Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penduduk Hong Kong paling rasis Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT STOCKHOLM, Sweden 17 Mei - Majoriti penduduk China di Hong Kong adalah yang paling tidak mengamalkan toleransi perkauman, menurut tinjauan terbaharu oleh World Value Survey. World Value Survey yang menilai sikap sosial penduduk di 80 buah negara selama lebih tiga dekad berkata, 71.8 peratus penduduk Hong Kong tidak mahu tinggal bersebelahan dengan bangsa lain. Tinjauan itu, yang disiarkan semalam turut mendapati, kebanyakan negara yang mempunyai penduduk yang tidak bertoleransi dalam perkauman ialah negara-negara membangun, dengan Bangladesh, Jordan dan India menduduki senarai lima teratas. Di Bangladesh, 51.4 peratus rakyatnya tidak mahu berjiran dengan bangsa lain, begitu juga di India apabila 43.5 peratus penduduk negara itu enggan tinggal bersebelahan dengan berlainan bangsa. Malaysia dalam pada itu disenaraikan sebagai negara yang kurang bertoleransi dalam perkauman dengan hanya antara 20 dan 39.9 peratus penduduknya tidak mahu berjiran dengan bangsa lain. Tinjauan World Value Survey itu meminta individu memperincikan jenis orang yang mereka tidak mahu dijadikan jiran dan mengira berapa ramai memilih 'individu berlainan bangsa'. Menurut penyelidik, masyarakat yang tidak mahu berjiran dengan bangsa lain boleh dianggap kurang toleransi perkauman. Sementara itu, Britain pula menjadi negara yang paling bertoleransi dalam perkauman. World Value Survey berkata, negara-negara Barat adalah yang paling terbuka untuk menerima budaya asing dengan Britain, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia paling bertoleransi berbanding negara lain. Rakyat AS, pula dikatakan kurang rasis dengan hanya 3.8 peratus penduduk di negara itu yang menolak untuk berjiran dengan bangsa lain. Britain, Kanada, Australia dan New Zealand menjadi negara paling toleransi perkauman dengan hanya kurang daripada lima peratus penduduknya enggan tinggal berjiran dengan bangsa lain. Pada dasarnya kebanyakan negara Barat melarang rasis menyebabkan penduduknya akan menyembunyikan pandangan tidak bertoleransi mereka dan berbohong dalam menjawab soalan, menurut Max Fisher dari Washington Post. - AGENSI |
Israel mahu sahkan penempatan haram Posted: 17 May 2013 11:58 AM PDT Pemandangan kawasan penempatan haram Yahudi di Givat Asaf, berhampiran Ramallah, kelmarin. - Reuters BAITULMAQDIS 17 Mei - Israel didakwa menggunakan undang-undang untuk 'menghalalkan' empat kawasan penempatan haram kecil Yahudi di Tebing Barat, beberapa hari sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat memulakan usaha damai terbaharu. Kumpulan pemantau Israel, Peace Now berkata, kerajaan kini cuba mencari jalan untuk mengesahkan empat kawasan penempatan haram kecil Yahudi iaitu Maaleh Rehavam, Haroeh, Givat Assaf dan Mitzpeh Lachish. Dalam kes Haroeh, kumpulan pemantau itu berkata, Menteri Pertahanan Israel telah mengarahkan pegawainya melihat sama ada kawasan penempatan haram itu dibina di 'kawasan negara' bagi membolehkan ia disahkan pembinaannya daripada segi undang-undang. ''Kerajaan cuba mengelak menguatkuasakan undang-undang dengan mengesahkan pembinaannya daripada segi undang-undang berbanding mengusir mereka,'' kata jurucakap Peace Now, Hagit Ofran. Lebih 500,000 penduduk Yahudi kini menetap di kawasan penempatan haram yang dianggap melanggar undang-undang oleh masyarakat antarabangsa. Beberapa ribu orang pula tinggal di kawasan penempatan haram yang tidak dibenarkan oleh Israel dan rejim Zionis Israel itu berjanji akan merobohkannya. Ofran berkata, tindakan kerajaan Israel itu disifatkan 'memberi tamparan' kepada John Kerry. Katanya, Mahkamah Agung dijadual memutuskan perkara itu pada minggu depan. Bagaimana pun, Kementerian Pertahanan Israel dan Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengulas. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |