Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
Tragedi Jambatan Kedua: Mangsa dikenali Tajudin Zainal Abidin, 45, bekas polis Posted: 07 Jun 2013 03:16 AM PDT GEORGETOWN: Identiti mayat seorang lelaki yang terperangkap di dalam runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45. Mangsa yang berasal dari Kampung Permatang Damar Laut, di sini, dipercayai masih bujang itu adalah bekas anggota polis.
Setakat ini, usaha untuk mengeluarkan mangsa masih diteruskan pasukan penyelamat dan operasi sudah memakan masa hampir 24 jam. |
Tragedi Jambatan Kedua: Polis temui mayat dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu Posted: 07 Jun 2013 03:00 AM PDT Geogetown: Polis sahkan menemui mayat seorang lelaki berusia 40-an di dalam timbunan runtuhan jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, sebentar tadi. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu. "'Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga dari seorang individu di Batu Maung," katanya sebentar tadi. Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menemui satu mayat dalam timbunan runtuhan konkrit itu. "Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |