Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Jun 2013 05:32 PM PDT Adira dakwa masuk hospital kerana demam panas Hanya kerana memuat naik beberapa keping gambar dirinya memakai pakaian pesakit, beberapa hari lalu, timbul cerita kononnya Adira dimasukkan ke hospital akibat kulitnya yang terlalu cerah. Saya hanya demam panas, tiada kaitan dengan apa-apa. Semua orang boleh ditimpa demam, jadi janganlah membuat tuduhan yang tidak berasas." Adira Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata dia dimasukkan ke hospital pada minggu lalu kerana demam panas dan tiada kaitan langsung dengan kulitnya. "Saya dimasukkan ke hospital pada Khamis minggu lalu setelah beberapa hari demam. Pada mulanya saya cuba untuk bertahan, tetapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Saya mula rasa hendak pitam dan badan juga semakin lemah. Diri kurang rehat Sejak bergelar penyanyi, kata Adira, dia jarang mendapat rehat secukupnya. Mungkin disebabkan tubuhnya kurang rehat, dia mudah diserang penyakit. Namun tegas gadis berbakat ini, ia langsung tiada kena-mengena dengan kulit putih gebunya itu. Sebelum ini Adira pernah menafikan mengambil suntikan atau memakan ubatan tertentu bagi mendapatkan kulit yang cerah. Sebaliknya penyanyi ini menjelaskan, dia memang dilahirkan dengan kulit sedemikian. Pada masa sama, Adira mengaku turut mengamalkan penggunaan sejenis pelembap. "Saya hanya demam panas, tiada kaitan dengan apa-apa. Semua orang boleh ditimpa demam, jadi janganlah membuat tuduhan yang tidak berasas. "Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya sudah semakin baik. Malah, saya sudah kembali menyanyi seperti biasa. "Saya memang sengaja tidak minta cuti rehat daripada doktor. Lagipun, ada tawaran nyanyian yang sudah diterima sejak awal, jadi takkanlah saya hendak batalkan hanya disebabkan demam? "Cuma, ada beberapa tawaran yang terpaksa saya batalkan ketika menjalani rawatan di hospital. Mujur penganjur faham keadaan saya ketika itu. Kalau saya teruskan juga persembahan, bimbang pula suara saya akan dikecam," katanya yang kini ligat mengumpul material untuk dimuatkan dalam album terbaru. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |