{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Infiniti

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Infiniti


Teknologi Motion Capture di Aswara

Posted:

Teknologi Motion Capture di Aswara

Teknologi Motion Capture di Aswara

Oleh SUHANA VERU

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan (Aswara) pernah mencipta sejarah dalam dunia animasi apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia menubuhkan fakulti animasi iaitu pada tahun 2011.

Langkah itu dilihat mampu melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang animasi sekali gus mampu menghasilkan lebih banyak produk bermutu tinggi.

Usaha tersebut tidak terhenti di situ sahaja, pelbagai aktiviti dan pendekatan diambil bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti.

Ia termasuk menjemput pakar animasi popular, Raman Hui yang pernah terbabit dalam pembikinan filem animasi seperti Shrek dan Kungfu Panda.

Kehadiran beliau pada 18 Jun 2011 lalu selama satu hari di Aswara bertujuan memberi pendedahan ilmu animasi kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan berkenaan.

Terbaharu, Aswara mengambil inisiatif dengan menggunakan teknologi Motion Capture. Kira-kira 12 orang pelajar yang mengikuti kursus Animasi Komputer teknik tiga dimensi (3D) lanjutan berpeluang menggunakan teknologi canggih itu.

Begitupun, mereka hanya berpeluang menggunakan teknologi tersebut ketika berada di tahun ketiga pengajian.

Alternatif bidang animasi

Bagi mengulas lebih lanjut mengenai teknologi itu, Pensyarah Fakulti Animasi dan Multimedia Aswara, Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusof berkata, Motion Capture atau lebih biasa dipanggil mocap adalah proses merakam pergerakan sesuatu objek, orang atau haiwan.

Selain untuk kerja-kerja animasi, ia juga sesuai digunakan untuk permainan komputer, sains kesihatan, tentera dan realiti maya.

Ia juga merupakan alternatif di dalam bidang animasi selain animasi keyframe (bingkai kekunci). Kaedah animasi bingkai kekunci adalah berbentuk lukisan tangan dan animasi 3D.


MOHD. RASHDAN (kanan sekali) ketika melancarkan animasi Supertots pada tahun 2011.


Pada kebiasaan, jika menggunakan kaedah berkenaan, seseorang animator terpaksa menggunakan tetikus untuk menggerakkan watak berbanding mocap.

Menyentuh mengenai cara-cara menggunakan mocap berkenaan, Mohammad Dzulsyafiq memberitahu, seorang pelajar perlu menyarungkan sut yang bersifat elastik.

Di Aswara terdapat tiga sut berkenaan yang bersaiz S, M dan L. Kehadiran tiga saiz yang berlainan dilihat perlu mengikut saiz badan seseorang pelajar.

Namun demikian, tidak terdapat saiz XL memandangkan saiz tersebut terlalu besar dan tidak sesuai dengan orang Asia.

Tambah, Mohammad Dzulsyafiq yang pernah berkhidmat dengan syarikat LesCopaque, individu yang memakai sut tersebut perlu ketat supaya marker (titik-titik) yang dipasang tidak bergerak.

Jika titik-titik berkenaan longgar, ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Pada kebiasaan, titik-titik berkenaan dipasang di bahagian dada, kaki, kepala, lengan, belakang badan dan pinggang. Terdapat 49 marker pada sehelai sut.

Menyentuh mengenai fungsi titik, ia sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memantulkan cahaya kepada kamera yang dipasang di dalam sesebuah bilik.

"Terdapat 18 kamera yang akan dipasang dan kedudukan kamera-kamera berkenaan tidak akan diubah," katanya sambil memberitahu, mocap kurang sesuai digunakan di kawasan lapang kerana cahaya akan mempengaruhi keadaan imej yang dirakam.

Sebaik pemasangan kamera di studio yang berkeluasan enam meter, individu yang telah dilengkapi dengan sut itu perlu berdiri di tengah-tengah sambil mendepangkan kedua-dua tangan.

Tindakan itu membolehkan kamera yang dipasang mengesan sama ada kedudukan marker berada di tempat yang betul atau sebaliknya.

Penghasilan karakter

Sebaik selesai mengesan kesemua kedudukan marker berada di tempat yang betul, individu tersebut boleh memulakan gerakan anggota badan.

Setiap gerakan akan dirakam melalui kamera. Dalam sesi menangkap gambar pergerakan, kesemua kamera tersebut akan berfungsi dan hanya merakam pergerakan karakter dan bukannya penampilan visual karakter itu.

Lalu, data animasi akan dipetakan kepada model 3D supaya model yang melakukan tindakan yang sama seperti pelakon.

Begitupun, dengan menggunakan perisian yang dikenali sebagai arena, ia akan memadankan titik-titik tersebut dengan karakter 3D yang telah sedia ada di dalam komputer.

KAMERA ini digunakan untuk mengesan setiap pergerakan pada tubuh manusia.


Setelah selesai merakam kesemua gerakan ke dalam komputer, kesemua gerakan itu akan dieksport ke fail yang dikenali sebagai Biovision Hierarchy (BVH).

Bagaimanapun, karakter-karakter yang dihantar itu akan dikemas kini terlebih dulu.

"Jika watak manusia dan kartun tidak sama, misalnya, individu yang memakai sut itu mempunyai susuk badan yang kurus manakala watak kartun gemuk, jadi pengubahsuaian perlu dilakukan supaya kedua-dua watak sama," katanya sambil memberitahu, mocap pernah digunakan dalam filem Avatar, Happy Feet 2 dan The Adventure of Tintin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelebihan menggunakan mocap, beliau berkata, teknologi tersebut dapat mengurangkan masa pelajar bagi menggerakkan sesuatu karakter yang rumit.

Selain itu, dengan penggunaan mocap, ia juga dapat merakam setiap satu gerakan secara terus-menerus.

Sungguhpun begitu, di sebalik kelebihan mocap terdapat juga kekurangan dalam teknologi itu.

Antaranya, ia tidak sesuai untuk digunakan bagi animasi bersiri kerana jika terdapat banyak kesilapan, seseorang animator itu perlu menghabiskan masa yang terlalu lama untuk membaiki masalah tersebut.

Malahan, jika mahu menggunakan mocap, perlu ada ruang kawasan yang besar untuk memasang peralatan khas mocap.

"Bukan itu sahaja, industri perfileman yang kecil juga tidak mampu menggunakan teknologi berkenaan kerana ia menelan kos yang tinggi," ujarnya lagi.

Kualiti tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif Netcarbon, Mohd. Rashdan Ramlee pula memberitahu, pembelian mocap sememangnya menuntut perbelanjaan yang besar tetapi penggunaan teknologi itu menerusi perfileman animasi dilihat berbaloi kerana mempunyai kualiti yang tinggi.

Beliau yang merupakan pengarah animasi Supertots turut menggunakan mocap yang bernilai hampir RM400,000 memberitahu, pergerakan individu yang memakai sut khas itu menampilkan pergerakan yang realistik.


SATU saat animasi memerlukan 24 keping lukisan sekali gus menjadikan seni itu sesuatu yang sangat halus.


Sehubungan itu, seseorang animator terpaksa mengubah watak realistik itu kepada gaya kartun namun tidak menuntut kerja-kerja yang rumit.

Mocap juga katanya, mempercepatkan kerja-kerja pembikinan animasi berbanding bingkai kekunci yang memakan masa yang terlalu lama.

Supertots merupakan siri animasi 3D berlatar belakang angkasa lepas dengan menampilkan lima kanak-kanak pendukung watak utama iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Shasha dan Blinq yang menentang Zeeboz.

Dalam siri animasi selama 11 minit bagi setiap episod itu, ia menerapkan nilai-nilai murni seperti persahabatan, perpaduan dan semangat kerjasama.

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Posted:

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Tapak sulaiman berduri ancam terumbu karang

Oleh SUHANA VERU


COT mempunyai bentuk bulat dan berduri yang makan serta merosakkan batu karang.


JABATAN Taman Laut Malaysia (JTLM) sentiasa mengambil langkah proaktif demi melindungi dan memulihara terumbu karang dan hidupan marin di negara ini.

Malahan, Malaysia merupakan antara 12 buah negara mega biodiversiti di dunia yang kaya dengan sumber asli dan kepelbagaian biologi.

Justeru, bagi memastikan kekayaan ekosistem itu sentiasa dilindungi, JTLM menganjurkan program Crown of Thorns (COT) dan Reef Clean Up pada 5 April lalu di Taman Laut, Terengganu.

Program itu diadakan untuk mengurus dan memulihara kawasan-kawasan perlindungan marin serta mengekalkan kelestarian biodiversiti marin di Taman Laut.

Program tersebut disertai seramai 100 sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian termasuk kakitangan JTLM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof.

Kesemua peserta diberi kelengkapan sut menyelam dan tangki oksigen sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan sampah. Mereka juga terbabit dalam operasi memusnahkan tapak sulaiman berduri yang lebih dikenali sebagai COT.

Pengawalan

COT yang berbentuk bulat dan berduri biasanya menghuni dasar laut terutama di kawasan terumbu karang. Ia bukan sahaja memakan malah merosakkan terumbu karang.

Berdasarkan rekod JTLM, dari tahun 2007 hingga 2012, lebih kurang 16,000 tapak sulaiman berduri telah berjaya dimusnahkan menerusi program pembersihan COT di Taman Laut, Pulau Perhentian.

Populasi COT yang berlebihan akan menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada terumbu karang.

Jadi, pengawalan terhadap COT perlu dilakukan apabila jumlah hidupan itu melebihi kuantiti yang diperlukan.

Dalam satu hektar kawasan Taman Laut, satu hingga 20 ekor COT sahaja yang dibenarkan hidup.

Pengarah Jabatan Laut, Dr. Sukarno Wagiman berkata, pihaknya telah menjalankan program seumpama itu di kebanyakan pulau di negara ini.

Antaranya, Pulau Tioman, Pahang; Pulau Redang, Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, Terengganu; Pulau Aur serta Pulau Pemanggil, Johor.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, beliau memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan usaha untuk menyelamatkan terumbu karang.

"Kami memusnahkan COT jika didapati jumlahnya terlalu banyak di setiap satu hektar. Kehadiran haiwan itu dalam jumlah yang banyak mengundang bahaya kepada terumbu karang," katanya.

Pemindahan


PROGRAM memusnahkan COT adalah bagi mengawal populasi hidupan itu supaya tidak menjejaskan terumbu karang.


Dalam pada itu, pihak JLTM turut melakukan proses pemindahan dan penanaman semula terumbu karang di kedalaman 30 hingga 40 kaki dalam laut.

Terumbu karang yang dipindahkan akan ditanam semula di lokasi lain yang telah dikenal pasti.

Tindakan itu dapat membantu kelangsungan hayat terumbu karang.

Sementara itu, pihaknya juga pernah menutup kawasan terumbu karang pada tahun 2010 disebabkan suhu laut meningkat.

Kebiasaannya, sesuatu lokasi itu akan ditutup sehingga enam bulan bagi memastikan ia telah pulih sepenuhnya.

Sikap manusia yang membuang sampah ke dalam laut selain gemar menyentuh terumbu karang ketika melakukan aktiviti menyelam turut menjejaskan hidupan tersebut.

"Tindakan menyentuh terumbu karang akan merosakkan sejenis organisma karnivor yang disebut polip. Polip berfungsi dengan membantu pembesaran terumbu karang.

"Jadi, kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam program ini supaya mereka menghargai sumber alam dan menyaksikan sendiri kesan pencemaran laut terhadap terumbu karang," katanya.

Seorang penyelam, Muhammad Farose Muhammad, 38, berkata, ketika menyertai aktiviti tersebut, dia menemui banyak sampah di dasar laut.

"Macam-macam sampah saya jumpa di dalam laut seperti plastik, botol, guni, jaring ikan, besi dan tayar," katanya dengan nada kesal.

Samsung dengan sistem operasi Windows

Posted:

Samsung dengan sistem operasi Windows

Samsung dengan sistem operasi Windows

SAMSUNG ATIV S dilengkapi dengan ciri-ciri terbaharu kerana terdapat bahagian Now yang boleh direka mengikut cita rasa pengguna itu sendiri.


TELEFON pintar, Samsung ATIV S memberi kelainan dalam pengalaman dunia mobil dengan memberi pilihan sistem operasi, Windows Phone 8 selain Android kepada pengguna.

Peminat tegar jenama Samsung pasti dapat menerokai kelainan ATIV S melalui sistem operasi seperti antara muka untuk setiap paparan aplikasi.

Paling berbeza adalah pada bahagian Now yang boleh direka mengikut kehendak peribadi dan aplikasi mesej segera, ChatON yang ada pada semua model Samsung.

ATIV S mempunyai pemprosesan Dual Krait 1.5 gigahertz dan cip Qualcomm Snapdragon S4 bagi membolehkan prestasi melayari yang hebat, malah pada masa yang sama mampu menawarkan permainan video lebih lancar.

Model telefon itu juga didatangkan dengan Video Chat berdefinisi tinggi bagi memastikan tiada masalah ketika berhubung.

Ia juga mempunyai integrasi dengan fungsi Near Field Communications (NFC) yang membolehkan data dihantar dengan cara sentuh dan kirim.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat