Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 17 May 2013 07:13 AM PDT Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA Ahmad Fairus Harun di hadapan restorannya di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. SOS lada hitam merupakan sos pilihan ramai untuk dinikmati bersama-sama masakan Barat seperti chicken chop, lamb chop, dan stik daging. Tanpa sos tersebut ia dilihat satu hidangan yang tidak sempurna malah keenakan sos tersebut dilihat mampu menjadikan hidangan yang disajikan begitu enak dinikmati. Boleh dikatakan kesemua restoran yang menyajikan masakan Barat tidak ketinggalan menyediakan sos tersebut sebagai penambah perasa kepada hidangan yang disajikan. Begitu juga dengan restoran Mr. Steak House yang terletak di No. 23-1, Jalan BPP 5/8, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Telah memulakan operasi sekitar Oktober tahun lalu, restoran tersebut menawarkan pelbagai hidangan Barat yang berasaskan daging dan tidak ketinggalan masakan Itali yang cukup terkenal dengan pasta. Menurut pemilik restoran tersebut, Ahmad Fairus Harun, 33, keistimewaan restorannya bukan sahaja terletak pada sajian masakan Barat yang ditawarkan tetapi pihaknya turut menawarkan sajian Itali dan tidak ketinggalan masakan tempatan. Katanya lagi, restoran tersebut memberi pelbagai pilihan sajian dan tiada sebab mereka tidak singgah ke Mr. Steak House untuk menjamu selera. "Di sini kami menawarkan pelbagai jenis hidangan yang terdiri daripada ikan, ayam, daging, kambing, pasta, dan sebagainya. "Untuk itu bagi mereka yang tidak makan ayam boleh memilih daging, ikan atau pasta dan ia sebaliknya bagi sesiapa yang tidak makan daging ataupun ayam. "Boleh dikatakan di sini adalah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan dan ia pastinya memenuhi cita rasa semua," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya, baru-baru ini. Lamb Chop sos lada hitam. Yang pasti, ketika anda mengunjungi restoran ini jangan lepaskan peluang anda menikmati saba ikan makerel kerana ia begitu enak dan segar apabila dinikmati bersama sos tartar. Apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila anda melihat harga pada menu yang sememangnya amat berbaloi dan berpatutan dengan hidangan yang disajikan. Ini kerana menurut Ahmad Fairus, harga yang ditawarkan pihaknya memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai makanan Barat pada kadar berpatutan dan pada masa yang sama rasanya setanding dengan restoran makanan Barat mewah. Mempunyai tiga orang tukang masak yang berpengalaman, Mr. Steak House turut dikendalikan 10 orang pekerja. Restoran yang boleh memuatkan kira-kira 150 orang pada satu-satu masa ini dibuka setiap hari bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam. Begitupun bagi setiap malam Sabtu, Ahad dan Isnin operasinya dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi. Dibekalkan bahan-bahan mentah setiap hari daripada pembekal tempatan, Ahmad Fairus memberitahu pihaknya amat mementingkan kualiti. "Bahan-bahan mentah yang dibekalkan oleh pembekal akan dihantar setiap hari dalam usaha mengekalkan kesegarannya. "Kami di Mr. Steak House amat mementingkan kualiti kerana untuk masakan Barat, hanya bahan yang berkualiti menjadikan hidangan tersebut enak. "Untuk itu walaupun ada sesetengah daging lembu diimport, kami masih lagi mengambilnya setiap hari dan tidak menyimpan bekalan," tambahnya lagi. Ingin para pelanggannya merasai suasana ala koboi ketika menikmati hidangan di situ, Ahmad Fairus tidak ketinggalan menghias premis perniagaannya dengan dekorasi ala koboi. |
Posted: 17 May 2013 07:13 AM PDT Antara aktiviti program Summer Camp yang dapat membantu membentuk sikap positif. SUDAH lebih dari suku abad AKRAB mengabdikan diri kepada masyarakat melalui program pendidikan kekeluargaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar dan remaja. Hasil daripada program utama seperti Summer Camp dan Kem Jati Diri Remaja, AKRAB bersama dengan ibu bapa yang datang dari seluruh Malaysia serta Singapura, Brunei, Indonesia dan selatan Thailand telah berjaya meletakkan asas-asas kecemerlangan di samping pembinaan sahsiah dan keperibadian dalam kehidupan mereka. Dalam kedua-dua program di atas, penekanan diberi kepada pembentukan aspek fizikal, intelektual, emosional dan spiritual. Keempat-empat unsur ini digabung jalin sedemikian rupa hingga melahirkan modul latihan yang holistik meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peserta. Hampir kesemua peserta berjumlah ratusan ribu telah menikmati kesegaran suasana latihan ini. Kesannya terbawa dalam kehidupan sebagai seorang pelajar atau remaja yang menyambung di dalam dan luar negara. AKRAB merupakan satu-satunya institusi latihan yang dapat bertahan lebih daripada 30 tahun. Rahsia jangka hayat yang lama ini terletak kepada tenaga profesional dan tenaga bantu yang benar-benar dedikasi di samping modul latihan yang sentiasa relevan kepada semua peringkat umur. Sejak penghujung tahun 70-an, alumni-alumni AKRAB berada di mana-mana memegang jawatan penting sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Terlalu ramai yang menjadi doktor dan pakar perubatan, jurutera, peguam, arkitek, ahli ilmuan, ahli korporat dan berbagai bidang punca rezeki yang lain. Alumni Summer Camp dan Kem Jati Diri Remaja biasanya terserlah disebabkan penekanan kepada kekuatan ilmu, ketajaman keterampilan hidup (living skills) dan pembentukan sikap positif. Ciri-ciri ini disokong oleh lima prinsip yang terus menerus dihidupkan iaitu cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa, cinta ummah dan cinta kecemerlangan. Program oleh AKRAB memberi penekanan kepada pembentukan aspek fizikal, intelektual, emosional dan spiritual remaja. Pendekatan holistik ini telah dipanjangkan ke dalam latihan-latihan warga korporat dan penjawat awam dalam program yang disebut sebagai Bina Insan. Yang cantiknya di bangku sekolah mereka didedahkan dengan Summer Camp, Smart Learning dan Kem Jati Diri Remaja, sementara setelah tamat pengajian dan berkarier mereka mengikuti pula Bina Insan sebagai modul latihan yang memperkuatkan lagi tekad dan azam mereka untuk menjadi insan cemerlang, soleh dan solehah. AKRAB mengalu-alukan langkah ibu bapa untuk menyertai program-program kendalian AKRAB. Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah mendidik anak-anak, AKRAB bersedia membantu menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada. Anak-anak yang menghadapi masalah derhaka kepada ibubapa, acuh tak acuh dalam melakukan ibadah, suka berpoya-poya, tidak minat belajar, dilanda berbagai gejala sosial, menjadi punca masalah dalam keluarga bolehlah menghubungi AKRAB di talian 03-7732 4452, 03-7732 4453, 013-628 3985, 019-384 0544 atau 019-6386184 atau laman web www.familikusayang.com.my atau Facebook AKRAB Ku Sayang Bagi musim cuti persekolahan kali ini AKRAB akan mengendalikan satu tarikh program Summer Camp iaitu pada 30 Mei hingga 2 Jun 2013, manakala untuk program Kem Jati Diri Remaja ialah pada 28 Mei hingga 4 Jun 2013. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |