{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Bursa Malaysia turun disebabkan pengambilan untung

Posted: 06 Jun 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dalam dagangan berhati-hati ekoran sedikit kegiatan mengambil untung, manakala kejatuhan dilihat di kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Selepas dagangan turun naik, indeks pengukur pasaran, FBM KLCI, turun 4.82 mata kepada 1,769.6.

Indeks utama itu bergerak di antara 1,777.74 dan 1,767.23 sepanjang hari ini.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 593 berbanding 268, manakala 265 kaunter tidak berubah, 469 tidak diniagakan dan 14 digantung urus niaga.

Saham mewah, CIMB dan Sime Darby masing-masing susut 14 sen dan sesen kepada RM8.06 dan RM9.49, manakala Petronas Gas jatuh 20 sen kepada RM21.30.

Menurut seorang peniaga, di peringkat serantau, kebanyakan bursa Asia turun hari ini ekoran ketidakpastian tentang data-data pekerjaan AS yang akan diumumkan esok.

Indeks Kewangan turun 63.52 mata kepada 16,802.87 dan Indeks Perusahaan jatuh 23.78 mata kepada 3,023.16.
Indeks Perladangan melonjak 50.3 41.67 mata kepada 8,328.5.

Indeks FBM Emas jatuh 63.64 mata kepada 12,333.3, FBMT100 susut 60 mata kepada 12,095.5, Indeks FBM Mid 70 turun 180.03 mata kepada 14,293.01 dan FBM Ace terhakis 26.31 mata kepada 4,618.59.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.89 bilion unit bernilai RM2.32 bilion daripada 2.22 bilion unit bernilai RM2.14 bilion semalam. - BERNAMA

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 06 Jun 2013 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan lewat hari ini dengan minat belian sederhana semasa dolar lemah, kata peniaga.

Pada 5 petang, unit tempatan disebut harga pada 3.0815/0845 berbanding dolar AS daripada 3.0830/0860 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata kenaikan terhad dengan pelabur menunggu keputusan data pekerjaan AS yang dijadualkan esok sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengambil bahagian dalam pasaran.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.4688/4731 daripada 2.4684/4724 pada Rabu dan turun berbanding yen kepada 3.1076/1122 daripada 3.0842/0885 sebelumnya.

Ringgit susut turun berbanding pound kepada 4.7588/7643 daripada 4.7349/7398 semalam dan lemah berbanding euro kepda 4.0442/0490 daripada 4.0270/0312 sebelumnya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat