Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- SKM Kuala Muda anjur kursus motivasi
- Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli Perlis
- Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikal
SKM Kuala Muda anjur kursus motivasi Posted: SKM Kuala Muda anjur kursus motivasiSEBAHAGIAN ahli SKM Daerah Kuala Muda selepas mengikuti Kursus Motivasi Pembentukan Organisasi Koperasi Cemerlang di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. TINGKAT SEMANGAT. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Daerah Kuala Muda menganjurkan Kursus Motivasi Pembentukan Organisasi Koperasi Cemerlang di Resort Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Kira-kira 50 peserta dari 26 buah koperasi terdiri Ahli Lembaga Koperasi (ALP) dan ahli-ahli koperasi lain mengikuti pelbagai ceramah antaranya mengenai pemahaman sebagai ahli lembaga, pengurusan dalam memastikan visi, matlamat organisasi, teknik-teknik dan pembentukan pasukan modal insan. Timbalan Pengarah SKM Daerah Kuala Muda, Norafifah Abd. Hamid berkata, semua koperasi dapat digerakkan jika ALP dan ahli-ahlinya memahami fungsi koperasi masing-masing. Pemimpin koperasi boleh menghubungi pejabat SKM melalui talian 04-421 2454 bagi mendapatkan maklumat berkaitan koperasi. |
Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli Perlis Posted: Rombongan LKPIM Kelantan sokong aktiviti ahli PerlisBI SAMIHAH (duduk, empat dari kiri) dan ahli-ahli LKPIM Kelantan dan Perlis yang menyertai Malam Amal Mesra Kasih di Kangar, Perlis baru-baru ini. SOKONG. Sebanyak 12 orang ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Negeri Kelantan menghadiri Majlis Amal Mesra Kasih LKPIM Perlis di Kangar baru-baru ini. Pengerusi LKPIM Negeri Kelantan, Datuk Bi Samihah Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima jemputan itu bagi memberi sokongan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam kerja sukarela di negeri itu. Katanya, walaupun terdapat persamaan aktiviti pihaknya di Kelantan dan Perlis tetapi usaha mengadakan majlis bagi mengumpulkan dana itu amat dialu-alukan. "Dana berkenaan pastinya untuk disumbangkan kepada golongan miskin di Perlis. Usaha murni ini perlu diteruskan bagi memastikan orang susah tidak terlepas pandang daripada mendapat perhatian," ujarnya. |
Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikal Posted: Pelajar SMK Seri Budiman sertai program berbasikalSEBAHAGIAN pelajar yang menyertai Program Cari Bakat Sukan Berbasikal After School Program di SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini. CUNGKIL BAKAT. Sebanyak 50 pelajar tingkatan satu hingga tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman, Kuala Terengganu, Terengganu menyertai Program Cari Bakat Sukan Berbasikal After School Program yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini. Program anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Terengganu itu merupakan yang pertama seumpamanya di negeri itu untuk mencungkil bakat-bakat muda. Ketua jurulatihnya, Syed Muhammad Husaini Syed Mazlan berkata, program itu bertujuan mencari pelapis sukan berbasikal selain menyediakan medium untuk pelajar memanfaatkan minat mereka. "Sekolah ini sebenarnya mempunyai prestasi yang baik dalam sukan berbasikal kerana telah melahirkan jaguh-jaguh kebangsaan dan antarabangsa," katanya. Menurutnya, program itu dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama pihak sekolah dengan pelajar akan melalui beberapa fasa daripada peringkat pengenalan teknik berbasikal yang betul sehingga penglibatan dalam kejohanan peringkat kebangsaan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |