Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 13 Jun 2013 01:50 PM PDT Pendedahan intipan rahsia uji Washington, Beijing BEIJING: Hubungan Amerika Syarikat dan China bakal teruji selepas bekas kontraktor Amerika mendedahkan bahawa intipan Washington terhadap Beijing menerusi sistem komputer berjalan sejak 2009. Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya" Edward Snowden, Bekas kontraktor Snowden juga memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) menggodam komputer di China dan Hong Kong sejak lima tahun lalu. "Cara kes itu diuruskan adalah cabaran kepada hubungan Beijing dan Washington yang semakin baik kerana Snowden berada di wilayah China ketika suasana tegang dalam isu keselamatan siber," kata China Daily. 61,000 operasi menggodam Pendedahan itu memalukan Washington ketika ia meningkatkan tuduhan bahawa Beijing menyokong usaha menggodam. Sementara itu, ketika mengulas ulasan mengenai tindakannya mendedahkan intipan rahsia itu, Snowden berkata: "Saya bukan pembelot atau wira. Saya warga Amerika." Snowden memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa wujud 61,000 operasi menggodam oleh NSA di seluruh dunia menyasarkan berpuluh ribu komputer individu. Di China dan Hong Kong, beratus-ratus sasaran dikenal pasti dan Snowden menyifatkan operasi itu satu bukti hipokrasi kerajaan Amerika apabila mendakwa tidak menjadikan infrastruktur awam sebagai sasaran. Snowden menuduh kerajaan Amerika cuba membuli Hong Kong supaya mengusirnya sebelum dia sempat mendedahkan butir intipan sulit NSA terhadap sistem komunikasi kewangan dan perdagangan China. Warga Amerika itu juga menegaskan bahawa beliau akan melawan sebarang cubaan ekstradisi. "Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya," kata Snowden. - AFP |
1,225 rumah baru pendatang Yahudi Posted: 13 Jun 2013 01:46 PM PDT Kerry tangguh lawatan selepas pengumuman Israel Baitulmaqdis: Israel memohon kelulusan untuk pembinaan 1,225 rumah baru untuk pendatang Yahudi di daerah Itamar dan Bruchin, bahagian utara Tebing Barat, lapor media negara itu semalam. Kami anggap keputusan Israel mahu bina penempatan di Tebing Barat sebagai keluar daripada rundingan yang diusahakan Amerika" Nabil Abu Rudeina, Jurucakap Presiden Palestin Akhbar Haaretz meletakkan angka pembinaan rumah di dua kawasan penempatan itu sebanyak 537 dan 130. The Jerusalem Post melaporkan, turut dikemukakan adalah kajian semula rancangan membina 550 rumah baru di Bruchin, sebuah kawasan pembinaan lebih awal diluluskan April lalu menyebabkan ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton, menyuarakan kebimbangannya. Jejas usaha damai Tindakan terbaru itu muncul ketika Amerika Syarikat berusaha menyambung semula rundingan damai di antara Israel dan Palestin dengan pembinaan penempatan Israel itu antara isu penting. Pegawai kanan Amerika menegaskan, Kerry kekal terbabit sepenuhnya dalam usaha itu dan berkata beliau bercadang menjadual semula kunjungannya secepat mungkin. Namun, diplomat kanan Amerika memberi amaran, beliau tidak bersedia membuat perjalanan sia-sia sambil menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas membuat keputusan diperlukan untuk memulakan semula rundingan yang terhenti sejak 2010. Bagaimanapun, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina berkata: "Kami menganggap keputusan terbaru Israel mengenai penempatan di Tebing Barat satu tindakan keluar daripada rundingan yang cuba diusahakan Amerika. "Ini adalah cabaran serius terhadap usaha Kerry. Dasar Israel terus membina penempatan tidak akan membawa kepada keamanan tetapi ketegangan dan ketidakstabilan di rantau ini dan antarabangsa." - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |