{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pemotoran


Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Posted:

Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

PEMBUAT kereta mewah dari Britain, Aston Martin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-100 dengan pelancaran model elegannya, Aston Martin DB9.

Aston Martin sememangnya sudah lama dikenali terutama selepas penglibatan aktifnya dalam filem berimpak tinggi seperti James Bond sejak sekian lama.

Disifatkan sebagai model paling berkuasa sejak pengenalan pertamanya pada tahun 1994, Aston Martin DB9 turut ditawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi pengimport dan pengedar sahnya, Jelita Seleksi Sdn. Bhd., (Jelita Seleksi).

Berikutan pelancaran Aston Martin DB9 itu, Pengarah Eksekutif Aston Martin Kuala Lumpur, Nazrul Mohtar yakin bahawa Malaysia mampu menjadi pasaran utama untuk jenama mewah tersebut di rantau Asia Tenggara.

"Permintaan terhadap kereta mewah di sini adalah positif. Ia didorong oleh ekonomi negara yang positif dan peningkatan kuasa membeli pengguna," kata Nazrul yang enggan mendedahkan berapa unit Aston Martin telah terjual di Malaysia.

Di sini, Aston Martin DB9 ditawarkan pada harga RM1.7 juta seunit. Namun, harga itu boleh meningkat bergantung kepada tambahan aksesori yang dimahukan pelanggan.

Apa yang pasti, kehadiran kereta sport GT Britain itu sememangnya mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju dalam segmen sport mewah.

Aston Martin DB9 dilengkapi enjin AM11 V12 penuh kuasa. Penambahbaikan bukan sahaja dilakukan pada aspek prestasi, malah kadar emisinya juga dikurangkan berbanding enjin terdahulu.

Enjin aloi sepenuhnya bersesaran 6.0 liter itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 510hp @ 6,500rpm dan tork puncak mencecah 620Nm @ 5,500. Dari segi prestasi pula, jentera tersebut mampu meluncur dari 0 hingge ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 295km/j!

Dengan penggunaan sekitar 60 peratus panel badan baharu, model sport GT itu juga sarat dengan teknologi dan kejuruteraan termaju Aston Martin. Ini membolehkannya mengekalkan statusnya sebagai model utama keluaran Aston Martin.

Sebagai contoh, chasisnya kini lebih tegar berbanding model terdahulu, selepas jurutera Aston Martin menggunakan struktur kerangka VH dan menjadikannya lebih baik. Struktur kerangka yang kukuh bukan sahaja memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpangnya. Malah membuatkan kawalan stereng menjadi lebih jitu.

Prestasi brek mengagumkan

Penggunaan komponen-komponen baharu juga menjadikan DB9 semakin istimewa. Sistem brek misalnya, mengguna cakera Matriks Seramik Karbon CCCM) dan angkupnya pula disediakan oleh pakar pembuat brek global, Brembo.


ASTON MARTIN DB9 merupakan antara kereta mewah yang digunakan dalam filem James Bond.


Sistem brek itu menawarkan prestasi brek mengagumkan. Ini sekali gus memberi keyakinan kepada pemandu untuk memberhentikan kenderaan dengan yakin dan selamat.

DB9 dipasang dengan sistem suspensi termaju generasi keempat buatan Aston Martin yang dikenali sebagai Adaptive Damping System (ADS). ADS telah dijuruterakan semula bagi membolehkan pemandu memilih tiga mode suspensi iaitu Normal, Sport dan Trek.

Pada mode Normal, peredam ditala agar dapat memberikan pemanduan selesa. Talaan akan dibuat secara elektronik yang menyesuaikan input daripada pemandu, kelajuan dan kualiti permukaan jalan.

Mode Sport pula menyaksikan talaan suspensi lebih fokus bagi memberikan kualiti pemanduan yang dinamik. Sementara talaan suspensi paling keras berlaku apabila pemandu memilih mode Trek.

DB9 turut mematuhi piawaian perlindungan pejalan kaki terkini Eropah. Aspek itu berjaya direalisasikan tanpa mengorbankan nilai estetik rekaan luarannya. Bagi mencapai matlamat tersebut, pasukan jurutera Aston Martin telah melakukan pengubahsuian pada struktur bahagian bawah jentera. Ini termasuklah merendahkan kedudukan enjin, penggunaan bonet, binaan bampar hadapan dan acuan gril yang baharu.

Penyelesaian itu membuktikan bahawa Aston Martin berjaya mengelak daripada menggunakan cara konvensional seperti penggunaan gril plastik dan banyak lagi.

"Enjin AM11 V12 yang baharu dan rekaan bahagian hadapan unik untuk perlindungan pejalan kaki menjadi contoh jelas mengenai kecanggihan teknologi yang menjadikan Aston Martin pembuat kereta sports paling diminati di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr. Ulrich Bez.

Material berkualiti tinggi

Untuk bahagian luarannya, DB9 menampilkan rekaan yang mengambil inspirasi daripada model Aston Martin GT klasik. Ia tetap mengekal garis tubuh yang maskulin tanpa lekukan berlebihan. Tubuhnya yang rendah dan lebar pula seakan-akan memberi jaminan kepada pemandu bahawa ia menawarkan tahap kestabilan terbaik ketika dipandu laju.


RUANG kabin yang menggunakan material kulit berkualiti tinggi.


Sementara bahagian belakangnya pula menyerlah menerusi rekaan but flip yang dikatakan berfungsi meningkatkan prestasi aerodinamik kereta.

Beralih ke bahagaian kabin, DB9 sekali lagi tidak mengecewakan peminatnya dengan ambien yang elegan dan mewah. Selain penggunaan material berkualiti tinggi, perincian teliti juga dapat dilihat dengan jelas.

Sebagai contoh, ruang kokpit DB9 dibalut dengan kemasan kulit. Sementara suis-suis kawalannya diperbuat daripada gelas yang kelihatan seperti permata. Ketelitian semua perkara di ruang dalaman itu jelas membuktikan komitmen Aston Martin untuk menggunakan material tulen dan bernilai tinggi.

"Kami sangat teruja kerana mampu memulakan sambutan ulang tahun ke-100 Aston Martin menerusi pelancaran DB9 baharu ke pasaran Malaysia. Model ikonik ini merupakan contoh jelas terhadap kekayaan warisan Aston Martin yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi tercanggih.

"Ini membolehkannya untuk terus hidup untuk 100 tahun lagi. Para pemilik dan peminat jentera Aston Martin pastinya mengagumi model elegan yang tidak dimakan zaman ini yang ditawarkan secara terus oleh Aston Martin Kuala Lumpur," tambah Nazrul.

Bukan sekadar DB9, Aston Martin Kuala Lumpur juga menawarkan varian lain Aston Martin termasuklah Super Grand Tourer Vanquish, rangkaian model Vantage serta kereta sport empat pintu paling cantik di dunia, Rapide.

GIVI Centre dibuka di Melaka

Posted:

GIVI Centre dibuka di Melaka

GIVI Centre dibuka di Melaka


DARI kiri: Pengarah GIVI Centre, Kon Kok Pin; Perucca, Thiam Che dan On merasmikan pembukaan GIVI Centre
di Melaka.


PENERAJU jenama aksesori motosikal di Asia, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) baru-baru ini membuka GIVI Centre di Melaka. Ia merupakan pusat sehenti ketiga GIVI Asia selepas pembukaan GIVI Point di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

GIVI Centre ialah sebuah kedai dua tingkat berkeluasan 464.5 meter persegi. Ia menawarkan rangkaian produk GIVI yang dibangunkan khas untuk pasaran tempatan dan diimport dari Itali. Turut ditawarkan ialah sistem Monorack Givi (pelengkap kotak simpanan).

Premis itu dimiliki dan dikendalikan oleh salah sebuah pengedar produk pakaian dan aksesori motosikal jenama GIVI iaitu Zong Heng Motors. Syarikat itu sudah berkecimpung dalam industri motosikal selama 25 tahun.


GIVI Centre baharu ini menawarkan rangkaian produk GIVI yang luas.


"Kami gembira kerana dapat menawarkan produk serta keperluan kepada para pelanggan GIVI Asia dan pemilik motosikal di Melaka.

"Premis ini menawarkan rangkaian produk yang lebih menyeluruh, bergaya dan aksesori praktikal untuk penunggang motosikal," kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengurus Operasi Luar Negara GIVI ASIA, Joseph Perucca dan Presiden Persatuan Peniaga Motor Melaka, Datuk Tan Thiam Chye.

GIVI Centre (Zong Heng Motors) terletak di Jalan Bukit Baru di Melaka memulakan operasi mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang. Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 06-284 9628.

S60, V60 dan XC60

Posted:

S60, V60 dan XC60

S60, V60 dan XC60

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


VOLVO XC60 merupakan antara SUV kompak yang popular di pasaran Eropah.


"MODEL R-Design baharu adalah padanan sempurna untuk mereka yang mahukan prestasi dengan perincian terbaik. Melalui model baharu S60, V60 dan XC60 R-Design, kami telah merubah model-model popular itu dengan fokus kepada perincian.

"S60 dan V60 R-Design dengan casis yang rendah, enjin T6 serta rim opsyen 19 inci adalah pakej yang tepat. Dikontrakan dengan tempat duduk sport baharu membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang selesa, di sebalik peningkatan prestasi kereta," kata Naib Presiden Kanan Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan Volvo Group, Doug Speck.

Memetik laporan agensi berita Newspress, ketiga-tiga model R-Design dirias semula dengan wajah baharu. Bampar depan lebih agresif dengan gril tanpa bingkai berwarna hitam (Tech Matte Black).

Ia kemudian disempurnakan dengan bilah dan logo yang elegan. Sebelum ditambah pula dengan lencana R-Design sebagai lambang prestasi. Lampu DRL pada sisi bampar memberi efek kereta yang rapat ke bumi.

"Arca roda depan adalah antara perincian kecil yang menaikkan lagi aura sporty. Ia membalut roda jenis Ixion bersaiz 19 inci untuk model S60 dan V60. Sementara bagi model XC60 pula, ia bersaiz 20 inci," kata Pengarah Rekaan Luaran Volvo, Fedde Talsma.

Pada bahagian belakang, peralatan R-Design terdiri daripada peresap udara dengan rekaan yang unik bersama sirip aero dan paip ekzos berkembar.

Bahagian dalamannya dipasang tempat duduk sport yang dibalut oleh tekstil Nubuck dan kulit. Logo R disulam dengan warna biru. Terdapat juga opsyen tempat duduk yang dibalut kulit sepenuhnya, kecuali untuk varian R-Design Lux yang didatangkan standard.


TIPIKAL sebuah Volvo, Sedan S60 sarat dengan sistem keselamatan terkini.


Perisian Polestar

"Dengan sisi tempat duduk yang memeluk pemandu dari pinggang ke bahu, kerusi baharu itu memberi sokongan untuk menikmati pemanduan. Di samping itu, ia juga mengekalkan keselesaan yang merupakan ciri tradisional Volvo sejak berpuluh-puluh tahun dahulu," jelas Speck lagi.

Meter paparan yang dipanggil Adaptive Digital Display pula mempunyai opsyen tiga fungsi iaitu Elegance, Eco dan Performance. Bagi model R-Design, mode Elegance mempunyai efek warna biru. Pasukan pereka banyak memberi perhatian kepada perincian bahagian kabin yang memberi aura R-Design.

Bercakap mengenai kuasa pula, model-model R-Design menggunakan khidmat enjin sama yang ada pada model standard seperti D2 diesel berkuasa 115hp (kecuali untuk model XC60) hinggalah ke enjin 3.0 liter 6 silinder T6 petrol turbo berkuasa 304hp dengan tork 440 Nm.

Pembeli varian T6 boleh menambah lagi kuasa kepada 329hp dengan memilih opsyen perisian Polestar. Pecutan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) untuk model T6 S60 yang menggunakan paddle shift baharu dengan Sport mode telah ditingkatkan kepada 5.9 saat dari 6.1 saat. Tempoh bagi model V60 T6 pula ialah 6.0 saat turun daripada 6.2 saat. Sementara model XC60 T6 pula mengambil masa 6.9 saat berbanding 7.3 saat sebelum ini.

Casis R-Design telah direndahkan kepada 15mm, manakala kekenyalan pegas gegelung ditingkatkan kepada 15 peratus berbanding model standard S60 dan V60.

Perubahan itu memberi lebih keseronokan dengan kawalan penuh. Turut dipasang ialah palang yang mengikat suspensi untuk struktur badan yang lebih tegar. Perubahan casis yang tegar dibuat tanpa menjejaskan keselesaan.

Pegas gegelung penyerap hentak dan palang antioleng telah dilaras dan ditala untuk lebih keras serta seimbang. Hasilnya, pemanduan lebih terkawal, sporty dan mencengkam jalan.


REKAAN model baharu Volvo nyata lebih segar dan kontemporari.


Sama seperti varian standard, pelbagai sistem elektronik turut dikekalkan untuk menyokong pemanduan yang lebih sporty. Corner Traction Control yang menggunakan 'torque vectoring' bagi mengambil selekoh dengan lebih tepat kini merupakan ciri standard XC60.

DSTC atau Dynamic Stability and Traction Control mempunyai beberapa fungsi seperti Advanced Stability Control yang mengelak gelinciran (spin). Engine Drag Control pula berfungsi apabila tayar hilang cengkaman sewaktu enjin membrek atau permukaan jalan licin. DSTC turut mempunyai talaan sport yang membolehkan pemandu menutup fungsi anti-spin.

Menurut Volvo, model S60, V60 dan XC60 R-Design boleh didapati di semua pasaran yang mempunyai varian standard. Volvo Cars menjangkakan jualan varian ini sebanyak sepuluh peratus, selain 30 peratus di pasaran terpilih seperti United Kingdom dan Australia.

Bagi pasaran tempatan pula, Volvo ada menjual kit badan S60 R-Design. Menariknya, terdapat juga pakej naik taraf Polestar dengan harga promosi kira-kira RM5,000.

Selain itu, bakal dipasarkan beberapa bulan lagi ialah model V40 CKD dengan harga yang agak menarik. Sudah sampai masanya pasaran memberi perhatian semula kepada Volvo era baharu dengan falsafah "Designed Around You!"

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat