Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Rosberg terpantas di Sepanyol
- Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran
- Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini
Posted: Rosberg terpantas di Sepanyol11/05/2013 9:56pm BARCELONA - Pemandu pasukan Mercedes, Nico Rosberg menyambar petak depan selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Sepanyol sebentar tadi. Pemandu Jerman berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit 20.718 saat mengatasi rakan sepasukan Lewis Hamilton dengan catatan 1:20.972s. Sementara itu, pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga mengatasi pemandu daripada pasukan Lotus, Kimi Raikkonen di tempat keempat. - AFP |
Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran Posted: Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran11/05/2013 9:03pm KUALA LUMPUR - Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum Ahad lepas, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC, kemudian diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak. Majlis bertemakan 67 Tahun Menepati Janji itu dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berbaju Melayu biru, diiringi anak beliau Norashman Razak. Turut hadir bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Majlis itu turut dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk anggota UMNO. Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO Sang Saka Bangsa serta nyanyian lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat disempurnakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya. - Bernama |
Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini Posted: Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini11/05/2013 8:40pm KUALA LUMPUR - Tiada virus selesema burung H7N9 di kesan pada unggas hidup di negara ini setakat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr. Abdul Aziz Jamaluddin. Beliau berkata jabatan itu telah menjalankan program pemantauan terhadap unggas hidup dan sehingga kini 41,882 haiwan daripada spesies burung dan ayam diperiksa. Hasil pemeriksaan itu mendapati unggas hidup di negara ini bebas daripada virus H7N9, katanya sambil memberitahu bahawa program pemantauan akan perluas untuk meliputi lebih banyak kawasan sehingga akhir tahun ini. Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata program pemantauan itu dijalankan di pelbagai lokasi yang menempatkan unggas hidup, antaranya ladang dan kawasan ternakan ayam dan itik, taman burung, kawasan persinggahan burung liar, pasar basah, kedai ternakan haiwan serta pintu masuk sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia. Beliau berkata, jabatan itu juga telah memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Persatuan Ladang Ternakan Malaysia berhubung tindakan kerajaan menghentikan sementara import hasil ternakan dari China. Malaysia telah mengenakan larangan sementara sejak 23 April lepas ke atas semua import ayam dari China selepas satu kes H7N9 dilaporkan di wilayah Shandong. Beliau berkata, jabatan juga menggantung sementara import unggas hiduptemasuk ayam dari semua rantau Asia, Afrika Selatan dan Mexico sejak 15 April lepas. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |