{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Rafizi gesa SPR dedah identiti pembekal dakwat kekal PRU-13

Posted: 26 Jun 2013 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sebelum beliau mendedahkan sendiri identiti pihak terbabit.

Beliau mendakwa, siasatan yang dilakukan mendapati dakwat kekal yang digunakan ketika PRU-13 dibekal oleh individu dari Singapura dan tidak mempunyai pengalaman.

Katanya, beliau turut mengetahui bahawa tender membekalkan dakwat kekal itu diberikan secara terus kepada pihak terbabit.

"Kerana sudah menjangkakan SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal, kami melakukan siasatan berhubung identiti pembekal dakwat kekal.

"Kepada SPR jangan tunggu lama-lama soal siapakah pembekal dakwat kekal atau nanti kita dedahkan," katanya selepas meminta izin mencelah ketika Ketua Pembangkang membahaskan usulnya pada sidang Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke-13 di sini, sebentar tadi.

Ramalan hujan sehingga malam akan terus bantu pulih kualiti udara

Posted: 26 Jun 2013 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ramalan hujan di beberapa negeri di Semenanjung sehingga awal malam ini dijangka akan terus membantu meningkatkan kualiti udara yang terjejas akibat fenomena jerebu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata hujan diramal akan berlaku di Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dan ia dijangka berterusan sehingga awal malam.

"Keadaan angin perlahan yang berlaku semalam telah menggalakkan proses pembentukan awan serta hujan turun di kebanyakan tempat di negeri Johor, Selangor dan Perak.

"Keadaan angin yang sama juga diperhatikan berlaku hari ini serta cuaca sama dijangka berterusan sehingga Jumaat (28 Jun)," menurut kenyataan itu.
Hujan juga dijangka berlaku Jumaat ini di kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada sebelah pagi.

Pada Jumaat petang, hujan dijangka berlaku di kawasan pedalaman pantai barat Semenanjung terutamanya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang; Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Sementara di Sabah hujan dijangka melanda Bahagian Pantai Barat, kawasan pedalaman dan Sandakan.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan seluruh negara terus mencatatkan penurunan setakat 11 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya terdapat sembilan kawasan mencatat IPU di paras tidak sihat, 37 kawasan mencatat paras sederhana dan empat kawasan mencatat paras bacaan baik. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat