Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 14 Jun 2013 11:41 PM PDT Pengalaman dan status dua personaliti ini dalam dunia hiburan memang berbeza. Namun, jurang perbezaan itu tidak pula menjarakkan hubungan mereka. Malah, mereka dianggap akrab apabila kedua-duanya disatukan dalam telefilem Mama Mama Mia yang bersiaran di Astro Ria, hujung bulan lalu. Pelakon berusia 27 tahun, Lisa antara selebriti yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial seperti di Twitter, Instagram dan Facebook. Begitu juga dengan Hanis, gadis berusia 23 tahun yang sebelum ini dikenali sebagai penulis blog www.inibelogsaya.blogspot.com sebelum dibawa ke dunia lakonan dan pengacaraan. Mereka hadir untuk sesi fotografi bersama di studio Balai Berita. Keakraban mereka sepanjang sesi ini memang cukup terserlah sekali. Ada saja topik yang dibualkan antara mereka. Kedua-duanya tampil cantik dengan koleksi persalinan rekaan pereka popular, Jovian Mandagie. Kemesraan antara Lisa dan Hanis bagaikan Best Friend Forever (BFF). Kedua-duanya juga selesa meletakkan hubungan mereka umpama soul sister atau sehati dan sejiwa. Bagi Lisa, dia tidak pernah membataskan gelarannya sebagai isteri kepada Yusry Abdul Halim untuk berkawan. Malah selain Hanis, dia juga rapat dengan Liyana Jasmay, Farish Aziz, Nora Danish, Thumb Suhaimi dan Intan Ladyana. "Macam Hanis ini pun memang boleh cepat mencipta keserasian ketika di lokasi penggambaran telefilem Mama Mia hingga sekarang. Kalau orang lain panggil dia dengan nama Keknis, Lisa panggil dia dengan nama Meng. "Asalnya Men merujuk kepada lelaki, tetapi ditambah 'g' seperti dialek Terengganu, jadi 'meng'. Dia pun panggil Lisa dengan panggilan sama," kata Lisa yang kini semakin selesa mengurus kerjaya sendiri dibantu ibu tersayang Siti Amira Ahmad. Berita lanjut dapatkan B*POP hari ini |
Posted: 14 Jun 2013 11:37 PM PDT Bangkit daripada sejarah hitam yang pernah menyelubungi hidupnya tiga tahun lalu, Radhi OAG atau nama lengkapnya, Muhd Radhi Razali, 36, menyusun kembali strategi supaya kemunculan terbarunya memberi impak kepada industri muzik. Mengumpul pengikut tersendiri ketika muncul bersama OAG atau Old Automatic Garbage sejak 1994, Radhi yang bertindak sebagai vokalis berbangga kerana muzik yang mereka perkenalkan kekal relevan merentas masa.
Akur perubahan perlu supaya bakatnya tidak bernoktah, Radhi melakukan perubahan yang signifikan apabila nekad membawa karyanya di pentas luar. Radhi berkata, dia akan menyertai World Art Games yang berlangsung di Croatia pada 29 Jun hingga 10 Julai depan, mengadun elemen muzik alternatif yang sebati dengan OAG bersama keroncong. "Cetusan idea itu bertitik tolak daripada amanat arwah bapa sebelum meninggal dunia, tahun lalu. Arwah pernah berpesan supaya saya merakamkan lagu keroncong, tetapi saya tidak pernah serius memikirkan usul itu. "Hanya selepas arwah meninggal, saya dapat merasakan pesanan itu seperti amanat yang harus disempurnakan.
"Saya percaya apabila dua elemen muzik yang berbeza itu disatukan akan menghadirkan sebuah kelainan yang mencuri perhatian orang luar," katanya. World Art Games kata Radhi, akan menyaksikan himpunan penggiat seni daripada seluruh pelusuk dunia menampilkan penyertaan daripada artis kontemporari untuk meluahkan ekspresi vseni mereka. Menerusi pertandingan itu juga, penggiat kreatif daripada pelbagai disiplin akan membentuk satu jaringan dengan mempersembahkan karya seni dari negara yang menyertai. Berita lanjut dapatkan B*POP hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |