Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT KOTA BHARU 20 Mei - Kenderaan pacuan empat roda terbaharu Isuzu Malaysia iaitu Isuzu D-Max 2.5L mula dijual di negeri ini hari ini melalui wakil jualan tunggalnya di Kelantan, T.E.C. United Auto Sdn. Bhd. (T.E.C. United). Pengarah Urusan (T.E.C. United), Tan Yiew Sun berkata, sebagai pengedar tunggal, pihaknya yakin mampu menjual sehingga 20 unit kenderaan tersebut sebulan terutama dengan sambutan menggalakkan diterima sebelum ini terhadap produk Isuzu. Pacuan empat roda keluaran Isuzu sebelum sudah terbukti kehebatannya justeru syarikat ini kini tampil dengan produk terbaharu yang lebih baik kepada pengguna di Kelantan yang mahu memilikinya. Saya yakin kenderaan ini akan mendapat sambutan hangat kerana ia sangat praktikal untuk perjalanan jauh tambahan pula keadaan geografi di Kelantan sendiri yang mana pacuan empat roda sangat sesuai digunakan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran penjualan pacuan empat roda itu di pejabat jualannya sini hari ini. Menurut Yiew Sun, Isuzu D-Max 2.5L dijual pada harga antara RM71,000 hingga RM103,000 mengikut spesifikasi dan kelengkapan dalaman yang ada, manakala lima jenis warna ditawarkan iaitu kelabu, merah, hitam, putih dan perak. Katanya, semua tempahan boleh dibuat bermula hari ini. Penempah awal akan berpeluang menerima beberapa hadiah menarik seperti kamera jenama Canon dan beberapa barangan lain. Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |