{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Sime Darby tumbang

Posted:

Sime Darby tumbang

Sime Darby tumbang

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

BOBBY (kanan) menjaringkan gol kemenangan Sarawak pada aksi menentang Sime Darby di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi. Pada perlawanan tersebut, Sarawak menang 1-0.


SARAWAK kini merampas kedudukan pendahulu Liga Premier daripada Sime Darby apabila berjaya mengalahkan lawan mereka itu 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Penyerang sensasi, Bobby Gonzales muncul wira Sarawak apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-19 menerusi aksi 'tandukan terbang' selepas menerima hantaran daripada Zamri Morshidi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Bujang Senang yang sebelum ini menduduki tangga kedua liga menerajui carta dengan kelebihan satu mata berbanding Sime Darby.

Selepas 16 perlawanan, Sarawak kini mengumpul 40 mata manakala Sime Darby kekal dengan 39 mata.

Ini merupakan kemenangan ke-12 buat skuad kendalian Robert Alberts, sekali gus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini.

Bagaimanapun dalam tempoh 10 minit pertama, pasukan pelawat dilihat mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali-arus.

Namun, benteng pertahanan yang diterajui Ronny Harun, Rames Lai dan Mohd. Hairol Mokhtar gagal ditembusi penyerang lawan.

Tersentak dengan gerakan pasukan lawan, Sarawak mula melancarkan serangan balas, dan mereka berjaya mencemaskan pintu gol Sime Darby menerusi gerakan pantas penyerang import, Muamer Salibasic dan Bobby, namun percubaan mereka tidak menemui sasaran.

Kerja keras pasukan tuan rumah akhirnya berbalas pada minit ke-19 apabila Bobby bijak menyambar hantaran Zamri dengan tandukan kemas, yang terus menerjah ke gawang lawan bagi membolehkan mereka mendahului 1-0.

Aksi pada separuh masa kedua, sekadar menyaksikan peluang yang dicipta oleh kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran ekoran penyudah yang lemah.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan bagi membolehkan Sarawak mengambil alih sebagai pendahulu Liga Premier.

Selangor kongsi mata dengan Perak

Posted:

Selangor kongsi mata dengan Perak

Selangor kongsi mata dengan Perak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PENYERANG Selangor, Amri Yahyah (tengah) dihalang dua pertahanan Perak pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.


PEMAIN gantian Selangor, Mohd. Raimi Md. Nor menyelamatkan maruah Gergasi Merah apabila meledak gol penyamaan ketika mengikat Perak 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam saingan liga musim ini.

Seperti yang diramalkan, Selangor yang melakukan rombakan kecil dengan tidak menyenaraikan kapten, Mohd, Asraruddin Putra Omar, dikejutkan dengan beberapa percubaan bahaya daripada jentera serangan Perak yang diketuai penyerang import, Paulo Rangel sebaik permainan separuh masa pertama bermula.

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mempamerkan corak permainan lebih tersusun dan rapi itu, mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan cantik yang disempurnakan Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa pada minit ke-18.

Ia berpunca daripada sepakan percuma daripada luar kotak penalti dan Hazrul bijak menyudahkannya, menewaskan penjaga gol Gergasi Merah, Mohd. Sharbinee Allawee Ramlee.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor kembali mengasak benteng pertahanan lawan dan hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun tendangan percuma menerusi K. Gurusamy berjaya didakap kemas oleh penjaga gawang Perak, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, strategi Irfan yang mengeluarkan S. Kunanlan dan digantikan Mohd. Fitri Shazwan nyata memberikan kesan kepada benteng pertahanan Skuad Seladang.

Begitupun, penjaga gol Perak, Farizal terlalu kebal untuk ditewaskan yang menutup kemas gawangnya daripada dibolosi.

Perak terpaksa meneruskan permainan dengan sepuluh pemain pada penghujung perlawanan ekoran pemain pertahanan import, Rafeal Souza dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-89.

Gergasi Merah yang terdesak memburu gol penyamaan, akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Raimi yang bijak memanfaatkan hantaran daripada penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah, Negeri Sembilan tewas 0-3 kepada Kelantan.

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Posted:

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


PAHANG bertandang ke Kuala Terengganu dengan misi untuk membawa pulang tiga mata penuh.


PAHANG akan pastikan Terengganu terus dihimpit kekecewaan pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Che Nasir Salleh berkata, Pahang akan terus memburu tiga mata pada pertemuan di Kuala Terengganu itu bagi mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas skuad Penyu.

Tambah Che Nasir, ia juga bagi memastikan Pahang mampu mengubah kedudukan dalam carta liga musim ini.

"Kalau boleh, kita tidak akan memberi peluang kepada Terengganu malam esok (malam ini). Matlamat kami hanya satu, iaitu untuk memburu tiga mata penuh," katanya ketika dihubungi di Kuantan semalam.

Untuk rekod, pada perlawanan pertama menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 27 Januari lalu, Pahang yang dibimbing Dollah Salleh menang 3-0 ke atas lawan mereka itu.

Che Nasir turut membayangkan Pahang bakal beraksi tanpa khidmat dua pemain import, Matias Conti dan Delano Damion Stewart malam ini.

"Walaupun tiada pemain import, para pemain tempatan telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Kalau malam esok (malam ini) tiada pemain import yang diturunkan, mereka (pemain tempatan) tetap berupaya menggalas tugas dengan baik.

"Kita ada ramai pemain tempatan yang bagus-bagus. Rasanya tidak ada masalah kalau bermain tanpa pemain import pada aksi menentang Terengganu," katanya.

Che Nasir menambah, para pemain sewajarnya berwaspada terhadap keupayaan Terengganu kerana pasukan itu mungkin tampil dengan taktik serangan yang lebih berbisa berbanding pertemuan sebelum ini.

Ujar beliau, para pemain wajar waspada dalam setiap gerakan kerana Terengganu mungkin akan mengambil peluang daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemain Pahang.

"Para pemain sudah diingatkan supaya tidak membuat sebarang kesilapan dalam perlawanan itu nanti.

"Kesilapan, walaupun kecil akan tetap memberi risiko yang besar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat