{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Program Mesra Kasih PTPTN-UKM capai matlamat

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) bersama 56 mahasiswa UKM Bangi, Selangor dan Unit Kampus UKM Kuala Lumpur yang menyertai Program Mesra Kasih PTPTN-UKM di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 28 Mei - Seramai 56 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor dan Unit Kampus UKM Kuala Lumpur menyertai Program Mesra Kasih PTPTN-UKM yang diadakan di Kampung Lukut di sini.

Program melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan itu berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengarah program, Mohd. Noor Shafique A. Rahman, 21, berkata, objektif utama program adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah terpuji dan menunjukkan kualiti kepimpinan mahasiswa dalam menyumbangkan bakti kepada masyarakat.

Menurutnya, mahasiswa terlibat mengikuti pelbagai aktiviti setempat selain program pengindahan kampung melalui usaha gotong-royong, sukan rakyat, bengkel saintis muda, saringan kesihatan, malam kebudayaan dan program mesra keluarga angkat.

"Program secara tidak langsung melatih para mahasiswa aspek kemahiran berkomunikasi selain latihan dalam aspek kepemimpinan dan memberi peluang kepada penuntut untuk menimba pengalaman belajar bukan sahaja di dalam kampus tetapi di luar kampus.

"Usaha ini diharap dapat membentuk golongan siswa menjadi lebih bertoleransi dan bersatu padu untuk menjayakan kegiatan kemasyarakatan," kata penuntut tahun dua jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Sekitaran berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu selepas majlis perasmian.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Aizam Abdul Aziz dan Pengetua Kolej Rahim Kajai UKM Bangi, Leftenan Kolonel Dr. Roslee Rajikan.

Penduduk tempatan pula diwakili Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin dan Ketua Kampung Lukut, Mohd. Nor Lawang.

Salah seorang peserta, Siti Nur Alia Hazidin, 20, berkata, kesempatan mengikuti program itu amat bermakna bagi meningkatkan kematangan diri sebagai seorang mahasiswa kerana banyak yang dapat dipelajari apatah lagi dia sendiri berasal dari kawasan bandar iaitu Ampang, Selangor.

"Kami gembira dan berterima kasih dengan sambutan baik oleh penduduk kampung. Semua pelajar sepatutnya tidak melepaskan peluang menyertai program seperti ini sebab banyak mendidik kita erti perpaduan dan kemasyarakatan," katanya.

Rakannya, Fariq Azaha, 21, yang berasal dari Terengganu berkata, kerjasama erat daripada penduduk kampung ketika melakukan pelbagai aktiviti adalah pengalaman amat berharga.

Bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan, Nauwal Fatihah Abd. Gani, 25, dari Rawang, Selangor pula, program itu disifatkan sebagai amat menyeronokkan dan mampu memberi ketenangan fikiran serta menghilangkan segala tekanan kehidupan di kampus.

Doctor Fitness UTM muncul juara

Posted: 28 May 2013 10:59 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

ISKANDAR Illyas Tan (tiga dari kanan) bersama Kumpulan Simple yang menjuarai Techno Biz Challenge 2013 di UTM, Skudai, Johor, baru-baru ini. - utusan/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 28 Mei - Idea kreatif lima siswa Ijazah Pengurusan Pemasaran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan aplikasi dinamakan Doctor Fitness berjaya meletakkan mereka sebagai juara keseluruhan Techno Biz Challenge 2013.

Kemenangan itu membolehkan Kumpulan Simple membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas turut memenangi kategori Kesihatan.

Pertandingan anjuran Fakulti Komputeran dengan kerjasama Fakulti Pengurusan itu melibatkan 298 peserta mewakili 65 kumpulan.

Pengarah Program, Mohd. Iskandar Illyas Tan berkata, program dwi tahunan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Halal dan Industri Makanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Telekomunikasi dan Kesihatan.

"Selain menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,500, pertandingan ini bertindak sebagai platform kepada pelajar di peringkat ijazah, sarjana dan ijazah kedoktoran mencipta produk berasaskan teknologi dan bersifat komersial.

"Saya berpuas hati dan bangga apabila pelajar mampu menghasilkan pelbagai idea bernas dan percaya ia boleh bersaing di pasaran sekiranya ada pihak yang sudi membantu mereka mengkomersialkannya," kata beliau kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pertandingan itu juga adalah sebagai syarat bagi memenuhi subjek yang diambil oleh pelajar daripada kedua-dua fakulti tersebut.

Sementara itu, ketua kumpulan yang menghasilkan aplikasi Doctor Fitness, Choong Chia Wei berkata, idea berkenaan adalah berdasarkan trend masyarakat yang kekurangan masa untuk berjumpa dengan perunding nutrisi bagi pengambilan makanan seharian.

"Kami diberi masa empat bulan menyiapkan projek berkenaan. Idea ini adalah inspirasi daripada sebuah aplikasi yang pernah wujud dalam telefon pintar yang lebih fokus terhadap makanan barat.

"Kami mengubahnya agar bersesuaian dengan makanan orang Asia demi menjaga diet seharian, sekali gus mendidik cara pemakanan sihat," katanya.

Chia Wei yakin aplikasi tersebut berpotensi untuk mendapat sambutan di pasaran memandangkan ramai penduduk yang mengalami masalah obesiti ingin mengurangkan berat badan mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat