{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


SPR di bawah Parlimen

Posted: 01 Jun 2013 04:23 PM PDT

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Ketika mengumumkan demikian, Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil bagi memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Perkukuh keyakinan rakyat

Datuk Seri Najib Razak berkata, ia juga sebahagian transformasi sistem pilihan raya negara dan penyatuan kebangsaan.

"Langkah ini untuk memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar," katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Sokong usaha baik pulih persefahaman

Posted: 01 Jun 2013 03:57 PM PDT

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Seri Paduka juga mahu prinsip seperti Demokrasi Berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berperlembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Keutamaan semua pihak

Membaik pulih semula persefahaman kebangsaan harus menjadi agenda nasional yang menjadi keutamaan semua pihak. Sama ada Malaysia terus berjaya dan mencapai tahap pembangunan berikutnya sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi atau menjadi negara gagal, semuanya bergantung kepada permuafakatan yang akan sama-sama kita capai.

Oleh kerana itu, beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud, titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini, semalam.

Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu.

Agenda setiap rakyat
Baginda bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab satu pihak, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warga negara.

Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan.

Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan, titah baginda.

Seri Paduka juga melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lalu berjalan dengan tertib dan harmonis.

Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan dibuat rakyat melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, seperti diperuntukkan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan, titah baginda.
BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat