{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Tiada portfolio baharu - MB

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh RADBUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

AHMAD Said bersalaman dengan para guru ketika hadir merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Ghazali Taib (kanan).

KUALA TERENGGANU 20 Mei - Kerajaan negeri tidak bercadang mewujudkan portfolio baharu khususnya berkaitan agama untuk disandang oleh mana-mana Exco Kerajaan Negeri walaupun didesak pelbagai pihak agar jawatan khusus itu diwujudkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa urusan berkaitan hal ehwal agama adalah di bawah Tugas-Tugas Khas yang kini disandang oleh Ghazali Taib selaku Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab.

Ghazali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil merupakan Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri.

Ahmad selanjutnya berkata, pada masa sama, hal ehwal agama Islam juga adalah di bawah bidang kuasa Sultan Terengganu selain Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

"Saya dah beritahu dulu (pada 11 Mei lalu), kita ada (portfolio agama) di bawah Tugas-Tugas Khas sebab agama diletakkan di bawah Tuanku (Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri.

"Tugas-Tugas Khas ada hubung kait lah (dengan agama), ia tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru ke-42 Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Zakarian Hussin.

Beliau diminta mengulas kemungkinan kerajaan negeri melakukan pengubahsuaian portfolio Exco Kerajaan Terengganu berikutan pembentukan Kabinet baharu sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari.

Pada 11 Mei lalu, Ahmad memberi jaminan bahawa pihaknya berkemungkinan akan melakukan pengubahsuaian pada portfolio berkenaan sebaik sahaja kementerian serta Kabinet baharu kerajaan mula dibentuk.

Menteri Besar seterusnya berkata, pada masa ini, pihaknya sedang dalam proses pengubahsuaian beberapa portfolio dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu berikutan pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari.

"Kita dalam proses pengubahsuaian (Exco) sebab kita tengok ada 30 kementerian (Kabinet baharu) sedangkan kita ada 10 orang Exco. Jadi ada seorang Exco terpaksa pegang dua atau tiga portfolio," ujarnya.

12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

PASIR PUTEH 20 Mei - Seramai 12 usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kelantan berjaya menjana pendapatan sehingga RM2 juta setahun hasil kegigihan, penghasilan produk bermutu dan pelan strategik pemasaran yang tepat.

Pengarah MARDI Kelantan, Aminah Abdullah berkata, pihaknya turut memberi bimbingan khusus kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berpendapatan lebih RM250,000 setahun bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan mereka.

Beliau berkata, bimbingan itu termasuk mendedahkan mereka dengan penggunaan mesin dan teknologi terkini bagi meningkatkan pengeluaran hasil, standard pelabelan dan pembungkusan yang mampu menarik minat pelanggan serta strategi pemasaran ke peringkat global.

"Pada masa yang sama MARDI turut memberi fokus utama membantu golongan miskin tegar melaksanakan projek-projek ekonomi supaya mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Sepanjang tahun lalu seramai 90 penduduk miskin yang disenaraikan dalam e-Kasih di negeri ini berjaya dibantu mengikut kesesuaian dan keperluan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan pertanian kepada penduduk miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan semalam.

Antara penerima ialah Wan Seman Wan Musa, 63, yang mengambil upah memetik buah kelapa lebih 40 tahun lalu. Dia diberi bantuan sebuah basikal, seekor beruk terlatih dan peralatan mengopek buah kelapa.

Aminah berkata, bantuan yang diberikan kepada Wan Seman membolehkannya melaksanakan kerja harian memetik buah kelapa tanpa perlu memanjat pokok kelapa.

"Harga seekor beruk terlatih mencapai lebih RM1,000 dan pasti mampu membantu penduduk terbabit memetik buah kelapa dengan lebih pantas," katanya.

Beliau berkata, selain bantuan peralatan, penerima bantuan MARDI juga diberikan khidmat nasihat dan latihan berkaitan secara berperingkat.

Menurutnya, MARDI juga melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan penerima bantuan berjaya melaksanakan projek pertanian yang mereka usahakan sehingga mampu berdikari.

Aminah berkata, MARDI turut membantu usahawan IKS yang berdaya maju di negeri ini bagi menghasilkan makanan halal untuk dieksport dengan memastikan pakej pelabelan dan pembungkusan menepati piawaian antarabangsa.

Pertandingan Kemahiran Showme

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU 20 Mei - Pertandingan Kemahiran Showme bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seni kulinari dan pendidikan awal kanak-kanak di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah akan bermula pada 25 Jun depan.

Program anjuran Kolej Antarabangsa Showme di sini terbuka kepada pelajar tingkatan lima di Terengganu dan Kelantan.

Pegawai Perunding Pendidikan dan Kerjaya kolej itu, Daing Muhamad Fadzil Abd Latif ketika dihubungi memberitahu, pertandingan itu juga bagi memupuk minat pelajar dalam bidang kemahiran dan penyertaan dibuka sehingga 11 Jun depan.

"Peserta perlu melaksanakan pemasangan perkasasan dan perisian bagi kategori ICT, menyediakan sarapan dan juadah utama untuk kategori kulinari manakala peserta perlu membina model bilik kanak-kanak dan menghasilkan buah daripada peralatan Play Dough.

'Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa biasiswa Showme bernilai RM 3,000, wang tunai RM2,000, hadiah barangan bernilai RM 2,000, piala pusingan dan pingat untuk juara," katanya.

Pertandingan akan diadakan di Wisma KOKITAB di sini dengan peringkat saringan pada 25 dan 26 Jun manakala peringkat akhir pada 2 Julai.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat