Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
SC: Rantau Asia tawar peluang besar bagi kewangan Islam Posted: 04 Jun 2013 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Landskap ekonomi Asia menawarkan peluang besar bagi kewangan Islam untuk berkembang, memandangkan prospek baik ekonomi rantau ini dan peningkatan kelas pertengahan. Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh, berkata pelaburan prasarana adalah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi.
"Jumlah besar ini menyediakan potensi besar bagi pembiayaan dan pengumpulan modal menerusi penerbitan sukuk, kerana banyak aset prasarana sememangnya mematuhi Syariah. "Selain itu, sukuk akan secara semula jadinya menarik jumlah pelanggan yang besar kerana ia berupaya menarik minat pelabur konvensional dan juga berasaskan Syariah," katanya dalam ucaptama beliau di Persidangan Perbankan Islam Dunia: Sidang Kemuncak Asia 2013 di Singapura, hari ini. Teks ucapan beliau dikeluarkan oleh SC, di sini. Ranjit berkata, kemewahan yang semakin berkembang dalam kalangan kelas pertengahan Asia juga akan menjana peningkatan permintaan bagi produk pelaburan dan tabungan, justeru itu, peluang bagi pelaburan Islam untuk memenuhi permintaan kukuh ini tidak boleh dipandang kecil.
"Saya menggesa semua pemegang kepentingan untuk bekerjasama dalam meneruskan agenda pembangunan bagi kewangan Islam untuk merungkai potensi penuh yang ditawarnya. "Inisiatif seumpama itu perlu memasukkan penjenamaan dan profil kewangan Islam yang efektif dan perkadaran nilainya di peringkat global bagi mendapatkan penerimaan meluas kewangan Islam," katanya. Pasaran sukuk global mencatatkan saiz terbitan AS$131.2 bilion di seluruh dunia pada 2012, kenaikan 54 peratus berbanding 2011. Tahun ini dijangka menjadi satu lagi tahun yang meyakinkan dengan jumlah saiz terbitan sebanyak AS$31.7 bilion di seluruh dunia dalam suku pertama. Menurut Laporan Daya Saing Perbankan Islam Dunia Ernst & Young 2013, aset perbankan Islam global yang dipegang oleh bank perdagangan berjumlah AS$1.3 trilion pada 2011. Tiga negara teratas dengan industri perbankan Islam terbesar ialah Arab Saudi, dengan anggaran AS$207 bilion aset Islam, diikuti Malaysia dengan jumlah aset AS$106 bilion dan Emiriah Arab Bersatu AS$75 bilion. "Momentum pertumbuhan ini dijangka berkekalan apabila aset perbankan Islam global diunjur melepasi AS$1.8 trilion pada akhir 2013," kata Ranjit. - BERNAMA |
Anggota polis cedera tangan kiri ditembak penjenayah Posted: 04 Jun 2013 03:36 AM PDT ALOR SETAR: Seorang anggota polis cedera tangan kiri apabila terkena satu das tembakan dilepaskan dua penjenayah dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Kuala Sungai, di sini, sebentar tadi. Anggota polis itu yang dikatakan kebetulan berada di lokasi dan di luar tugasan bagaimanapun dilapor stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Artikel BerkenaanKUALA LUMPUR: Landskap ekonomi Asia menawarkan peluang besar bagi kewangan Islam untuk berkembang, memandangkan prospek baik ekonomi rantau ini dan peningkatan kelas pertengahan. PUTRAJAYA: Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakannya bulan lalu. PUTRAJAYA: Pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menjadi individu pertama dilantik sebagai mentor program IM4U. JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam empat kes samun kenderaan, selepas trak pikap yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Air Manis, Bakri, dekat Muar, dua hari lalu. BELAGA: Dua jentolak yang dibawa dari kem pembalakan berjaya membuat jalan sementara hingga ke tepi tebing kiri lokasi bot karam di Giam Bungan, namun usaha mengapungkan terpaksa ditangguhkan kerana paras air Sungai Rajang yang masih tinggi. KUALA LUMPUR: Konsortium UEM-Bina Puri meminta tempoh lanjutan sehingga September atau Oktober tahun ini untuk menyiapkan kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). PUTRAJAYA: Pengguna perlu menggunakan hak mereka untuk membantu kerajaan mengekang tindakan pemborong dan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. GEORGETOWN: Durian dari Balik Pulau terbukti terlalu sedap sehinggakan Chang Chiao-Chung, penunggang basikal dari Taiwan yang sedang menjelajah dunia, 'terpaksa' singgah untuk menikmati keenakan raja buah Malaysia itu. KOTA BHARU: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan individu menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu lalu. SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta mempertimbangkan cadangannya untuk menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya daripada 40 sen sejam kepada 60 sen sejam. SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri akan menumpukan untuk menyelesaikan kemelut kewangan dan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain. TELUK INTAN: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Teluk Intan di sini yang memberi kemudahan kepada 50,000 penduduk sekitar daerah itu. KUALA LUMPUR: Jutawan Tan Sri Vincent Tan tidak menolak kemungkinan menyenaraikan Kelab Bola Sepak Cardiff City dan 7-Eleven untuk mengumpul dana. KUALA LUMPUR: Seniman S Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira jam 10.56 pagi tadi di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pengurusan cekap oleh syarikat dan agensi di bawah kerajaan negeri dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada negeri ini yang akan turut dinikmati rakyat. SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor, Khalid Abdul Samad mendakwa portal berita Malaysiakini mensensasikan artikel yang ditulisnya dalam blog berkaitan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri Selangor. PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan produktiviti tiga hingga empat peratus tahun ini. TAIPING: Seorang maut manakala seorang lagi parah ditembak lelaki tidak dikenali di sebuah restoran di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini, pagi tadi. GEORGETOWN: Pemilihan GERAKAN peringkat kebangsaan yang ditangguhkan sejak 2011 bagi memberi tumpuan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, akan diadakan pada 26 Oktober depan. KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan meraikan 360 anak yatim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini. KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tiada sebarang halangan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan pada 15 Jun ini selagi ia mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak sepatutnya dipertandingkan pada pemilihan parti, November depan. KUALA LUMPUR: atuk Seri Najib Razak sebentar tadi menggariskan tiga pendekatan penting untuk membolehkan masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam pembangunan Asean. KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata satu agensi berpusat akan diwujudkan bagi menangani masalah berkaitan pengedaran, pencegahan dan perawatan penagihan dadah di negara ini. KUALA LUMPUR: Mohamed Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican dilantik sebagai pegawai bertanggungjawab ke atas operasi Maybank berkuatkuasa esok iaitu 5 June 2013, sementara menunggu pelantikan presiden dan ketua eksekutif (CEO) baru bank terbabit. KUALA LUMPUR: Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya. ALOR SETAR: Pegawai media sosial kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain iaitu Meor Johari Meor Ahmad, 37, maut manakala pemandu, Ridzuan Hashim, 37, cedera selepas kereta jenis Toyota Harrier dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Slim River awal pagi tadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |