Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Star Trek pertahankan galaksiOleh NURUL NAFISAH MAZLAN LAYAR PERAK pada minggu ini menampilkan sebuah filem francais Star Trek Into Darkness lakonan mantap Chris Pine, Zachary Quinto dan Benedict Cumberbatch. Misi kali ini menyaksikan seorang anak kapal muda, James T. Kirk perlu menghalang kejahatan yang dilakukan oleh John Harrison. Demi menyempurnakan misi tersebut, Kirk harus bergabung dengan Spock untuk menumpaskan kejahatan yang bermaharajalela. Dalam pada itu, karisma pelakon kacak Leonardo DiCaprio teruji sekali lagi menerusi sebuah filem berlatarbelakangkan tahun 1920-an berjudul The Great Gatsby. Filem arahan Baz Luhrmann itu menceritakan perjalanan Nick Carraway (Tobey Maguire) yang mencari kekayaan di kota New York. Bagaimanapun, takdir telah mengubah landskap hidupnya. Penonton yang dahagakan filem aksi hasil lakonan lincah Jason Statham boleh memilih filem Hummingbird yang turut menjenguk pawagam pada minggu ini. Selain itu, sebuah filem komedi tempatan berjudul Oh Mak Kau! barangkali menjadi santapan terbaik sempena sambutan Hari Ibu.
Star Trek Into Darkness Tarikh tayangan: 16 Mei 2013 Genre: Sains fiksyen Durasi: 2 jam 12 minit Pengarah: J. J Abrams Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Benedict Cumberbatch, Karl Urban, Zoe Saldana, Simon Pegg, John Cho dan Anton Yelchin Sinopsis: Star Trek Into Darkness mengisahkan satu perjalanan hebat Kapten Krik (Chris Pine) yang berhempas pulas cuba menyelamatkan penduduk orang asli di sebuah planet daripada ancaman kejahatan. Dalam misi itu, Krik telah bertengkar dengan pegawai kanannya, Spock (Zachary Quinto) kerana tiada sefahaman, namun mereka tetap bekerjasama menentang John Harrison (Benedict Cumberbatch). Kirk hampir dilucutkan jawatan, namun tragedi berdarah menyatukannya kembali bersama Spock. Hummingbird Tarikh tayangan: 16 Mei 2013 Genre: Seram Durasi: 1 jam 40 minit Pengarah: Steven Knight Pelakon: Jason Statham, Lee Asquith-Coe dan Benedict Wong Sinopsis: Filem Hummingbird, Jason Statham yang melakonkan watak bekas tentera telah terperangkap dalam dunia penjenayah di London. Pada peringkat awal, dia yakin dapat menyelamatkan dirinya tetapi perkara sebaliknya berlaku hingga memaksanya menukar identiti. Ekoran itu, dia bertindak untuk membalas dendam terhadap pihak yang mengakibatkannya terbabit dalam dunia penjenayah. KISAH percintaan dan penipuan orang kaya dipaparkan dalam filem The Great Gatsby. The Great Gatsby Tarikh tayangan: 16 Mei 2013 Genre: Romantik Durasi: 1 jam 40 minit Pengarah: Baz Luhrmann Pelakon: Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire, Carey Mulligan, Joel Edgerton, Isla Fisher, Jason Clarke dan Amitabh Bachchan Sinopsis: The Great Gatsby menceritakan kisah seorang penulis, Nick Carraway (Tobey Maguire) yang telah meninggalkan kawasan Midwest Amerika Syarikat untuk ke New York bagi mencapai kekayaan sepertimana yang dimiliki seorang jutawan misteri yang suka menganjurkan parti, Jay Gatsby (Leonardo Dicaprio). Namun, segalanya berubah apabila dia terlibat dalam kisah cinta yang mustahil dan penipuan orang kaya. O.M.K (Oh Mak Kau!) Tarikh tayangan: 16 Mei 2013 Genre: Aksi, komedi Durasi: 1 jam 40 minit Pengarah: Nurul Ain Nordin Pelakon: Nurul Ain Nordin, Jepp Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Syamsul Yusof Sinopsis: Filem mencuit hati ini mengisahkan Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja dengan ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Bagaimanapun, pertolongan kedua-dua mereka bukanlah meringankan beban Mama San malah mendatangkan banyak masalah. Ini kerana, Sam dan Mun mempunyai tabiat suka mencuri. Setiap kali mencuri, adik-beradik itu akan menyamar dengan pelbagai gaya. Segala-galanya berubah apabila Que (Nurul Ain) pulang ke kampung tersebut. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |