{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Amerika, Taliban mahu damai

Posted: 19 Jun 2013 04:20 PM PDT

Isu utama penyelesaian politik, pendudukan asing di Afghanistan

Washington: Amerika Syarikat dan Taliban melahirkan harapan untuk mengadakan satu rundingan damai di Afghanistan dengan komitmen untuk bertemu minggu ini selepas 12 tahun pertumpahan darah yang menelan perbelanjaan besar, antara tentera diketuai Amerika Syarikat dan pemisah.

Taliban kelmarin membuka sebuah pejabat di Doha, ibu negara Qatar bagi membantu meneruskan usaha menyambung semula rundingan dan berkata pihaknya mahukan satu penyelesaian politik dan menamatkan pendudukan asing di Afghanistan.

Pegawai Amerika Syarikat berkata rundingan akan bermula di Doha pada esok tetapi berhati-hati dengan proses damai yang tidak menentu itu dan mungkin tercemar serta tidak menjamin kejayaan.

"Ia akan menjadi satu proses yang panjang dan sukar namun kemajuannya adalah penting kepada semua," kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat.

Kerajaan Presiden Hamid Karzai berkata pihaknyamenghantar satu kumpulan di Doha dan seorang pegawai kanan berkata Taliban bersedia untuk mempertimbangkan rundingan. Tetapi pemisah tidak membuat sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Boneka Barat

Matlamat utama rundingan diplomatik ini adalah untuk mendapatkan wakil bagi kerajaan Afghanistan dan Taliban ke arah rundingan terus bagi masa depan negara. Taliban bagaimanapun enggan mengadakan rundingan seperti itu dan menyifatkan Karzai serta kerajaan beliau sebagai boneka kepada Barat.
Bagaimanapun, pengumuman diplomatik memberi isyarat pertama keyakinan dalam usaha damai Afghanistan sejak beberapa bulan dan berlaku ketika usaha perang yang dipimpin Amerika Syarikat mencapai peringkat kritikal.

Arahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Kabul kelmarin melengkapkan penyerahan kepada pasukan keselamatan Afghanistan di seluruh negara berkenaan.

NATO merancang menamatkan semua operasi pertempuran di Afghanistan pada Disember 2014.

Presiden Barack Obama berkata operasi pertempuran Amerika Syarikat tidak akan dihentikan dan tetap akan diteruskan.

Empat tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam satu serangan di Pangkalan Tentera Udara Bagram di Afghanistan, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kelmarin. - REUTERS

Nafi guna memoir Hitler

Posted: 19 Jun 2013 04:16 PM PDT

Seoul: Korea Utara menafikan satu laporan yang mendakwa pemerintahnya menggunakan memoir Adolf Hitler sebagai panduan kepemimpinan sekali gus turut mengancam untuk membunuh penulis laporan berkenaan.

Artikel oleh New Focus International, sebuah portal berita internet dikendalikan pembelot Korea Utara berkata bahawa Kim Jong-Un memberikan salinan Mein Kampf itu kepada pegawai tertingginya, menggesa mereka mengkaji manual kemahiran kepemimpinan berkenaan.

Beliau menyerahkan terjemahan manifesto diktator Jerman itu kepada pegawai terpilih sewaktu sambutan hari jadinya Januari lalu, kata laporan yang memetik seorang pegawai Korea Utara yang bekerja di China tetapi tidak mendedahkan nama pegawai terbabit.

"Dengan menyebut bahawa Hitler mampu membina semula Jerman dalam masa yang singkat berikutan kekalahan ketika Perang Dunia Pertama, Kim Jong-Un mengeluarkan satu arahan supaya Third Reich itu dikaji dengan mendalam dan meminta aplikasi praktikal digariskan daripadanya," kata sumber terbabit.

Siar berita

Berita berkenaan disiarkan hampir kebanyakan akhbar utama Korea Selatan semalam.

Tetapi agensi polis Korea Utara kemudian menyifatkan laporan itu sebagai 'jenayah terkutuk' bertujuan mempersendakan pemimpinnya dan mengancam untuk membunuh mereka di sebalik artikel berkenaan.
"Kami berazam untuk mengambil langkah secara fizikal bagi menghapuskan perbuatan sampah masyarakat yang melakukan perkara terkutuk ini," katanya dalam satu kenyataan disiarkan Korean Central News Agency.

"Sampah masyarakat ini tidak akan terlepas ke langit atau mampu mencari setiap inci tanah untuk ditanam selepas kematian mereka," katanya.

Ia juga berikrar untuk melancarkan hukuman tanpa belas terhadap Seoul dan Washington, dengan mendakwa kedua negara itu menggalakkan pembelot untuk memalukan pemerintah mereka.

Mein Kampf ditulis pada 1924 ketika Hitler meringkuk dalam penjara Bavaria sebelum menjadi pemimpin Jerman.

Dinasti keluarga Kim memerintah Korea Utara selama lebih enam dekad. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat