Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS SK Wong (tengah) menunjukkan model terbaru HTC One pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini. SYARIKAT pemimpin global dalam inovasi bergerak, HTC baru-baru ini melancarkan telefon pintar utama terbaharunya, HTC One yang dilengkapi dengan tiga aplikasi unggul sesuai bagi semua lapisan pengguna. Aplikasi BlinkFeed, Zoe dan BoomSound yang diperkenalkan itu merupakan antara inovasi Sense dalam memberikan pengguna pengalaman mudah alih serta penyediaan standard baru bagi telefon pintar. Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, cita rasa pengguna masa kini yang menitik beratkan reka bentuk fizikal sesebuah peranti telah menjadi kayu ukur bagi pihaknya mencipta telefon bimbit pintar yang mampu memenuhi keperluan mereka. Oleh kerana telefon bimbit pintar merupakan medium saluran informasi dan perhubungan, pengguna lebih cenderung untuk memiliki peranti yang selesa selain tampak elegan. Melalui pengenalan kepada HTC One ini, satu pendekatan baru yang lebih menarik dibangunkan bersama peranti ini agar ia dapat memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan kami," ujarnya. Aplikasi BlinkFeed merupakan aliran langsung paparan skrin yang mampu mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini laman sosial, berita dan imej. Selain itu pengguna boleh melihat segala maklumat terkini dalam sekali pandang tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web berlainan. Selain itu, HTC One turut menampilkan ciri Zoe sebagai salah satu mod dalam fungsi gambar yang turut merakam video tiga saat. Aplikasi tersebut menggabungkan beberapa gambar dan video pendek dan kemudian menghasilkan sebuah video lengkap selama 30 saat beserta lagu latar belakang serta beberapa kesan menarik. Bagi menambahkan lagi keunggulan HTC One, aplikasi BoomSound turut diketengahkan dengan binaan pembesar suara stereo di bahagian hadapan beserta amplifier dalam memberikan bunyi terbaik kepada pengguna ketika menonton video atau mendengar muzik. Bentuk fizikalnya juga nipis dengan skrin paparan seluas 4.7 inci dan mempunyai berat 143 gram serta ketebalan 9.3 milimeter. HTC One yang dibangunkan dengan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon dan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 turut disokong oleh ciri Near Field Communicator (NFC) untuk fungsi satu-sentuhan. HTC One yang ditawarkan pada harga RM2,299 untuk storan 32 giga bait dan RM2,499 (storan 64 gigabait) kini boleh didapati melalui pengedar sah serta syarikat telco seperti Celcom, DiGi, UMobile, Maxis dan semua rangkaian kedai SenQ bermula Mei seluruh negara. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.htc.com atau laman sosial Facebook HTC di www.facebook.com/HTCMalaysia. |
Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD LANJUTAN kepada model sebelumnya yang terkenal, X-Pro1, Fujifilem (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru kini memperkenalkan X-E1, kamera lensa-bolehubah kedua jenama dalam siri tersebut. X-E1 didatangkan bersama penderia CMOS X-Trans APS-C 16 megapiksel sama dengan pemidang tilik (viewfinder) elektronik OLED kelas yang terbaik. Ia juga lebih kecil dengan flash dalaman dan lekapan X yang sama dengan rangkaian lensa Fujinon XF. Di samping itu juga, Fujifilem turut menambah rangkaian lensanya daripada tiga kepada lima dan kepada 10 pada awal tahun ini. Antara kelebihan lensa terbaru tersebut adalah saiznya yang mudah alih, autofokus yang sangat pantas iaitu pada kelajuan 0.1 saat, dan lensa pemfokusan F2.8 yang terang dan baru dimajukan dengan OIS, X-E1 merupakan tarikan terbaru dalam rangkaian siri-X. Kamera lensa boleh ubah X-E1 boleh didapati di pasaran dalam dua variasi warna iaitu perak-hitam, dan hitam pekat. Selain menawarkan teknologi terkini, reka bentuk X-E1 yang klasik dan menawan bakal mempersonakan peminatnya. Dihasilkan di Jepun, kelas dan kualiti X-E1 dapat dilihat pada kemasan akhirnya. Penutup atas dan depannya dibuat daripada magnesium die-cas untuk reka bentuk yang tampak tegap namun tetap kemas dan teliti. Dengan saiz yang hampir sama dengan Fujifilem X100, X-E1 kelihatan lebih kompak dan ringan (350gram), walaupun dengan set berciri maju. Mempunyai cengkaman getah untuk pegangan lebih kuat serta lekapan lensa X yang diposisikan di tengah-tengah kamera, ia menjadikan X-E1 lebih seimbang kerana berat badan kamera dan lensanya dapat diagihkan secara sama rata. Dalam mereka bentuk X-E1, jurutera Fujifilm memastikan X-E1 mudah untuk dioperasikan serta aplikasi yang ditawarkan lebih mesra pengguna. Seperti model-model siri X yang lain, bahagian sisi panel atasnya mempunyai corak bertekstur untuk memastikan proses pelarasan rakaman dapat dilakukan dengan lancar. Pengguna boleh memutar gegelang bukaan pada lensa untuk pemfokusan dengan tangan kiri manakala mengendalikan butang untuk kelajuan shutter dan penyesuaian pendedahan (exposure) pada panel atas dengan tangan kanan mengalih mata mereka daripada pemidang tilik. Versi X-E1 berwarna perak-hitam dilihat sesuai untuk mereka yang inginkan imej retro serta menampakkan gaya yang tersendiri, manakala versi hitam pekatnya sesuai untuk jurugambar yang ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran tanpa menarik perhatian subjek mereka. Selain itu, kamera tersebut juga mempunyai ketepatan yang tinggi dengan lampu denyar (flash) dalaman yang setara dengan jumlah panduan 7. Sama seperti pada lensa XF yang lain, lensa tersebut juga memiliki gegelang bukaan supaya pengguna boleh melaraskan bukaan dengan gerakan semulajadi semasa merakam imej. Lensa tersebut turut dilengkapi bersama OIS (Penstabil Imej Optikal) untuk memberikan penstabilan imej yang bersamaan dengan 4 hentian, justeru itu ia mampu mengawal kesan goncang (shaking) kamera dan membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan sempurna. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |