{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

SEREMBAN 19 Mei - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bakal menubuhkan Kelab Kitar Semula di setiap sekolah terpilih di negeri ini.

Pengarah PPSPPA negeri, Mohd. Azhar Abd Hamid berkata, inisiatif itu bertujuan bagi memupuk serta meningkatkan kesedaran berhubung penjagaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

"Kelab ini akan dijadikan sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan pada peringkat awal, pihak kami akan mengadakan bengkel latihan bagi melatih tenaga pengajar melibatkan 13 guru sekolah rendah dan lapan di peringkat menengah.

"Mereka ini akan menjadi guru perintis untuk menerapkan ilmu serta maklumat yang terkandung melalui modul kitar semula yang disediakan," katanya di sini hari ini.

Jelas Mohd. Azhar, objektif utama memperkenalkan modul itu adalah untuk dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada guru terbabit ke arah membimbing serta melatih ahli kelab bagi mengendalikan aktiviti kelab berkenaan kelak.

"Kita perlu semai kesedaran ini dari peringkat awal dan secara pasti ia perlu dilakukan dalam kalangan generasi muda iaitu murid serta pelajar sekolah.

"Apabila usaha itu ada ia diyakini mampu mendidik lebih ramai generasi muda untuk menghargai alam sekitar sekali gus melaksanakan kewajipan untuk terus menjaga alam sekitar dalam jangka panjang," ujarnya.

Kata Mohd. Azhar lagi, jumlah kutipan sampah semakin meningkat setiap hari dan dijangkakan mampu mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020.

"Maka peranan generasi muda untuk membantu dalam menguruskan sampah amat kritikal," tambahnya.

240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan

Posted: 19 May 2013 11:23 AM PDT

SEBAHAGIAN guru tadika yang menerima sijil masing-masing pada majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Guru Tadika, Prasekolah Swasta dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Melaka, semalam. - UTUSAN/Gaie Uchel

MELAKA 19 Mei - Seramai 240 orang guru prasekolah swasta dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima sijil tamat latihan dalam satu majlis khas di Hotel Hang Tuah World Heritage, Melaka Raya di sini hari ini.

Kesemua guru yang terlibat telah mengikuti sesi Program Latihan Guru anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia selama 15 hari antara 19 November hingga 7 Disember tahun lalu.

Pengarah Pelajaran negeri, Kasim Mohamad berkata, sejak 2010 sehingga tahun lalu, seramai 1,206 guru prasekolah telah berjaya dilatih dan menerima sijil Program Latihan Guru.

"Kursus ini dilaksanakan untuk meningkatkan kaedah penyampaian guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

"Selain memberi panduan dan bimbingan tentang keperluan guru mengajar murid prasekolah, guru-guru juga dilatih mendepani segala cabaran mendatang dengan mempersiapkan diri dalam kemahiran dan pengetahuan yang kukuh," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Abdul Mutalib Osman yang turut menyampaikan sijil kepada guru-guru yang terlibat.

Kasim berkata, geran permulaan sebanyak RM20,000 telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha prasekolah baharu yang mula beroperasi.

Katanya, selain perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan, geran permulaan itu diharapkan dapat membantu para pengusaha baharu untuk membuka lebih banyak prasekolah terutamanya di kawasan miskin bandar dan luar bandar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat