Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Kad kredit premium untuk melancong Posted: Kad kredit premium untuk melancongOleh NADIA SHAIFUL BAHARI
PENGALAMAN melancong pasti tambah menyeronokkan apabila setiap ringgit yang dibelanja boleh ditebus semula kepada nilai yang lebih menguntungkan. Direka khas bagi memenuhi kehendak pelanggan setia, bank Standard Chartered Malaysia Berhad (SCMB) tampil memperkenalkan kad kredit premium terbaharu, WorldMiles MasterCard World (WorldMiles) yang menawarkan bonus mata ganjaran. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus bagi mendapatkan perkhidmatan penerbangan yang lebih pantas dan menguntungkan. Bagi setiap RM3 dibelanjakan dalam negara menggunakan kad tersebut, pelanggan layak mendapat satu mata WorldMiles. Tebus mata ganjaran Setiap mata yang terkumpul membolehkan mereka menebus satu mata ganjaran daripada tiga rakan kongsi penerbangan terpilih antaranya Malaysia Airlines (MAS) dan Singapore Airlines (SIA). Mata ganjaran WorldMiles boleh ditebus ke atas mata ganjaran Enrich Mile daripada MAS dan KrisFlyer daripada SIA. Bagi setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara menggunakan kad berkenaan pula membolehkan pelanggan memperoleh sebanyak 50 peratus mata WorldMiles yang bersamaan dengan satu mata ganjaran. Ketua Negara Bahagian Perbankan Pengguna SCMB, Sonia Wedrychowicz berkata, pelanggan baharu kad WorldMiles akan menerima 40,000 mata bagi syarikat penerbangan terpilih sempena dengan pelancaran kad tersebut. "Mata sebanyak itu membolehkan pelanggan menebus perjalanan pergi-balik ke beberapa destinasi pilihan seperti Hong Kong, Phuket, Bangkok dan Bali. "Selain itu, pelanggan boleh memanfaatkannya untuk diskaun eksklusif ke atas kos penginapan hotel, sewa kereta dan pakej percutian," ujarnya pada majlis pelancaran kad berkenaan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pelancaran kad WorldMiles dianggap tepat pada masanya kerana trend mengembara dan melancong menggunakan pengangkutan udara semakin menjadi pilihan penduduk Malaysia. Ini kerana kos penerbangan menjadi lebih berpatutan dan mudah. Justeru, SCMB menyasarkan lebih ramai individu yang mengembara atas urusan perniagaan atau percutian akan memilih kad WorldMiles memandangkan berlaku pertumbuhan sebanyak 36 peratus bagi perjalanan menggunakan udara dalam masa 10 tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |