{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Pembenihan awan, kerajaan tunggu keputusan pakar: Razali

Posted: 23 Jun 2013 01:16 AM PDT

MUAR: Kerajaan sedang bersiap sedia untuk melakukan pembenihan awan di kawasan terjejas akibat fenomena jerebu namun berdepan masalah berikutan jumlah awan yang tidak mencukupi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibarahim, berkata Tentera Udara, Majlis Keselamatan Negara serta agensi terbabit sudah bersedia untuk melaksanakannya tetapi masih menunggu keputusan pakar dalam hal terbabit.

Beliau berkata, kajian oleh pakar dalam pembenihan awan mendapati awan berkurangan di kawasan Muar dan Melaka menyebabkan ia masih belum boleh dilakukan dalam tempoh terdekat

Jerebu: Semua tadika di Melaka diarah tutup mulai esok

Posted: 23 Jun 2013 01:03 AM PDT


Melaka Tengah: Kerajaan negeri mengarahkan semua tadika di negeri ini ditutup sementara mulai esok berikutan keadaan jerebu yang kini pada paras berbahaya. Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata ia membabitkan semua institusi itu termasuk Tadika Perpaduan, KEMAS dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta milik swasta. "Sehingga pagi ini (semalam), purata Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi seluruh Melaka mencatatkan bacaan 381 iaitu satu angka yang kritikal bagi tahap pencemaran udara.

"Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kerajaan negeri sudah mengarahkan supaya tadika di bawah KEMAS, Jabatan Perpaduan, JAIM dan milik swasta ditutup sehingga diberitahu kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Satu Tahun Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka 2013 di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat