{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


15 penagih leka lepas gian diberkas

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian daripada penagih dadah yang diberkas ketika melepaskan gian di kawasan semak di Semerak ditahan di IPPD Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 16 Mei - Seramai 15 penagih yang menjadikan kawasan semak di Kampung Lembah Semerak di sini sebagai tempat melepaskan gian diberkas dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas 55 biji pil dipercayai pil kuda bernilai RM1,100 dan tiga botol kecil mengandungi 10 gram serbuk dipercayai dadah dianggarkan bernilai RM1,400.

"Operasi bersepadu selama dua jam itu diketuai oleh Ketua Bahagian Narkotik IPD, Inspektor Eddy Yusman Abu Bakar yang bermula pukul 9.30 pagi.

"Serbuan dilakukan selepas pemantauan dilakukan oleh Cawangan Narkotik yang mendapati wujudnya penagih berulang selain maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, kesemua penagih berusia antara 19 hingga 52 tahun itu merupakan penduduk tempatan dan akan ditahan reman mulai esok bagi siasatan di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka positif dadah.

Mohd. Kamal berkata, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama itu bagi mengekang kegiatan pengedaran dan penagihan dadah terutamanya penagihan berulang di daerah ini.

Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Kamarulzaman Ibrahim menerima jambangan bunga daripada anak-anak muridnya pada sambutan Hari Guru Peringkat SK Seri Kota di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 16 Mei - Pengorbanan insan bergelar guru cukup besar dan tidak ternilai kerana mereka merupakan pendorong kepada pelajar untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Justeru, tarikh 16 Mei setiap tahun diangkat menjadi hari yang cukup bermakna bagi memberi pengiktirafan kepada guru yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa.

Sambutan hari istimewa itu turut diraikan hampir 1,000 murid serta 78 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota dekat sini, hari ini.

Sambutan bermula dengan membaca perutusan Hari Guru, diikuti acara sukan melibatkan guru sekolah itu diketuai Guru Besar, Kamarulzaman Ibrahim bersama murid-murid.

Menurut Kamarulzaman, sambutan Hari Guru kali ini cukup meriah dengan pelbagai acara yang menarik telah diadakan.

"Selalunya sambutan yang dijalankan juga lebih kurang sama setiap tahun. Namun, tahun ini sangat berbeza dan lebih santai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lebih mencuri tumpuan, guru besar bersama guru serta murid-murid memotong pulut kuning pada majlis tersebut.

Kamarulzaman berkata, program seperti hari ini membawa mesej bahawa jasa guru tetap dikenang dan dihargai.

"Saya cukup terharu apabila murid-murid datang mengucapkan selamat hari guru serta memberi hadiah sebagai tanda terima kasih.

"Ini menunjukkan mereka menghargai penat lelah guru sebagai pendidik yang sentiasa ingin melihat kejayaan anak-anak bangsa," kata beliau lagi.

Polis buru bekas banduan cederakan warga emas

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

PASIR PUTEH 16 Mei - Polis memburu seorang bekas banduan berusia 27 tahun bagi membantu menyelesaikan kes mencederakan seorang lelaki dengan senjata tajam di Kampung Tasek Pauh Selising dekat sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek tersebut ialah Mohd. Shahzila Shamsudin yang berasal dari Kampung Tualang Tinggi dekat sini.

"Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghantar maklumat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Rakan Cops," katanya di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 58 tahun sedang minum di sebuah kedai sebelum tiba-tiba muncul dua lelaki lalu menyerangnya.

"Mangsa melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan tetapi terus dikejar dan ditetak dengan senjata tajam sehingga cedera di tangan dan kaki," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Kamal berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada hari kejadian setelah diberikan rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) dekat sini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah kekerasan sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

"Siasatan kita mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan jenayah kekerasan dan dikatakan baru tiga bulan dibebaskan dari penjara. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan membalas dendam," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat