{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Black 505: 15 individu termasuk seorang kanak-kanak ditahan

Posted: 15 Jun 2013 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lima belas individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang menyertai 'flashmob' menjelang "Black 505" di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman ditahan, sebentar tadi.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas enggan bersurai sejak tengah hari tadi apabila diarahkan polis berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penahanan itu.

Kementerian Kesihatan lancar sistem aplikasi, laman sesawang I-Dengue

Posted: 15 Jun 2013 01:45 AM PDT

SUNGAI PETANI: Kementerian Kesihatan melancarkan sistem aplikasi dan laman sesawang I-Dengue bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat terkini berkaitan kawasan panas penularan penyakit itu di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata laman sesawang itu dibangun menggunakan teknologi penderiaan jauh serta sistem maklumat geografi (GIS) dan boleh diakses di http://idengue.remotesensing.gov.my.

"Laman web ini dikemas kini setiap minggu. Kerajaan berharap akses kepada maklumat berkenaan akan meningkatkan keberkesanan dan tindakan segera masyarakat memerangi wabak demam denggi.

"Kementerian Kesihatan serius dalam soal pembanterasan denggi, lebih-lebih lagi kes demam denggi meningkat di seluruh negara akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan, Dr Chong Chee Keong dan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat.

Dr Subramaniam berkata, dalam tempoh Januari hingga 1 Jun lalu, sejumlah 10,401 kes demam denggi dicatat dengan 19 kematian berbanding 10,352 kes dan 20 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, kawasan yang mencatat kes tertinggi ialah Johor Bahru, daerah Petaling di Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan merancang mempertingkat penguatkuasaan undang-undang dan akan kerap mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan selepas ini.

Dr Subramaniam berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas terhadap pembiak nyamuk Aedes dan orang ramai boleh dikompaun RM500 untuk satu kes selain dihadap ke mahkamah serta berdepan denda maksimum RM10,000 jika melakukan kesalahan berulang kali.

Pada majlis itu, beliau memperkenal tiga ikon selebriti bagi membantu Kementerian Kesihatan mengadakan kempen memerangi denggi.

Mereka ialah pemenang program realiti Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, Miss World Malaysia 2008/2009 Soo Wincci dan juruhebah radio THR Raaga, Uthaya Kumar.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat