{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Dahlan (dua dari kiri) menyaksikan wakil syarikat Wawasan Edar Enterprise menyerahkan sumbangan Tabung Wira Lahad Datu kepada balu Allahyarham Ibrahim Lebar, Rosiah Dahlan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung PBTM cawangan Petaling, Selangor, semalam.

PETALING JAYA 19 Mei - Semua bekas anggota tentera khususnya dari Selangor yang belum menjadi ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) diminta berbuat demikian bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah keahlian.

Yang Dipertua PBTM Negeri Selangor Mohd. Din Husnin berkata, langkah itu bagi memastikan nasib golongan terlibat terbela termasuk ahli keluarga setelah mereka meninggal dunia.

"Sehingga kini bantuan bulanan kepada beberapa buah keluarga bekas anggota tentera yang daif kehidupan telah disalurkan melalui persatuan.

"Walaupun bantuan hanya antara RM100 hingga RM200 sebulan, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Petaling, di Maktab Koperasi Malaysia di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Dahlan dengan kehadiran kira-kira 300 orang ahli.

Mohd. Din berkata, penyertaan bekas anggota tentera amat dialu-alukan lebih-lebih lagi apabila PBTM Selangor kini telah mampu memiliki bangunan mereka sendiri di Seksyen 7, Shah Alam.

"Dengan adanya bangunan sendiri, pelbagai urusan dan aktiviti dapat diadakan dan ahli tidak lagi perlu ke pejabat PBTM di Kuala Lumpur," katanya.

Tambahnya, bekas anggota tentera di Selangor yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghubungi talian 03-55111600 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"PBTM Selangor juga turut melakukan pelbagai aktiviti bagi membantu 10 cawangan PBTM di seluruh daerah di negeri ini.

"Ini termasuklah aktiviti berbentuk kebajikan serta menambahkan pendapatan kepada persatuan dan ahli," katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan PBTM bagi manfaat kepada bekas anggota tentera.

Dalam majlis itu, sumbangan kepada Rosiah Dahlan balu kepada wira negara yang gugur dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu, Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar turut disampaikan.

Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyediakan jadual berkaitan kerja-kerja pembaikan cerun kepada penduduk dan peniaga di Jalan 11/55 C, Bukit Setiawangsa di sini.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, ini bagi memastikan golongan terlibat tidak terus dilanda kebimbangan berhubung kejadian rekahan pada tembok penampan di kawasan itu.

"Saya akan mengatur pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan penduduk dan peniaga di Jalan 11/55C, Bukit Setiawangsa di sini berikutan keadaan tembok penampan di cerun bukit yang runtuh pada penghujung tahun lepas didapati retak dan mengalami rekahan.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa 2013 di Dewan Centrum, Setiawangsa yang turut dihadiri Guru Besar sekolah itu, Ruslan Madon.

Beliau berkata, sebelum ini beberapa siri perbincangan antara DBKL dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) telah diadakan dan berharap jalan penyelesaian dapat dicapai.

Dalam pada itu, beliau berkata sebagai wakil rakyat yang akan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, pelantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai menteri yang baharu dianggap sebagai pemilihan tepat.

Katanya, pengalaman Tengku Adnan semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menjaga Wilayah Persekutuan sebelum ini amat berguna..

"Saya yakin dan percaya dengan pengalaman luas beliau yang saya sifatkan sebagai orang lama dan mengetahui selok-belok di Wilayah Persekutuan ini.

"Sebagai wakil rakyat di Setiawangsa, saya harap dapat bekerjasama dengan beliau secara baik terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam Parlimen ini," katanya.

Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

Beberapa kakitangan JKJR Wilayah Persekutuan dan badan bukan kerajaan mengecat semula tanda jalan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Kematian membabitkan pejalan kaki di ibu negara mencatatkan jumlah ketiga tertinggi selepas penunggang motosikal dan pemandu kereta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan berkata, statistik polis trafik menunjukkan, sebanyak tujuh kematian dicatatkan sejak Januari hingga Mac lalu.

"Bagaimanapun, jumlah tersebut menunjukkan pengurangan satu kematian berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala jumlah keseluruhan kematian membabitkan golongan itu tahun lalu adalah 42 kematian.

"Sehubungan itu, kami menasihatkan pejalan kaki agar menggunakan kemudahan tempat melintas yang disediakan demi keselamatan diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Minggu Keselamatan Jalan Raya di pekarangan Jalan Chow Kit hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Titiwangsa, V. Ilavarasan.

Sementara itu, kata Muhammad Heeza, kematian penunggang dan pembonceng motosikal dalam tempoh sama tahun ini adalah 37 orang yang merupakan paling tinggi di ibu negara.

"Manakala, pemandu dan penumpang motokar pula mencatatkan kematian kedua tertinggi iaitu sebanyak 12 kes bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, walaupun minggu keselamatan yang bermula Isnin lalu berakhir hari ini, program kesedaran itu akan diteruskan dari masa ke semasa.

Pada program itu, penganjur turut mengecat garisan kuning sepanjang 500 meter dan mengedarkan risalah kepada pejalan kaki dengan kerjasama Majlis Belia Titiwangsa, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat