Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Azizan akan jalani pembedahan kaki esok
- Kapten Aston Villa yang menderita leukemia umumkan persaraan
- Amerika mahu kekalkan sembilan pangkalan tentera di Afghanistan
Azizan akan jalani pembedahan kaki esok Posted: Azizan akan jalani pembedahan kaki esok09/05/2013 7:17pm GEORGE TOWN - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya esok untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd. Helmi Khalid. "Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini. Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin. Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil. Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh. Turut menziarah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. - Bernama |
Kapten Aston Villa yang menderita leukemia umumkan persaraan Posted: Kapten Aston Villa yang menderita leukemia umumkan persaraan09/05/2013 7:07pm LONDON - Kapten Aston Villa, Stilyian Petrov yang sedang bertarung dengan leukemia telah mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak pada hari ini. Pemain berusia 33 tahun itu disahkan menghidap penyakit itu pada Mac tahun lalu sekali gus memaksanya melupakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Aston Villa, Petrov berkata, "Saya sangat berat hati untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara pada hari ini." Bekas pemain tengah antarabanga Bulgaria itu akan terus mendapat rawatan pakar untuk melawan penyakit tersebut. Petrov yang berpindah ke Aston Villa dari Celtic ialah seorang pemain bola sepak popular kerana penyokong tuan rumah akan memberikan tepukan semangat setiap kali perlawanan rasmi kelab itu di Villa Park pada minit ke-19. - AFP |
Amerika mahu kekalkan sembilan pangkalan tentera di Afghanistan Posted: Amerika mahu kekalkan sembilan pangkalan tentera di Afghanistan09/05/2013 7:06pm KABUL - Presiden Afganistan, Hamid Karzai yang berikrar untuk memperjuangkan hak bersama Amerika Syarikat (AS) dalam satu rundingan untuk menandatangani perjanjian keselamatan memberitahu bahawa pihak Washington mahu mengekalkan sembilan buah pangkalan tenteranya di negara itu. Selepas lebih 11 tahun tentera AS melakukan campur tangan hal ehwal Afghanistan, kedua-dua negara itu sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengehadkan jumlah tentera AS selepas gabungan antarabangsa tamat tahun hadapan. Menurut pegawai AS, jumlah tentera keseluruhannya masih belum mendapat persetujuan rasmi. Jumlahnya berkemungkinan antara 2,500 hingga 12,000 orang askar sahaja kerana sentiment peperangan di Afghanistan semakin tidak popular di AS. "Kami sedang berusaha secara serius dalam rundingan bersama pihak AS. AS mahukan kepentingan sendiri, mereka mahu sembilan pangkalan tentera di seluruh Afghanistan, dan kami juga mempunyai misi tersendiri," ujar Karzai dalam satu majlis di Universiti Kabul. – AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |