Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
5 lelaki didakwa culik rakan untuk tebusan Posted: 25 Jun 2013 02:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang rakan mereka untuk mendapatkan wang tebusan RM500,000, dua minggu lalu. Mohd Syahmeel Mazalan, 29, Mohd Zahirin Mohamad Raseli, 28, Mohd Firdaus Abd Hamid@Mohd Zin, 23, Mohd Saifful Baharain M Pauzi, 28, dan Ahmad Khusairi Jusoh, 28, hanya mengangguk tanda faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurliana Ismail.
Mereka didakwa menculik Mohd Eqbal Md Yunus, 26, untuk tebusan RM500,000 di kondominium Sympony Height, Blok E-25-07, Jalan Medan Selayang 1, Batu Caves, Selangor pada 12.45 pagi, 13 Jun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil. - BERNAMA |
Penubuhan makmal politik pastikan BN kekal relevan di mata rakyat: Najib Posted: 25 Jun 2013 01:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Penubuhan makmal politik adalah bagi memastikan parti Barisan Nasional (BN) kekal relevan di mata rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak. "Makmal politik akan ditubuhkan untuk memastikan parti @barisanasional kekal relevan di mata rakyat," kata Perdana Menteri dalam tweet terbaharu beliau hari ini.
Katanya makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya sekali bagi memastikan BN terus berjaya pada masa akan datang. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |