Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 13 May 2013 11:51 PM PDT HANEZ Suraya (tengah) bersama Pengasas Aurawhite, Saiful Safwan dan Nur Furyna Azmir (kiri) pada majlis memperkenalkan produk terbaru berkenaan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. IMPAK pemilihan selebriti sebagai duta produk memang mempunyai aura yang tersendiri. Apatah lagi jika produk tersebut bukanlah sekadar omong kosong dan ia juga terbukti setelah digunakan duta itu sendiri. Produk yang memang mempunyai 'aura' ini memang tidak dapat dinafikan lagi kejayaannya. Aurawhite Glutacollagen yang telah mendapat tempat di hati pelanggan membuatkan pihak Aurawhite yakin untuk tampil dengan produk terbaru Auraslim Shake. Bertempat di hotel Palace of the Golden Horses, produk terbaru itu dirasmikan oleh dutanya, Hanez Suraya. Auraslim Shake adalah konsep pelangsingan terkini dari Korea dengan aplikasi teknologi nano. Produk itu dapat membantu mengurangkan berat badan secara sihat dengan pengambilan secara konsisten. Dengan Auraslim Shake anda mampu mengecapi berat badan yang ideal yang diingini. Diet yang seimbang juga membantu mengekalkan tubuh badan yang diidamkan Hanez Suraya yang telah mencuba produk ini mengakui, produk ini begitu efektif selamat dan semula jadi. Pengguna tidak perlu berlapar apabila menggunakannya. Malah seseorang itu akan lebih cergas dan bertenaga kerana tiada kesan sampingan, cirit- birit atau sembelit. Tambahnya, teknologi nano akan menampilkan kesan yang cepat kerana ia mampu meningkatkan pembakaran kalori. "Auraslim Shake dihasilkan dengan gabungan buah-buahan segar yang mempunyai khasiat yang baik untuk mengawal berat badan. Gabungan enzim dan vitamin yang tinggi dapat mempercepatkan pembakaran lemak dan menyumbang kepada pembentukan serat dalam tubuh. Produk keluaran bumiputera ini selamat digunakan kerana tiada pewarna tiruan, bahan pengawet dan bahan terlarang," katanya. Kandungan prebiotik fiber yang terdapat dalam produk ini juga boleh membantu mengurangkan lemak dalam darah. Penyerapan mineral terutamanya magnesium, kalsium dan zat besi juga mampu mengekalkan tahap kolesterol yang rendah, mengurangkan toksin dan sebagainya. Selain memperkenalkan produk baru ini serta Hanez Suraya selaku model produk majlis ini juga bertujuan untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh lima orang stokis yang berjaya mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun ini. Tetamu kali ini terdiri daripada stokis dan mini stokis dari seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. Auraslim Shake kini sudah berada di pasaran sejak awal Mei lalu. Kini Auraslim Shake boleh dibeli pada harga promosi RM160 berbanding harga sebenar RM180. Mereka yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai stokis & agen Aurawhite boleh hubungi talian 014-2388884 atau 014-2399995 layari laman web www.facebook.com/aurawhiteofficial. |
Posted: 13 May 2013 11:51 PM PDT SETIAP anak inginkan sesuatu yang istimewa untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang, namun cara untuk meluahkan perasaan untuk menghargai pengorbanan ibu adalah sama setiap tahun. Jika inginkan sesuatu yang berlainan untuk Hari Ibu tahun ini, One Drop Perfumes ada caranya. Sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan pada 12 Mei lalu, One Drop Perfumes mengadakan Peraduan Undilah Ibu, Undilah Cinta yang baru sahaja bermula pada 1 Mei dan berakhir pada 19 Mei 2013. Peraduan ini terbuka kepada orang ramai dan pengguna-pengguna wangian One Drop Perfumes. Hanya muat naik gambar anda dan ibu anda di Facebook, kemudian tag One Drop Perfumes pada status atau gambar (mulakan dengan simbol '@', kemudian taip One Drop Perfumes) dan tulis pada ruang status dengan menaip "Ibulah yang terbaik buat saya kerana…" Panjang ayat tidak lebih daripada 90 patah perkataan. Status yang terbaik dengan bilangan 'Like' yang tertinggi akan menerima hamper eksklusif daripada One Drop Perfumes. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini, hubungi 03-551080441 atau layari laman web https://www.facebook.com/official.onedropperfumes untuk maklumat lanjut. Fine fragrance One Drop Perfumes mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2007 untuk mengisi jurang dalam industri minyak wangi haruman yang tidak mengandungi alkohol atau air, yang biasanya dikenali sebagai fine fragrance. Sejak One Drop Perfumes dilancarkan, para pengguna juga masih tidak memahami mengenai konsep sebenar fine fragrance. Selain itu, wangian One Drop Perfumes sering disalah anggap sebagai minyak 'Attar'. Melalui dengan beberapa strategi pengiklanan, pemberian sampel dan usaha promosi, para pengguna mula menghargai kualiti sebenar wangian One Drop Perfumes. Yang paling penting adalah One Drop Perfumes telah menawarkan pelbagai pilihan wangian kepada para penguna tanpa campuran air, alkohol atau bahan-bahan komersial yang lain. Sejak itu, One Drop Perfumes telah menguasai pasaran pada kadar pertumbuhan luar biasa. Wangian One Drop Perfumes telah di edarkan kepada lebih dari 18,000 wakil-wakil jualan dan para pengedar. Sehingga kini, lebih 3,000,000 juta unit telah berjaya dijual dan sekali gus mewujudkan banyak peluang untuk orang ramai untuk menjadi wakil jualan One Drop Perfumes. Hasil jualan juga telah berkembang ke Singapura, Indonesia, Filipina, United Kingdom dan Republik Ireland. Untuk maklumat lanjut mengenai One Drop Perfumes, sila layari www.onedropperfumes.com. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |