnya sehingga sekarang. Alhamdulillah, saya tidak berasa sebarang kesakitan dan bertekad tidak mahu bergantung kepada ubat," ujarnya.

Menurut Eja, dia juga terpaksa menunggu selama tiga bulan bagi menghilangkan kesan ubat berkenaan di dalam badannya sebelum dibenarkan untuk hamil.

Jep Sepahtu nafi ada masalah disiplin

Posted:

Jep Sepahtu nafi ada masalah disiplin

Jep Sepahtu nafi ada masalah disiplin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


JEP kini bersedia untuk menyertai promosi filem Oh Mak Kau! bersama karyawan lain produksi tersebut.


SEBELUM ini pelawak Mohd. Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu agak jarang dikaitkan dengan cerita kontroversi, terutamanya berkaitan tentang masalah disiplin.

Bagaimanapun, kini sudah mula timbul rungutan terhadap sikapnya apabila dikatakan enggan terbabit dalam rangka promosi filem terbaharunya, Oh Mak Kau! yang mula ditayangkan di pawagam pada 16 Mei.

Selain itu, terdapat rungutan beberapa rakan artis yang pernah berlakon bersama-sama dengannya sebelum ini mengenai sikapnya yang tidak mahu memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Bagi mencari jawapan yang sebenar berhubung perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Jep untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Kosmo!: Adakah benar dakwaan yang mengatakan Jep cuba elak untuk menjayakan promosi filem Oh Mak Kau?

JEP: Sebenarnya saya agak terkejut dengan dakwaan sedemikian kerana ketiadaan saya dalam promosi filem tersebut memandangkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Memang benar saya ada pulang ke kampung di Kulai, Johor untuk pergi mengundi, tetapi selepas itu saya terus demam dan akhirnya saya ambil keputusan untuk berada di kampung selama seminggu.

Adakah pihak penerbit sudah diberitahu tentang keadaan Jep?

Saya ada menghubungi penerbit dan pengarah Oh Mak Kau! iaitu Ain Nordin untuk menjelaskan keadaan kesihatan saya dan dia faham dengan situasi saya. Selain itu, saya juga telah memberitahu rakan saya, Shuib dan dia sendiri telah menasihati supaya saya terus berehat di kampung kalau kesihatan saya masih lagi tidak pulih.


JEP dan Shuib masih bersama untuk Sepahtu tetapi mereka kini bergerak secara individu berdasarkan kepada tawaran yang diraih masing-masing.


Apakah komen Jep apabila dikatakan tidak mahu memberi kerjasama terhadap filem lakonan sendiri?

Sebagai pelakon yang memegang watak utama dalam sesebuah filem, sudah tentu saya akan memberikan komitmen yang sewajarnya dan ingin melihat filem saya itu berjaya di pawagam dan mendapat sambutan daripada penonton.

Kini, saya sudah kembali di Kuala Lumpur dan akan mula menyertai rangka promosi yang diaturkan di stesen radio dan televisyen untuk filem Oh Mak Kau!, meskipun belum pulih sepenuhnya daripada demam.

Berkenaan dengan kumpulan Sepahtu pula, adakah Jep dan Shuib masih lagi bersama sebagai anggotanya?

Untuk pengetahuan semua, Sepahtu masih lagi wujud sehingga sekarang. Cuma saya dan Shuib bergerak secara sendirian kerana tawaran yang diperoleh lebih banyak kepada individu.

Lagipun kami sudah sepakat untuk bergerak secara solo kerana itu merupakan rezeki masing-masing. Sebenarnya, ada juga tawaran untuk Sepahtu membuat persembahan, tetapi kami terpaksa menolak kerana pertembungan jadual.

Bagaimanakah pula dengan proses penerbitan album Sepahtu sekarang memandangkan ia sepatutnya siap pada tahun lalu?

Setakat ini kami sudah merakamkan dua buah lagu iaitu Siapa Dapat Lisa dan Kerja Gila. Proses penerbitan pula masih lagi berjalan, cuma ia tertangguh kerana ada sedikit masalah yang timbul di bahagian pihak pengurusan.

Bagaimanpun, baru-baru ini pihak pengurusan sudah menghubungi saya untuk proses rakaman lagu yang ketiga dan ketika ini saya dan Shuib sedang mencari mana yang sesuai.

Tiga kategori baharu

Posted:

Tiga kategori baharu

Tiga kategori baharu

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my


KUMPULAN Project Elementz tampil membuat persembahan pada sidang akhbar Showdown 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PERNAH dinobatkan sebagai Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan 2011, Showdown musim ketiga kini kembali lagi dengan idea yang lebih segar, lebih meriah dan menarik khusus buat peminat tegar penari jalanan.

"Selepas bersiaran selama tiga tahun, Showdown 2013 kali ini tampil berbeza dengan format baharu untuk memberi lebih peluang kepada orang ramai," ujar Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul.

Tambahnya: "Bagi musim baharu ini menampilkan tiga kategori berbeza untuk memberi lebih banyak peluang kepada peminat seni tarian di Malaysia."

Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Kategori Junior yang dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke bawah manakala Kategori Terbuka dibenarkan kepada semua peringkat umur tanpa sebarang had.

Selain itu terdapat satu lagi kategori iaitu Kategori All Star yang hanya terbuka kepada kru-kru yang dijemput oleh pihak 8TV sahaja. Antara kru yang akan dipanggil semula untuk bertanding adalah seperti juara Showdown pada musim lepas iaitu Dem Lepak Boyz.

"Pastinya dengan kehadiran kru-kru berpengalaman dapat memberi semangat kepada ahli tarian yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dengan program yang tergempar di Malaysia ini," kata Airin lagi.

Lebih menambah kelainan apabila pada tahun ini, Showdown 2013 tidak akan ditayangkan secara langsung ke kaca televisyen tetapi akan direkod dan disiarkan melalui tonton.com.my.

JOE FLIZZOW kekal sebagai juri untuk Showdown musim keempat ini.


Bagi sesi uji bakat, kedua-dua Kategori Junior dan Kategori Terbuka akan dijalankan serentak pada 11 Mei ini bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang di Dewan A, Menara Matrade, Off Jalan Duta Kuala Lumpur.

Berbeza dengan Kategori All Star, kesemua peserta akan beraksi di pentas showcase Showdown 2013 untuk mempamerkan bakat masing-masing.

Hanya tiga kru yang berjaya ke peringkat seterusnya dalam kategori masing-masing akan mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 6 Julai di Stadium Negara dan akan disiarkan secara langsung melalui 8TV.

Menariknya, Showdown 2013 menawarkan hadiah dan gelaran juara bagi setiap kategori. Bagi Kategori Junior RM10,000 akan diberikan kepada tempat pertama manakala tempat kedua akan menerima RM5,000.

Juara bagi Kategori Terbuka pula akan menerima RM50,000 serta perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia. Manakala bagi tempat kedua akan membawa pulang RM20,000.

Untuk Kategori All Star pula, kru yang bergelar juara bakal menerima wang tunai RM75,000 di samping perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa bernilai RM125,000. Naib juara pula akan menerima RM30,000.

Hafiz Hatim kekal sebagai pengacara, Joe Flizzow dan Maple Loo kekal sebagai juri Showdown 2013 dan terdapat pertambahan juri antarabangsa antaranya YNOT, Mr. Wiggles, Junior Boogaloo, Bboy Full Deck - kesemuanya dari Amerika Syarikat dan Sheena Vera Cruz dari Filipina.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat