{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Stailo

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Stailo


Imbangan hidup Victoria Beckham

Posted:

Imbangan hidup Victoria Beckham

Imbangan hidup Victoria Beckham

Susunan ALIF ABU BAKAR

SEKITAR 17 tahun dahulu, Victoria Caroline Adams bergandingan bersama empat wanita membentuk grup pop fenomena, Spice Girls. Menggunakan gelaran Posh Spice, wanita yang kini berusia 39 tahun itu menjadi inspirasi kepada jutaan gadis di serata dunia yang mahukan penampilan sepertinya.

Usai perpecahan Spice Girls pada penghujung 1990-an, Victoria membawa haluan sendiri dengan menjadi penyanyi solo. Kegagalan album keduanya kemudian memperlahankan kerjaya nyanyian Victoria dan menuntutnya mencari profesion lain.

Terdahulu, perkenalan Victoria bersama bintang bola sepak dunia, David Beckham pada tahun 1997 membawa hubungan itu ke gerbang perkahwinan. Pasangan tumpuan awam itu mengikat cinta mereka secara sah pada tahun 1999, empat bulan selepas Victoria melahirkan anak sulung mereka, Brooklyn Joseph.

Tiga tahun kemudian Victoria melahirkan pula Romeo James diikuti Cruz David pada tahun 2005. Bagi melengkapkan keluarga besar Beckham, Victoria mengurniakan anak perempuan, Harper Seven kepada David, 37, pada tahun 2011.

Meskipun beranak empat, susuk tubuh dan kejelitaan Victoria masih menawan. Sejak berkecimpung dalam dunia fesyen pada tahun 2004, stail peribadi Victoria kerap mencuri tumpuan ramai malah menjadi rujukan utama dalam kalangan pengkritik fesyen antarabangsa.

Baru-baru ini, Victoria sempat berkongsi tentang kariernya sebagai pereka fesyen bagi label Victoria Victoria Beckham dan Victoria Beckham yang mula diwujudkan pada tahun 2008.

Victoria yang bercakap pada Festival Vogue yang berlangsung di Dewan Festival Diraja London itu turut bercerita tentang susur hidupnya dalam menguruskan suami dan anak-anak serta kerjaya fesyen yang semakin memuncak.

"Anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan saya walaupun membesarkan mereka bukan tugas mudah. Saya menikmati tugas sebagai ibu dan saya sayangkan anak-anak saya lebih daripada segalanya.

"Mengimbangi dua kerja dalam satu masa memang menekan emosi dan fizikal. Ia membuatkan saya rasa bersalah kepada keluarga," ujar Victoria yang menyentuh hati pengunjung yang hadir pada festival tersebut.

USIA perkahwinan David dan Victoria telah mencecah 14 tahun dan masih utuh hingga ke hari ini.


Urus keluarga

Tambah Victoria: "Saya tidak tahu bagaimana saya melakukannya. Ia bukan kerja mudah dan saya juga melalui rutin yang sama seperti ibu lain untuk menjaga empat orang anak.

"Saya bangun awal pagi dan melakukan ujian ejaan dan Matematik dengan anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Tidur juga lewat kerana Harper masih kecil dan saya perlu melayan kerenah anak sulung yang enggan tidur awal."

Wanita yang berasal dari England itu memberitahu, dia menggalakkan pekerjanya membawa anak-anak mereka ke tempat kerja dan menyifatkan pejabatnya seperti pusat jagaan kanak-kanak.

Katanya: "Pejabat saya agak kecil dan Harper mempunyai buaian di situ. Dia akan bermain dan berbaring di atas longgokan fabrik serta berlari di dalam gantungan baju yang telah siap.

"Saya mempunyai pasukan handal yang menguruskan jadual harian saya. Sekiranya terdapat perjumpaan ibu bapa atau aktiviti setempat, saya akan merancang jadual dengan teliti agar saya dapat melibatkan diri sepenuhnya.

"Menguruskan anak-anak dan suami yang kerap ke luar negara seorang diri agak mustahil dan saya bernasib baik kerana mempunyai pengasuh.

"Saya rasa siapa yang menganggap tugas ibu bekerjaya adalah mudah ialah seorang pembohong."

Dunia fesyen

Pada awal penglibatan Victoria dalam bidang fesyen, dia bertindak sebagai pereka bersama bagi menghasilkan jean, skirt dan baju kait untuk jenama pakaian denim Amerika Syarikat (AS), Rock and Republic.

Menjelang tahun 2006, Victoria dengan yakin melancarkan koleksi jean sendiri di bawah Rock and Republic menggunakan nama DVB.

Victoria yang turut mengambil tawaran sebagai model pernah muncul sebagai wajah kempen pereka-pereka prolifik antarabangsa seperti Marc Jacobs dan Dolce and Gabbana.

Dia memperkenalkan koleksi dres Victoria Bekcham pada tahun 2008 dan diterima positif industri fesyen. Sejak itu, jenamanya menjadi antara label wajib untuk dipentaskan pada Minggu Fesyen New York.

"Dahulu terlalu ramai meragui kebolehan saya untuk membentuk label fesyen sendiri. Hari ini saya membuktikan mereka silap dan saya mampu pergi lebih jauh."

"Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dan mahu setiap perkara dilakukan dengan tepat. Sejujurnya bekerja dengan saya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana saya sangat cerewet" tambahnya.

Pakaian rekaan Victoria pernah disarungkan aktres, Gwyneth Paltrow, Anne Hathaway dan penyanyi, Beyonce Knowles. Tambahnya, dia mahu wanita tampak berkuasa dan yakin dalam setiap helaian pakaian rekaannya.

"Banyak benda bermain dalam fikiran setiap kali saya mereka sesuatu pakaian, tetapi ia mesti berdasarkan naluri wanita yang mahu kelihatan terbaik," ujarnya.

VICTORIA tetap menjalankan tugas sebagai seorang ibu dengan baik meskipun sibuk menguruskan karier fesyen.


Rejim harian

Pada kelewatan malam, Victoria mencuri sedikit masa bagi menguruskan perihal kecantikannya. Pada waktu itu, dia merapikan bulu kening dan memikirkan pakaian yang hendak dipakai pada keesokan harinya.

"Saya mempunyai empat anak dan saya tidak ada banyak masa pada waktu pagi memilih baju yang sesuai.

"Saya fikirkan hal ini di atas katil dan membayangkan gaya hari esok. Agak lucu kerana saya pernah memberitahu David tentang kebiasaan ini dan dia mengatakan bola sepak sering muncul dalam bayangannya sebelum tidur," kongsi Victoria.

Setiap tiga kali seminggu, Victoria bangun tidur lebih awal bagi melakukan senaman berdisiplin tinggi. Kelas guru kecergasan selebriti, Tracy Anderson yang melibatkan sedikit tarian di atas treadmill menjadi pilihannya.

Tambahnya: "Saya juga melakukan rock climbing dan berbasikal bersama anak-anak. Saya tidak memerlukan kasut tinggi untuk aktiviti ini."

Terdahulu, keluarga Beckham berpindah ke Los Angeles, AS pada tahun 2007 selepas David menyertai pasukan bola sepak LA Galaxy. Kini mereka sekeluarga kembali ke London selepas David menyertai pasukan Paris St-Germain.

Victoria mengatakan dia menikmati hidupnya di London walaupun suaminya bermain untuk pasukan yang berpangkalan di Perancis.

"Kembali ke London memang menggembirakan saya dan di kota inilah saya bercadang untuk membuka butik pertama saya," dedah Victoria tanpa memberikan penjelasan khusus tentang perancangan tersebut.

Ziana cerewet pilih produk

Posted:

Ziana cerewet pilih produk

Ziana cerewet pilih produk

Oleh ALIF ABU BAKAR

ZIANA ZAIN mula mengambil berat soal kecantikan sejak awal usia 20-an.


SEAWAL umur 20-an, penyanyi popular negara, Ziana Zain menjaga kecantikan menerusi penggunaan produk yang pelbagai. Krim dan toner menjadi dua barangan terpenting kepada Ziana dalam memastikan keremajaan kulit wajahnya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui, mencari produk kecantikan yang bertepatan dengan kulit memang memakan masa.

Sebagai individu yang amat teliti dalam membeli alat kosmetik, Ziana sering melakukan penyelidikan sendiri ke atas produk yang ada dalam pasaran dan membuat perbandingan bijak dengan mengambil kira kandungan, harga dan keberkesanan yang mampu diperolehnya sebagai pembeli.

"Membeli produk kecantikan bukan kerja mudah. Saya akan memastikan produk yang hendak saya beli serta pakai menepati jenis kulit saya dan berpatutan untuk dimiliki. Saya suka bereksperimen dengan produk dan memberikan tempoh setahun bagi menilai keberkesanan sesuatu produk.

"Sekiranya kesannya tidak seperti yang dijanjikan, saya tidak teragak-agak untuk bertukar kepada produk lain.

"Namun jika dalam jangka masa percubaan itu saya dapat lihat perbezaan ketara pada kulit wajah, saya akan terus menggunakan produk itu," kongsi Ziana ketika ditemui pada majlis perasmian rangkaian produk baharu Safi, Safi Rania Diamond yang turut menyaksikan Ziana sebagai duta.

Selain penggunaan produk kecantikan, Ziana turut menjadikan bapanya sebagai panduan. Tambah pelantun lagu Puncak Kasih itu, bapanya banyak memberikan tip serta galakan agar menjaga kecantikan wajah dan tubuh meskipun usia kian meningkat.

"Walaupun dia (bapa) sudah memasuki fasa 70-an, kulit wajahnya masih bersih dan dia memang menjaga rapi kesihatan kulitnya sejak muda. Kemudian dia terapkan amalan itu kepada anak-anaknya dan sering berpesan kepada kami adik-beradik supaya tidak menjadi tua sebelum usia," tutur Ziana.

Tolak suntikan

Melihat kepada kejelitaan wajah Ziana, sukar bagi kita untuk percaya dia sebenarnya sudah mencecah usia 45 tahun. Sebagai seorang figura terkenal, Ziana tidak terlepas daripada andaian yang mengatakan dia mengambil suntikan kecantikan seperti Vitamin C dan botoks.

Tanpa berselindung, Ziana mengakui pernah mengambil suntikan Vitamin C beberapa tahun dahulu. Selepas itu, dia bertanya kepada empat doktor berbeza tentang kesan negatif yang bakal diterima akibat prosedur kecantikan tersebut.

"Kesemua mereka mengatakan bahawa suntikan Vitamin C pada dasarnya untuk kanak-kanak dan orang tua

Nilai praktikal J Hijab

Posted:

Nilai praktikal J Hijab

Nilai praktikal J Hijab

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

KOLEKSI tudung J Hijab dihasilkan daripada material likra, satin dan sifon yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.


LAMBAKAN jenama dan rekaan tudung di pasaran membuatkan golongan Hawa yang berhijab di negara ini tidak kekeringan idea untuk bergaya. Pelbagai stail ditampilkan menerusi variasi tudung atau turban yang kini dicipta berpandukan peredaran fesyen semasa.

Namun, si pemakai perlu bijak memilih jenis dan warna tudung mengikut acara dan suasana. Sesetengah wanita lebih selesa memilih tudung rekaan ringkas dan dijual pada harga murah untuk dipakai ke pejabat, kuliah mahupun bersantai. Tudung dengan nilai eksklusif pula digayakan khusus ketika menghadiri acara rasmi seperti majlis perkahwinan atau majlis makan malam.

Pengenalan koleksi tudung J Hijab rekaan Jovian Mandagie secara tidak langsung membantu memenuhi keinginan wanita yang mencari hijab berfungsi praktikal. Menariknya, J Hijab yang hadir lebih 50 rekaan tudung dalam pelbagai warna menawan ideal digayakan dalam apa jua acara dan lokasi.

Tudung pelapik keras di bahagian hadapan (awning) dan selendang panjang potongan separuh bulan di bahagian belakang (half moon) menjadi pertaruhan J Hijab.

"Sakura merupakan koleksi utama dan pengenalan J Hijab. Ia direka secara half moon, menyelitkan elemen anggun (couture) dan dihasilkan dalam palet rona pastel. Signatur utamanya pula terletak pada perincian bunga sakura iaitu bunga berwarna merah jambu atau putih yang kembang pada awal musim panas di Jepun.

"Bagi menyesuaikan dengan iklim di Malaysia, material yang saya gunakan bagi koleksi J Hijab ini terdiri daripada likra, sifon dan satin," jelas Jovian yang turut memilih perincian manik kristal dan taburan bunga.

Tambah Jovian yang dilahirkan di Jakarta, Indonesia, setiap helaian tudung J Hijab dihasilkan dengan teliti dan kemas agar dapat menepati cita rasa wanita Muslimah hari ini.

"Koleksi tudung J Hijab dikeluarkan secara berperingkat dan bakal berada di pasaran pada pertengahan bulan Mei ini. Setiap rekaan terhad pada 20 hingga 50 helai sahaja," ujar Jovian pada majlis jualan koleksi pakaian tiga labelnya, J Luxe, Demi Couture dan J Hijab di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat