Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Jam tawaf makin popularOleh NURUL IZZA ROSLY
"EH, kenapa jam awak pukul 9 pagi lagi? Sekarang ini sudah pukul 3 petang. Jam habis bateri ya?" Teguran tersebut penulis terima dengan iringan tawa daripada rakan yang mengerling ke arah jam dipakai pada tangan penulis. Apabila ditunjukkan dengan lebih dekat kepadanya, barulah rakan tersebut menyedari bahawa penulis memakai jam tawaf. Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri. Arah tawaf Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam. Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit. Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter. "Pelanggan berpeluang memilih satu bentuk muka jam daripada 10 variasi yang ada selain memilih tali jam yang pelbagai warna. "Terdapat dua pilihan saiz yang ditawarkan iaitu saiz biasa dan saiz nano yang lebih kecil," katanya sambil memberitahu jam tawaf tersebut sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. Jaminan Tambahnya, pelanggan yang membeli jam tawaf tersebut diberikan jaminan selama setahun. Andai ada kerosakan atau kehabisan bateri dalam tempoh tersebut, pelanggan boleh menghubungi pihaknya untuk digantikan dengan jam baharu. Selepas tempoh setahun, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 50 peratus daripada harga produk untuk mendapatkan jam gantian. "Jika bateri habis, ia boleh diganti dengan bateri yang boleh didapati di kedai-kedai jam biasa. Namun, kalau masih dalam tempoh jaminan, hubungi sahaja pihak kami kerana anda tidak perlu membayarnya. "Selain daripada jam tawaf jenis ini, Hijra Timepiece akan menampilkan jam tangan pasangan dan jam loceng dalam masa terdekat," ujarnya ketika ditemui di Karnival Semarak Syariah yang berlangsung di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jualan Katanya, jualan jam tawaf sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan merasakan ia sesuatu yang baharu walaupun ia sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu. Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser. "Penjualan jam tawaf ini dibuat secara dalam talian iaitu di Facebook, manakala orang ramai juga boleh mendapatkan secara terus apabila kami menyertai karnival. "Jam yang dipesan secara dalam talian akan dihantar menggunakan pos laju di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Para pelanggan akan mendapat jam mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari," katanya sambil memberitahu jam tersebut dijual pada harga RM110 secara dalam talian serta mendapat seutas tali jam percuma. Mohd. Wieza memberitahu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan jam tawaf tersebut. Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tawaf tersebut atau menjadi ejen boleh mengunjungi laman web www.facebook.com/HijraSelangor dan http://hijraselangor.blogspot.com atau menghubungi Mohd. Wieza di 013-2407 220. | ||
Model skala plastik aset ketenteraan Posted: Model skala plastik aset ketenteraanOleh ZAKI SALLEH AHLI-AHLI PMA tidak sabar untuk berkongsi minat bersama pengunjung pada Pameran Model Plastik Berskala 2013 di Straits Quay, Tanjung Bungah yang bermula Jumaat ini. PEMINAT model plastik berskala pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat model-model ketenteraan yang dipamerkan pada Pameran Model Plastik Berskala 2013 di Straits Quay, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Pameran anjuran Kelab Peminat-Peminat Model Plastik Berskala (PMA) berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 hingga 26 Mei ini. Kebanyakan model skala plastik yang dipamerkan seperti aset-aset ketenteraan yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain berlatar belakang diorama sejarah peperangan. Tidak kurang 200 model plastik pelbagai skala termasuk bersaiz gergasi bakal dipamerkan kepada pengunjung. Ia merupakan koleksi ahli-ahli PMA yang juga pembina model profesional dan amatur. Antaranya, pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, MiG-29N, kereta kebal Pendekar PT-91M serta beberapa kelengkapan yang pernah digunakan ATM sebelum ini seperti pesawat A-4PTM Skyhawk dan F-5E Tiger. Diaorama ketenteraan pula seperti berlatar belakang pertempuran semasa Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam termasuklah operasi yang melibatkan ATM di perbatasan negara. Menurut penyelaras media PMA, Ridhzuan Mohd. Halim, pameran percuma itu bertujuan mendedahkan orang ramai kepada model-model plastik berskala ketenteraan. Jelas beliau, PMA yang ditubuhkan setahun lalu bertujuan menyatukan orang ramai yang mempunyai minat atau hobi membina model skala ketenteraan. PMA kini mempunyai kira-kira 200 orang ahli di seluruh negara. "Walaupun hobi ini agak mencabar serta memerlukan perbelanjaan tinggi tetapi ia memberi ruang dan peluang kepada individu agar sentiasa berfikiran kreatif selain melatih sifat sabar. "Pada masa sama, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah, perkembangan teknologi persenjataan dan industri pertahanan dalam serta luar negara. "PMA berharap pameran ini dapat mendedahkan masyarakat, terutama golongan remaja dan belia tentang dunia model berskala," ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah bengkel memasang dan mengecat model plastik berskala, kelas kemahiran lanjutan membina model serta demonstrasi menyiapkan model berskala. Menariknya, PMA juga akan membuka kaunter pendaftaran untuk ahli baharu yang berpeluang menerima cenderahati iaitu kit model berskala 1/72, kemeja-T kelab dan kad keahlian. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli kit-kit model berskala pada potongan harga sehingga 25 peratus yang dilakukan oleh penaja utama program iaitu World Hobby Miniatures. "PMA juga berhasrat untuk menambah keahlian kepada individu yang berminat selain berkongsi tip-tip baharu. "Walaupun kali pertama diadakan, kami yakin pameran ini mampu menarik kehadiran ramai pengunjung terutama kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia model berskala plastik," ujar Ridhzuan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |