{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Mekanik ditahan miliki 5 senapang angin

Posted: 21 May 2013 02:48 AM PDT

MUAR 21 Mei - Seorang mekanik ditahan selepas polis menemui lima laras senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Kelat Darat, Jalan Batu Pahat-Muar dekat sini tengah malam tadi.

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas 300 biji bebola besi serta 14 biji timah yang digunakan sebagai peluru.

Suspek berusia 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak. Lelaki ini hanya mekanik di bengkel dia bekerja.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Narkotik IPD Muar tetapi polis tidak menemui sebarang dadah di rumahnya. Bagaimanapun, ujian air kencing lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis ganja," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN

6 pendaki negara takluk puncak Everest

Posted: 21 May 2013 02:46 AM PDT

LUKLA 21 Mei - Enam daripada tujuh pendaki Everest-Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut hari ini.

Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Zainudin Lot, Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Muhammad Illaham Ishak, Mohd Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim dan Mohamad Asyraf Mohd. Halim.

Kejayaan itu bermula dengan Mohd Nasuha yang tiba pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal diikuti oleh Mohamad Asyraf pada pukul 8.48 pagi. - UTUSAN

Abu Zahar gesa Karpal hormati Perlembagaan

Posted: 21 May 2013 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mei - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

"Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota Parlimen patut faham mengenai Perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh Perlembagaan, jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.

"Saya nasihatkan semua pihak fahamilah Perlembagaan itu yang telah diterima pakai sejak kita merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua di Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal baru-baru ini agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat