Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
IPU 'sangat tidak sihat' di Port Dickson, Pelabuhan Klang, Kemaman Posted: 23 Jun 2013 10:28 PM PDT Artikel BerkenaanALOR SETAR: Seorang peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dalam satu pergaduhan dua tahun lepas. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di depan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Majlis Angkat Sumpah di Parlimen di sini, sebentar tadi. KUALA LUMPUR: Polis menahan sekumpulan daripada 200 peserta 'Black 505' setelah mereka bertindak ganas cuba merempuh kawalan polis yang mengawal pekarangan bangunan Parlimen di sini ketika berlangsungnya majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini. BUKIT FRASER: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menimbang cadangan untuk membina kemudahan kereta kabel dari Raub ke Bukit Fraser bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati keindahan panaroma di pusat peranginan itu. KUALA LUMPUR: Tiada lagi khemah penyokong perhimpunan 'Black 505' kelihatan di Padang Merbok di sini, pagi ini dan jumlah penyokong juga berkurangan sekali ganda kepada hanya 100 orang. SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura terus bertambah baik sejak malam Sabtu dan keadaan ini kekal sehingga pagi ini. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetuai 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sini, sebentar tadi. KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih Speaker Dewan Rakyat yang baru apabila peroleh 133 undi manakala bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman mendapat 89 undi. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mencalonkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen ke-13. RECIFE: Penyokong Brazil menjerit dan gembira ketika sepanjang aksi Tahiti walaupun ketika Uruguay menjaringkan gol demi gol ketika menang besar 8-0 ke atas skuad Pasifik Selatan itu dan mara ke separuh akhir Piala Konfederasi, awal pagi tadi. FORTALEZA: Sepanyol akan bertemu Itali pada separuh akhir Piala Konfederasi selepas menewaskan Nigeria 3-0, awal pagi tadi untuk menduduki tangga teratas Kumpulan B. JOHANNESBURG: Nelson Mandela kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital selepas 16 hari ikon anti-apartheid Afrika Selatan itu dirawat kerana jangkitan pada paru-paru. Uruguay 8 (Hernandez 2, 24, 45+1, 67-pen, Perez 27, Lodeiro 61, Suarez 82, 90) Tahiti 0 Nigeria 0 Spain 3 (Alba 3, 88 Torres 62) |
Peniaga dipenjara 13 tahun sebabkan kematian remaja Posted: 23 Jun 2013 09:14 PM PDT ALOR SETAR: Seorang peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dalam satu pergaduhan dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan K.Angamuthu, 55, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam dan keadaan kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. "Dalam pembelaan, tertuduh tidak menafikan telah bergaduh dengan si mati kerana dia telah mengeluarkan kata-kata provokasi yang besar sehingga tertuduh hilang pertimbangan dan bergaduh dengannya," katanya yang menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh Anganmuthu ditangkap. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim manakala Angamuthu diwakili peguam RSN RAyer. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |