{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Julia Gillard kalah

Posted: 26 Jun 2013 02:09 PM PDT

Sydney: Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyingkirkan Perdana Menteri Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh Australia dalam satu undian kepemimpinan semalam. Gillard akan meletak jawatan selepas pilihan raya umum September ini.

Gillard mengarahkan pengundian dibuat sehari selepas parti pimpinannya mengambil langkah menyingkirkannya berikutan ramai memilih Rudd.

Rudd menang undian Buruh itu dengan 57 undi berbanding 45, kata pegawai rasmi yang mengumumkan undian itu.

Gillard memaklumkan kepada Ketua Gabenor Quentin Bryce bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai perdana menteri esok sebelum Rudd mengangkat sumpah.

Kemenangan besar

Laporan menyatakan bahawa Bendahari Wayne Swan, penyokong utama Gillard yang juga timbalan beliau turut meletak jawatan bersama sebilangan penyokong yang tidak diketahui termasuk Menteri Perdagangan, Craig Emerson.

Suasana agak suram, kata pegawai bertugas, Chris Hayes.
Ia adalah kali ketiga sejak pilihan raya 2010 pegangan kuasa Gillard diuji.

Rudd sendiri melancarkan satu cabaran yang tidak berjaya terhadap Gillard pada awal 2012, tetapi tewas dengan 31 berbanding 71.

Bekas diplomat yang mahir berbahasa Mandarin itu menamatkan pemerintahan konservatif selama sedekad dengan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya 2007 dan sejak itu menegaskan bahawa Gillard mendapat sokongan beliau.

Menang tipis

Pada Mac tahun ini, ahli parti Buruh Simon Crean gagal dalam cubaan untuk menaikkan semula Rudd yang enggan untuk bangkit dan berkata ketika itu bahawa beliau tidak akan mencabar Gillard dalam apa juga keadaan.

Selepas itu beberapa menteri yang menyokong Rudd meletak jawatan manakala Crean dipecat.

Sejak berkuasa, Gillard mempertahankan sebarang bentuk spekulasi mengenai kepemimpinannya. Beliau hanya menang tipis dalam pilihan raya 2010, menyebabkan parlimen tergantung yang memaksanya bergabung dengan kerajaan minorit dan bebas.

Ketika mengadakan undian, Gillard berkata beliau akan bersara dari politik jika tewas dan mahukan Rudd turut melakukan perkara yang sama jika kalah.
AP

Polis Turki tahan penunjuk perasaan

Posted: 26 Jun 2013 02:06 PM PDT

Ankara: Polis Turki semalam menahan sekurang-kurangnya 20 orang terbabit dalam bantahan ganas ketika perdana menteri berterusan mengkritik penunjuk perasaan dengan mendakwa seorang wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menjadi sebahagian konspirasi untuk menjejaskan Turki.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke Dataran Taksim di Istanbul, kali ini mengkritik satu keputusan mahkamah yang menangguhkan perbicaraan, membebaskan pegawai polis yang didakwa membunuh seorang penunjuk perasaan ketika bantahan anti kerajaan yang bermula sejak 31 Mei. Polis turut mengepung dataran, menghalang kemasukan mereka.

Sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan dan seorang anggota polis terbunuh dalam bantahan yang bermula di Istanbul berikutan kehadiran polis yang ramai mengepung aktivis keamanan terbabit.

Tidak puas hati

Mereka segera menyatakan rasa tidak puas hati di mana pengkritik mengatakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan meningkatkan kuasa beliau.

Erdogan yang berkuasa sedekad lalu menafikan dakwaan terbabit dan sering kali merujuk pilihan raya 2011 yang mengambil alih parti beliau kepada kuasa untuk tiga penggal berturut-turut dengan mendapat undian 50 peratus.

Seorang penunjuk perasaan terbunuh akibat tembakan peluru polis ketika satu demonstrasi di Ankara pada 1 Jun. Sebuah mahkamah pada Isnin membebaskan pegawai terbabit daripada tahanan sementara menanti perbicaraan, atas alasan tembakan itu adalah tidak disengajakan.
Tetapi sebilangan pihak melihat pembebasan itu adalah bukti pihak berkuasa Turki terlalu berlembut dengan polis.

Tahan 20 orang

Agensi berita Anadolu kerajaan berkata polis melakukan pemeriksaan terhadap 30 alamat di ibu negara, Ankara dan menahan 20 orang yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan disyaki menyerang polis dan alam sekitar ketika bantahan.

Erdogan memegang kuasa sejumlah tentera asing, perbankan dan media yang bertanggungjawab terhadap bantahan yang bertanggungjawab terhadap bantahan sehingga mahkamah membebaskan pegawai polis terbabit.

Dalam satu ucapan kepada ahli parti Islam di Parlimen, Erdogan menegaskan bahawa bantahan dilakukan oleh mereka yang mahu menghalang kebangkitan Turki.
AP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat