{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jusuf rintis Najib, Anwar damai

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Jusuf Kalla

KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla sedang merintis satu usaha untuk mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usaha yang dilakukan atas dasar kedua-dua mereka adalah sahabat baik Jusuf dan bagi menjaga kepentingan Malaysia dan Indonesia, walau bagaimanapun setakat ini belum diketahui hasilnya.

Jusuf yang ke Kuala Lumpur bersama beberapa orang bekas menteri Indonesia pada 5 Mei lalu semasa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan telah menemui Anwar pada malam tersebut bagi menyatakan hasratnya itu.

Beliau kemudiannya menemui Najib pada 7 Mei di Putrajaya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan menyatakan harapannya agar kedua-dua tokoh itu tidak terus menerus berseteru.

"Ini perlu untuk meneruskan pembangunan Malaysia yang memerlukan kestabilan dan kompromi kedua-dua kubu," kata Jusuf seperti dipetik media Indonesia mengulas pertemuannya dengan Anwar.

Jusuf yang juga seorang ahli korporat berkata, beliau bersahabat dengan Najib kerana kebetulan mereka berdua berketurunan Bugis manakala dengan Anwar sejak zaman mahasiswa.

Walau bagaimanapun Utusan Malaysia difahamkan sehingga lewat malam ini, usaha yang dirintis oleh Jusuf itu masih menemui jalan buntu.

Ia percayai berikutan keengganan Anwar untuk menerima keputusan PRU-13 yang telah dimenangi oleh BN.

SPDP masih ada ruang

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

KUCHING 16 Mei - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yakin masih ada ruang bagi ahlinya untuk dilantik menjadi anggota Kabinet, kata Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan yang terbaik dan akan segera berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, keyakinan itu semakin kuat apabila mengetahui pengumuman Kabinet baharu semalam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

"Ahli dan penyokong parti janganlah berasa sedih atau bimbang kerana pucuk pimpinan Pusat akan memilih semua wakil parti menganggotai Kabinet.

"Saya yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang adil berhubung perkara ini tanpa meminggirkan mana-mana parti," katanya di sini.

Tambah Mawan Ikom yang juga Ahli Parlimen Saratok, walaupun tiada ahli SPDP terpilih bagi menganggotai barisan Kabinet, namun perkhidmatan kepada rakyat harus diutamakan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh wakil dari Sarawak dilantik sebagai menteri penuh dalam Kabinet.

Empat daripadanya merupakan Ahli Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Datuk Fadillah Yusof, Datuk Rohani Abdul Karim, Datuk Seri Doughlas Uggah Embas dan Nancy Shukri.

Yang lain ialah Datuk Joseph Entulu Belaun daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Richard Riot Jaem (Parti Rakyat Bersatu Sarawak - SUPP) manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang merupakan ahli korporat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat