{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


5,885 dapat rawatan buah pinggang

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

Azmi Shapie (tengah) dan Selahuddeen Abdul Aziz (kanan) melawat sudut pameran pada Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Jabatan Kesihatan Negeri Johor 2013 di Dewan Saujana HPSF, Muar, Johor, baru-baru ini.

MUAR 13 Mei - Seramai 5,885 pesakit buah pinggang dari Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini sepanjang tahun lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Izam Suleiman berkata, HPSF kini menjadi pusat rujukan nefrologi atau bidang kajian dan rawatan buah pinggang untuk Hospital Tangkak, Ledang, Hospital Segamat dan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

"Pada 2012, unit ini memberikan rawatan kepada 1,888 pesakit buah pinggang di wad dengan menjalani 10,485 sesi dialisis. Di klinik nefrologi pula merawat 3,997 pesakit dengan menjalankan 1,042 prosedur akses dialisis dan 54 biopsi buah pinggang.

"Sementara itu, selain 137 pesakit kategori penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) yang menjalani dialisis jangka masa panjang, HPSF juga menyediakan rawatan untuk masalah akut bagi 400 pesakit ESRD dari unit dialisis swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Muar dan Ledang," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam majlis sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Jabatan Kesihatan Negeri Johor 2013 di Dewan Saujana HPSF baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azmi Shapie dan Pengarah HPSF, Dr. Selahuddeen Abdul Aziz.

Izam berkata, penyakit buah pinggang kini semakin menular, sukar dikesan dan memerlukan kos tinggi untuk dirawat serta memberikan impak besar terhadap kehidupan pesakit dalam semua aspek.

Justeru, penganjuran sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia diharap dapat memberikan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang bahaya dan risiko penyakit itu yang berpunca daripada diabetes dan tekanan darah tinggi.

Dewan SMK Ledang dijangka siap Julai ini

Posted: 13 May 2013 12:22 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

LEDANG 13 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang di sini bakal mempunyai dewan baharu yang dibina dengan kos kira-kira RM1.3 juta dan dijadualkan siap Julai ini.

Pengetuanya, Mohd. Ibrahim Adzrai berkata, dewan berkenaan yang mampu menampung 1,400 pelajar itu dinamakan Dewan Dato' Abdul Ghani Othman sebagai menghargai dan penghormatan kepada bekas Menteri Besar Johor itu yang merupakan penggerak utama projek tersebut.

"Projek ini dimulakan pada Mac 2012 dan dijangka siap beberapa bulan lagi. Awalnya Abdul Ghani meluluskan RM1 juta sebelum ditambah RM300,000 lagi. Dewan ini akan membolehkan banyak program dijalankan termasuk aktiviti kokurikulum.

"Kita juga akan menjalankan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini di dalam dewan tersebut. Ini merupakan dewan tertutup pertama yang dilengkapkan dengan sistem penghawa dingin di daerah ini," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan mengehadkan penggunaan serta fungsi dewan berkenaan untuk kegunaan SMK Ledang sahaja, sebaliknya membenarkannya untuk disewa orang awam yang berminat menganjurkan program atau majlis perkahwinan.

Sementara itu, beliau memberitahu, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang mencatatkan kelulusan 100 peratus selama 12 tahun berturut-turut membolehkan sekolah tersebut diiktiraf kedua terbaik pencapaiannya di daerah ini.

Justeru, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan pencapaian pada tahun ini dengan kerja keras 104 tenaga pengajar serta sokongan padu daripada ibu bapa.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat